Thursday 22 August 2013

Hypnobirthing…

Aku tak tahu maksud sebenarnya tapi apa yang aku faham tentang hypnobirthing ini adalah ia merupakan satu kaedah menghayalkan diri sendiri atau mengalihkan perasaan sakit nak bersalin itu atau perasaan negative tentang bersalin kepada perasaan yg lebih indah dan tenang serta positif…

Macam seseorang yang sedang leka dan asyik membaca novel, dia akan masuk dan lalai dalam dunia novel tersebut…(hypnosis)

Mungkin juga kaedah hypnobirthing ini sebenarnya diambil dari dalam alquran…

kerana kaedah hypnobirthing ni mengingatkan aku pada kisah nabi yusuf dan zulaikha…
iaitu ketika zulaikha memanggil wanita-wanita datang ke rumahnya bagi menyaksikan sendiri keindahan wajah nabi yusuf…mereka diberikan sebiji epal dan pisau…ketika sedang mengupas epal nabi yusuf disuruh keluar…betapa terpukaunya mereka dengan keindahan nabi yusuf sehinggakan mereka tidak merasa sakit sewaktu terpotong jari mereka sendiri ketika mengupas epal tersebut…

juga mengingatkan aku pada kisah seorang sahabat nabi yg dipanah oleh musuh ketika perang, dia tidak dapat menahan kesakitan ketika anak panah hendak dicabut lalu meminta anak panah tersebut dicabut dari tubuhnya ketika dia sedang bersolat…

dari kisah nabi yusuf itu, perhatian atau focus mereka tertumpu pada keindahan nabi yusuf sehingga focus pada kesakitan menjadi hilang…

begitu juga dengan sahabat nabi itu, betapa khusyuknya dia di dalam solatnya…seluruh hati, perasaan, minda dan tumpuannya hanya pada solatnya dan bukan pada kesakitannya…

jadi agaknya begitulah kaedah hypnobirthing itu...
perasaan sakit diarahkan kepada suatu perasaan yg lebih indah dan positif...

ajaibkan akal yang Allah ciptakan ini???

Wallahu`alam… 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...