Wednesday 27 June 2012

Ketip kuku…

 Sma adalah sejenis penyakit kelemahan pada otot-otot…jadi seseorang pesakit itu akan mengalami kurang keupayaan fizikal…


Sesuatu perkerjaan yg dianggap ringan dan mudah akan menjadi sukar dan payah serta letih dan penat bagi pesakit sma…

Contohnya perkerjaan mengetip kuku…
bagi pesakit sma tangannya akan menjadi letih ketika mengetip kuku…lebih-lebih lagi ketika mengetip kuku kaki…mungkin sebab kuku kaki lebih tebal dari kuku tangan…

Tetapi tidak perlu risau, apabila letih berehatlah beberapa saat kemudian sambunglah mengetip semula…

Kadang-kadang mengetip kuku kaki memerlukan kerjasama kedua-dua belah tangan kiri dan kanan…sebab sebelah tu tak larat nak mengetip kuku yg tebal sedikit dari kuku tangan…syukurlah bukan kuku tangan yg lebih tebal dari kuku kaki…Allahu akbar, Allah maha bijaksana…


Di sini aku nak bagi sedikit tips kepada pesakit sma…

iaitu ketiplah kuku anda sejurus selepas mandi…bukankah kuku menjadi lembut sedikit selepas lama terkena air…??? Jadi ia akan memudahkan sedikit kerja itu, in sha Allah…jangan lupa membaca lahaulawala quwwata illa billah disaat kita mengetip…

sekian, Allahu a`lam…

Saturday 23 June 2012

Rawat diri (bhg 2)…dengan bacaan al-quran…

 Mengikut kajian setiap molekul air akan berubah bentuk sekiranya dibacakan padanya apa-apa pun jua sebarang perkataan atau ayat, tak kira perkataan yg baik atau yg buruk…jika di bacakan apa-apa yg baik maka indahlah bentuknya dan begitulah sebaliknya…
cube klik sini...
Dan sebahagian besar komposisi tubuh manusia terdiri daripada air betul tak???

Jadi jika aku sentiasa membaca al-quran atau bercakap sesuatu yg baik setiap saat atau memperdengarkan diriku dengan sesuatu yg baik sudah tentu setiap saat itu molekul-molekul cecair dalam tubuh aku akan menjadi suatu bentuk yg indah dan seterusnya menjadi penawar utk setiap penyakit fizikal aku…betul tak???... J

Bestnya kalau aku duduk di baitullah mekah, mesti aku akan cepat sembuh kan…J

Wednesday 20 June 2012

Jom rawat diri (bhg 1)…dgn berfikiran positif…

Setelah dimotivasi oleh temanku sidia itu beberapa hari yg lalu, alhamdulillah sekarang aku sentiasa BERFIKIRAN POSITIF…

Fikir positif --> *kerusi roda ni hiasan je, utk duduk bila penat*

Fikir positif --> *bila nak berjalan, aku akan sebut atau fikirkan yg aku kuat aku boleh*

Fikir positif --> *Aku baca la haulawala quwwata illa billah…ye,kekuatan aku dari Allah s.w.t.*

Fikir positif --> *aku nak kawin dan nak jaga anak aku sendiri*


Fikir positif --> *insyaAllah nanti aku akan boleh berjalan semula seperti dahulu, dan aku yakin aku mesti dapat kerjakan haji sendiri, tiada yg mustahil bagi Allah*

Fikir positif --> *aku yakin aku bukan pesakit spinal muscular atrophy!!!*

Sejak itu aku merasakan diriku lebih baik dari sebelumnya…alhamdulillah…

aku boleh berjalan dengan walking frame melebihi 3 meter…alhamdulillah…

aku gembira sangat-sangat…dan aku nak teruskan BERFIKIRAN POSITIF…


Tuesday 12 June 2012

Tulang bhg 10…bukan ajaran sesat…


 Sambungan dari sini --> klik…

Telefon rumah berbunyi…mr.tan mengejutkan aku, esok aku akan di bedah!!!
Ya Allah saat yg aku nantikan tiba juga akhirnya…aku gembira sangat2…tiada perasaan takut sebab aku benar2 mahukannya…

Sebelum ni doctor bius cakap, aku mungkin lambat sedar dari pengsan setelah selesai operation disebabkan paru-paru yg lemah disebabkan SMA ini…hmm tak kisah lah, lagipun best juga dapat tidur lama-lama, kn???…hehe*aku memg suke tido…

Sebelum operation dua orang doctor telah datang menjenguk aku dekat wad…*mase tak jadi operation dulu mr.tan yg dtg jenguk…

Tiba-tiba!!!

Rupe-rupenya cara yang aku buat selama ni adalah…

 BETUUUUUL!!!

Sungguh aku tak sangka doctor-doktor itu mengambil bantal dan menyuruh aku buat cara yg sama seperti mana yg da biasa aku buat masa kat rumah…


apalagi dengan penuh cekapnyalah aku buat…hehe*xtau lah doktor2 tu pelik ke x tgk kecekapan aku tuh…

alhamdulillah aku tersenyum sebab apa yg aku buat tu bukan ajaran sesat rupanya…hikhik

Jadi sesiapa yg nak praktikkan tu silakanlah, jangan tangguh-tangguh lagi…buat hari2 tau, lepas tu sekali buat kena berejam-berejam…

usaha tangga kejayaan…insyaAllah J

Friday 8 June 2012

bukan kerana sayang…

 sambungan dari sini --> jawapan my tunang.

Dia call aku…

Bla, bla, bla, bila da kawin nnti caye urut kaki cahaya, bla, bla, bla, katanya…

anggap je kerusi roda tu hiasan, saje2 je nak pakai utk duduk bila penat…nanti aku tak pakai dah kerusi roda ni, bla,bla,bla, lebih kurang katanya lagi…

akhirnya aku berhenti menangis dan ketawa semula…
adalah dalam 7minit ceramah motivasi yg dia sampaikan pada aku…hehehe…lepas tu kami pun tamatkan perbualan telefon…

lepas tu aku sms dia semula,

aku: timekasih awak…alhamdulillah Allah hantar awak utk cahaya…

dia : sebab caye terlalu sayangkan cahaya. caye xsabar nak kita hidup bersama, caye nak bawak cahaya jauh dari KL ni. caye nak bawak cahaya tempat yg nyaman je kat utara…caye nak cahaya rasa tenang je hati.

Aku: awak, cahaya harap awak buat semua ni bukan kerana sayang.

dia : la kerana sayang la caye buat, takkan sebab terpaksa kot.

Aku: sayang semata-mata xkekal awak…cahaya harap awak buat semua ni sebab awak sayang cahaya kerana Allah. Allah suka orang yg tolong menolong dan sayang menyayang, sebab Allah suka sebab tu awak buat semua…J

dia : ar yg tu memang la. caye terima cahaya pun sebab caye nak pahala dari Allah.

Aku: ye ok, insyaAllah Allah je yg dapat bagi ganjaran setimpal utk awak.

dia : insyaAllah, tu caye xkisah cahaya macam mane pun…*ayat ni paling aku suke dengar…masih sama seperti dulu…hehehe Alhamdulillah…


cahaya = aku, caye = tunang aku.

p/s: segala puji hanya bagi Allah…Dia lah yg memasukkan rasa cinta dan kasih sayang dalam hati-hati manusia…yaAllah kekalkanlah rasa cinta dan kasih sayang keranaMu dalam hati kami sehingga ke akhir hayat kami…amin yarabbal`alamin.

Sunday 3 June 2012

jawapan my tunang...


Sambungan dari sini --> janganlah menangis wahai mata.
Setelah difikir-fikir, akhirnya aku pun bertanya pada tunangku…
Aku : mizi camane kalu misalnya selama bertunang ni sakit yati jd lg teruk?

Dia : teruk yg mcm mane?

Aku : teruk jadi tambah lemah.

Dia : insyaAllah, yati patut lg semangat, bkn takut jd lg teruk.

Aku : yati bkn takut tp yati terasa mcm tu skang.

Dia : xde ape tu, tuhan nk uji je tu..mungkin pas yati rasa mcm tu, terus jd sihat..janji yati kena kuatkan semangat..tu je.

Aku diam seketika dan jawab,

Aku : memg Allah uji yati mizi, pd awal2 kita kenal dlu yati rasa kekuatan yati bertambah, yati pn terima mizi tp saat yati gembira kita nk hidup bersama yati diuji kekuatan jd kurang, yati xtau ape jd kat yati bln 1 nnti mizi.


Dia : jgn pike yg bkn2 yati, insyaAllah mizi percaya yati makin sihat nnti, mizi doakn yati.

(begitulah lebih kurang sms aku dgnnya…)

Pastu aku bagitau dia yg td aku terjatuh…dia suruh aku ke hospital cek kenapa bdn aku jd lemah…aku bagitahu dia, ni memg kesan dr sakit saraf ni…
Lepas tu dia terus call aku…

bersambung…insyaAllah…
yati=aku, mizi=tunang aku.

p/s: Entry ini bukan utk mengharap pujian tapi terimalah pasangan kita seadanya dengan ikhlas kerana Allah…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...