Thursday 1 March 2012

Tulang bhg 1…mcm lelaki dan perempuan???

Kalau tak silap semasa aku berumur lebih kurang 13 ke 14 tahun, bentuk badan aku mula berubah…

Aku cakap dekat mak yg bentuk badan aku sebelah kanan macam perempuan, sebelah kiri pula macam lelaki…

sebab sebelah kanan pinggang sangat lekuk berbentuk pinggang tapi sebelah kiri boleh dikatakan tiada berbentuk pinggang, rata lurus je…ßorang lelaki yg kurus pun masih ada bentuk pinggang kan?…tapi aku tidak…

rupa-rupanya tulang belakang aku mengalami scoliosis di bahagian lumbar iaitu tulang belakang di bahagian pinggang lari dari kedudukan asalnya…


scoliosis tu terjadi disebabkan otot-otot yg menyokong tulang belakang aku tu dah lemah… 
sebenarnya tulang-tulang kita disokong oleh otot-otot rangka. Bila otot tidak kuat, tulang-tulang mudah beralih dari kedudukan asalnya…itulah pengalaman yg aku alami…

tulang belulang, otot-otot dan lemak, semuanya itu memberi bentuk kepada tubuh…tapi di antara ketiga-tiga benda itu, bagi aku perubahan tulang lah yg memberi kesan yg amat besar dan ketara sangat-sangat pada rupa dan bentuk tubuh termasuk psikologi seseorang!!! 
wallahu`alam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...