Friday 25 October 2013

Vernix pada baby…

Alhamdulillah 12 minggu sudah usia kandunganku…orang berbadan dua memang cepat letih…perlu banyak sangat-sangat berehat dan kalau boleh mengantuk je kena tido…

kalau tak mampu Allah takkan bagi, tanda mampu la Allah bagi…InSyaAllah aku boleh!!!...^_^

Pada entry kali ni aku nak coret sikit pasal benda putih-putih yg biasa kita nampak melekat kat kulit baby baru lahir…
 Rupe-rupenya benda putih-putih yg melekat kat baby baru lahir tu disebut sebagai vernix…

Adalah salah bagi pendapat sesetengah orang iaitu vernix tu disebabkan ibu ayah baby tu berehem-ehem sewaktu mengandung…kalau difikirkan memang tak logic langsung…

Cube tengok keadaan baby dalam perut tu, dia ditempatkan dalam sebuah kantung ketuban yg kukuh…

air ketuban tu pun tak boleh nak meresap keluar jadi macam mane pulak air ehem-ehem tu boleh meresap masuk lalu menyebabkan putih-putih pada baby tu??? Jadi betulkan la pendapat yg salah itu…

Vernix sebenarnya adalah bahan berwarna putih, licin, yg melapisi kulit baby berfungsi melindungi baby dari cecair ketuban ketika di dalam rahim…juga berfungsi sebagai antibakteria dan pelembab…
Ia terbentuk sejak usia kandungan sekitar 20 minggu lagi…cume apabila baby semakin hampir dilahirkan, ia menjadi semakin kurang dan biasanya saat lahir masih ada sisa vernix yg kelihatan…

Vernix yg tersisa itu akan diserap oleh kulit baby secara perlahan…oleh itu tak digalakkan memandikan baby yg baru lahir, ape yg perlu adalah membersihkan sisa-sisa darah yg ada padanya sahaja…

Sekian…wallahu`alam…  

Friday 11 October 2013

Pregnancy Week…10…

Malam tadi buat pertama kalinya aku pergi buat scan baby sebab dari pembacaan aku jantungnya telah pun lengkap sempurna pertumbuhannya pada minggu ke 10…

Wahai anakku, saat pertama kali ibu melihat tubuhmu di kaca tv ultra sound betapa bahagianya hati ibu…

Alangkah indah dan bahagianya ketika melihat jantungmu yg menunjukkan kau hidup tapi anakku pada masa ini kau masih belum lagi mempunyai roh…namun SUBHANALLAH! Jantungmu berdenyut, nyut nyut nyut…pantasnya…cute sangat…

Duhai ibu duhai ayah, bersyukurlah di atas anugerah yg terindah dari Allah swt ini…

Hinggakan anakku, setelah pulang ke rumah ibu asyik tersenyum terbayangkan kau yg sedang tumbuh di dalam rahim ibu…

Doctor bersungguh berpesan agar ibu redha di atas segala ketentuanNya…dan doctor juga berpesan agar ibu dan ayah sentiasa mendoakan akan kesempurnaanmu…

Tidak sabar rasanya ibu nak melihat kamu lagi…
permata hatiku...
Hasil dari scan 10 minggu:
  • Bayi berada di tempat yg sepatutnya iaitu rahim.
  • Bayi single.
  • Jantung bayi dalam keadaan berdenyut.
  • Saiz tumbesarannya selari dengan bilangan minggunya.
  • Telah Nampak terbentuk kepala, tangan dan kakinya…

SUBHANALLAH! Memang takjub kan melihat kejadian Allah ini…???

Wednesday 9 October 2013

khasiat buah kurma…

syukur Alhamdulillah hari ni kandungan aku berusia 10 minggu…J
kepada ibu-ibu comel yg sedang mengandung sekalian jom kita istiqomah makan buah kurma…

semestinya buah kurma ini sangat-sangat bermanfaat dari waktu ibu-ibu sedang mengandung sehingga mereka melahirkan…kalau tidak takkan lah siti maryam iaitu ibu nabi isa disuruh memakannya, betul tak???

banyak sangat khasiat buah kurma ni dan aku rasa baik korang klik je kat sini utk membace lebih lanjut yer…

dan aku rasa la kan kalau dah istiqomah mengamalkan makan buah kurma ni, tak payah ambil ape-ape mineral dan vitamin dari doctor pun tak ape, sebab buah kurma ni dah lengkap dengan semua khasiat yg diperlukan…

bukankah mengambil vitamin dan mineral dari makanan itu lebih baik dari mengambilnya melalui supplement??? Oleh itu jangan lupe pelbagaikan makanan kita sepanjang kehamilan…

tapi INGAT! BUKAN MAKAN UTK DUA ORANG YER…


oh ya inSyaAllah buah kurma ini memperkuatkan segala otot-otot termasuklah dinding pundi kencing kita…alhamdulillah akhirnya dipertemukan dengan penawar bagi penyakit lemah pundi kencing dan over aktif bladder…^_^

Allahu`alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...