Thursday 29 March 2012

Cantik, hodoh, syukur dua-dua…

Kita patut bersyukur dengan kecantikan paras rupa yang dimiliki…
eh kalau hodoh tak payah bersyukur ke???
Tersilap selama ni…astghfirullah...
Sepatutnya,
kita patut bersyukur walau kita dalam keadaan apa sekalipun…

itu semua fana, tak kekal lame…dalam urusan dunia kita kena tengok orang yang lebih rendah daripada kita. Tapi sebaliknya dalam urusan akhirat, kita kena tengok orang yg lebih tinggi daripada kita…
wallahu`alam

Thursday 22 March 2012

Berilah aku kepercayaan…

Tolonglah…
tolonglah…percaya dekat aku…
Tolonglah…percaya pada kemampuanku ini…

Bukan aku nak eksyen, bukan aku nak cakap besar kata aku boleh tapi --> INSYAALLAH, aku boleh…*segala daya dan upayaku hanya dari Allah s.w.t…

INSYAALLAH…
INSYAALLAH…
INSYAALAH…
ADA JALANNYA…*kata maher zain…

Kepercayaan yg diberikan sangat penting bagi aku…sbb  dengan kepercayaan itu insyaAllah akan membuatkan aku lebih berani untuk melangkah ke hadapan serta membuat perubahan dalam hidup ini…
ustaz badlishah berkata --> adakalanya kita terlalu ragu dgn kemampuan kita…kadang2 kita rasa perkerjaan itu berat sgt utk dilakukn tp rupenye bila kita dah lakukan baru kita tahu yg kita mampu sebenarnya…

Monday 19 March 2012

cramp di dada…

 malam tadi ketika aku menarik nafas dalam-dalam tiba-tiba aku mengalami cramp/kejang di bahagian dada sebelah kanan…namun bukan keseluruhan dada, hanya sekecil seinci persegi jer lebih kurang kawasan yang kena tu...alhamdulillah sangat-sangat...
aku rasa bahagian tersebut bahagian otot rangka pada tulang rusuk sebab ia terjadi ketika rangka rusuk aku sedang mengembang masa aku tengah menyedut udara…

lepas tu aku pun picit-picit bahagian yang cramp tu dan aku bernafas slow-slow sebab takut cramp tu datang semula…
mungkin ia terjadi sebab aku letih tolong sikit-sikit kerja kenduri sepupu aku kawin agaknya…
sebelum tu pada siang semalam tu, terasa nak cramp kat kaki kanan…

 pun aku buat benda yang sama, aku picit-picit bahagian yang terasa-terasa nak cramp tu…
tapi yang kat kaki ni aku rasa macam kat urat je bukan otot…hmm tak tau la otot ke urat…aku konpiussssss  

sekian, wassalam   

Tuesday 13 March 2012

Tulang bhg 4…memandai jd doctor…

 Sambungan dari bhg 3 --> Ketika berseorangan di dalam bilik, aku sering menghayati tubuh badan sendiri di hadapan cermin…

kadang-kadang pelik juga aku tengok keadaan aku tu, bentuk tubuh yang pada asalnya elok boleh jadi senget bengot yang teruk dalam beberapa tahun je… *innalillahi wainna ilaihi roji`un…kalau Allah nak tarik nikmat cantik tu kejap je Allah boleh tarik…jadi janganlah bangga diri, sombong, dan megah-megah menayang bentuk tubuh…jika dipuji, kembalikan pujian tersebut kpd Allah kerana hanya Si Pencipta kecantikan kita itu yg layak menerima pujian… Alhamdulillah (segala puji hanya bg Allah)


maka boleh dikatakan setiap hari aku menolak balik tulang belakang aku ni dengan cara aku sendiri… 
dalam fikiran aku hanya nak tubuh aku kembali kepada bentuk tubuh yang asal, yang cantik seperti perempuan-perempuan lain… 

tah betul ke tidak cara yang aku buat tu… cara aku tu lebih kurang macam picture kat bawah nih…

1-aku ambil bantal kekabu dan lipat dua supaya menjadi padat dan tinggi sedikit…

2-lepas tu aku baring sambil mengiring ke kiri dengan meletakkan badan antara tulang rusuk dan pinggang di atas bantal tersebut…

3-tujuannya agar aku dapat menolak tulang belakang aku dengan bantal tu ke tengah semula…
Aku akan baring dalam keadaan macam tu selama berjam-jam…

biasanya aku lakukan sambil tidur selepas subuh…ada juga sepanjang tidur pada waktu malam…

Mula-mula nak baring macam tu memang terasa sakit sedikit tapi aku yakin cara aku tu betul, walaupun bila selesai melakukan aku akan terasa seperti sakit kepala sedikit…tapi sakit kepala tu hanya singgah sebentar jer…

Family aku sorang pun tak tau apa yang aku lakukan tu sebab aku akan mengunci pintu dan berseorangan di dalam bilik…


Bilik tu bilik aku seorang jer jadi tak ada sesiapa lah yang nak marah kalau aku berkurung kat dalam tu…

Sekian…wassalam…
n3 ni tak tahu la ada smbungn atau x…

Wednesday 7 March 2012

Tulang bhg 3…pengalaman bersama bonggol unta…

Sambungan dari bhg 2 --> disaat keadaan fizikal aku menjadi semakin teruk, aku lebih banyak terperap di dalam dirumah sahaja…
sehinggakan nak keluar kat beranda pun aku malu, sedangkan dulu waktu aku bersekolah rendah aku selalu menyapu halaman rumah dan menolong mak menjemur pakaian…
Satu ketika aku sedang menonton tv di rumah atok, aku terpandang bonggol unta aku tu dekat kaca pintu almari, hodoh sungguh rupanya aku…*inna lillahi wainna ilaihi roji`un…kita milik Allah…kecantikan itu dari Allah…dan Allah akan tarik nikmat itu bila-bila masa yg Dia suka…bersyukurlah dan tutuplah aurat kita…


Cara salah menutup aurat. 

Di suatu ketika yang lain pula, aku duduk ditangga umah atok bersama-sama dengan dua pupu aku… 
tiba-tiba dia seperti terkejut bila terpandang bonggol unta aku tapi dia tak cakap apa-apa, aku malu dan cuba menyorokkannya sambil bercakap satu topik dengannya hanya untuk cover bonggol unta aku ni…


Aku selalu berdiri depan cermin tanpa pakai baju untuk mengamati perubahan tubuh badan aku yang berlaku secara mendadak ini…bukan nak menangisi, namun air mata memang payah ditahan…dalam diam aku berusaha sendiri membetulkan kedudukan tulang belakang ini secara praktikal dirumah…

Tapi bonggol unta aku disebelah kiri.

Bersambung, insyaAllah…

Sunday 4 March 2012

Mak doakn aku cepat2 kawin…

Tadikan, mak tinggal berdua je ngan aku kat umah… aku duduk dalam bilik pastu mak panggil suruh duduk luar, temankan mak, mak cakap sunyi…

Lagi mak cakap lebih kurang camni, cepat-cepat lah kau kawin dapat anak tak da lah sunyi…hehehe

 insyaAllah mak…kitorang rancang lepas raya ni…encik aku tu ckp nak anak perempuan sumenyerr…huhu…insyaAllah mudah2an direzekikan…amin

yaAllah berkatkanlah dia bagiku dan berkatkanlah aku baginya…amin

bagus pakaian pengantin mcm waheeda ni kn??? Tudung menutupi hingga bwh dada, baju pula tak mengikut bentuk badan… 

Tulang bhg 2…Bonggol unta

 Hayati picture dekat bawah ni…

 Sambungan dari entry bhg 1 àDari tahun ke tahun scoliosis yang aku alami menjadi semakin teruk… Di belakang badan aku di sebelah kiri dah jadi seperti bonggol unta! *innalillahi wainna ilaihi roji`un…

bahagian pinggang sebelah kanan badan aku bukan setakat lekuk sahaja tetapi…*haish, aku pun tak tahu macam mane nak cerita ni… hujung tulang rusuk kanan dah menjadi terletak atas tulang pelvis aku. 

Maknanya kulit aku bahagian situ dah menjadi celah yang berlipat sehingga kulit dekat pinggang aku tu dah menjadi gelap mungkin sebab tidak terkena udara kot…*kalu xphm tanya tau…huhu

Tulang pelvis aku yang sepatutnya berkedudukan rata macam gambar dekat atas ni menjadi senget macam gambar dekat bawah ni malah lebih teruk sedikit dari tu akibat ditarik oleh tulang bahagian lumbar yang dah lari ke tepi tu…

oleh itu bila duduk, aku hanya duduk di atas punggung sebelah kiri sahaja manakala punggung di sebelah kanan akan terangkat sedikit…disebabkan itu maka kulit punggung sebelah kiri aku pun akhirnya menjadi berkematu lebih kurang mcm dekat siku atau lutut…

bila berdiri pula, kaki kanan terpaksa menjengket disebabkan tulang pelvis yang senget tu menarik sedikit tulang kaki aku ke atas… bila berjalan aku tidak menjengket tapi kena guna tongkat macam kat bawah ni…huhuhu 
bersambung insyaAllah....

Thursday 1 March 2012

Tulang bhg 1…mcm lelaki dan perempuan???

Kalau tak silap semasa aku berumur lebih kurang 13 ke 14 tahun, bentuk badan aku mula berubah…

Aku cakap dekat mak yg bentuk badan aku sebelah kanan macam perempuan, sebelah kiri pula macam lelaki…

sebab sebelah kanan pinggang sangat lekuk berbentuk pinggang tapi sebelah kiri boleh dikatakan tiada berbentuk pinggang, rata lurus je…ßorang lelaki yg kurus pun masih ada bentuk pinggang kan?…tapi aku tidak…

rupa-rupanya tulang belakang aku mengalami scoliosis di bahagian lumbar iaitu tulang belakang di bahagian pinggang lari dari kedudukan asalnya…


scoliosis tu terjadi disebabkan otot-otot yg menyokong tulang belakang aku tu dah lemah… 
sebenarnya tulang-tulang kita disokong oleh otot-otot rangka. Bila otot tidak kuat, tulang-tulang mudah beralih dari kedudukan asalnya…itulah pengalaman yg aku alami…

tulang belulang, otot-otot dan lemak, semuanya itu memberi bentuk kepada tubuh…tapi di antara ketiga-tiga benda itu, bagi aku perubahan tulang lah yg memberi kesan yg amat besar dan ketara sangat-sangat pada rupa dan bentuk tubuh termasuk psikologi seseorang!!! 
wallahu`alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...