Monday 30 January 2012

Naik badan naik…

Berat badan aku naik lagi…nak tau bape???
Lagi sikit jer nak mencecah ke 36 kg…hehehehehe
Aku ni tak pernah gemuk pun…
Ni gambar aku masa kecik-kecik dulu…tak gemuk kan?

Masa umur  aku agak-agak dalam 15 thn je lah kot aku pernah tembam sikit…tapi sikit jer…sampaikan pak sedara aku pun terperasan akan ketembaman aku tuh…huhu

Saturday 28 January 2012

Aku berdua-duaan…

Semalam aku tinggal berdua-duaan jer dengan pakwe aku anak buah aku yg berusia dua bulan lebih tu dekat ruang tamu…mak aku solat zohor, yg lain semua pergi masjid solat jumaat.


Waktu tu anak buah tomey aku tengah bermain-main atas tilam dia. Maka aku pun teringin la utk cuba mengangkat dia…

sebenarnya aku da pernah try dah beberapa kali sebelum ni tapi tak berjaya…huhuhu
Sedang aku mencari idea apakah gaya yg sesuai aku gunakan, 

tiba-tiba,
alamak,
aku terdengar adik-adik aku da balik, tanpa membuang masa aku pun duduk dalam keadaan duduk yg aku yakin stabil...
dalam keadaan dia berada dekat sebelah kiri aku, lalu aku angkat sikit sambil tarik dan letak sekejap kepala dan separuh badan dia atas peha aku dan kemudian aku pun angkat macam biasa…
alhamdulillah aku seronok sangat sebab akhirnya aku berjaya juga merealisasikan impian aku mengangkat dia tanpa bantuan orang lain…*lahaula wala quwwatailla billah…tiada daya dan upaya melainkan dariMu jua…
bila adik-adik aku masuk rumah, aku pun buat muka comel dan selamber jer mcm tak ada apa-apa yg berlaku…padahal dalam hati best jer, kih kih kih  

Wednesday 25 January 2012

Seronoknya jumpa buku..huhuhu


sewaktu aku mengoogle image utk entry hari isnin baru ni, aku telah terserempak dengan……
SEBUAH BUKU!!!

 seronoknya aku…
nak tahu buku apa???
Jeng jeng jeng…
buku berkenaan spinal muscular atropy…
apa lagi tanpa membuang masa, aku pun mengorder buku tersebut…huhu…
ni dia synopsis buku tu,
# Penyakit Atrofi Muskular Spina (Spinal Muscular Atrophy, SMA) mengakibatkan kecacatan yang serius. Namun ia bukan suatu penyakit ganjil yang tidak diketahui penyebabnya. Kajian demi kajian telah dijalankan di seluruh dunia termasuk di universiti-universiti tempatan untuk mengetahui keadaan gen yang terjejas di dalam tubuh badan pesakit SMA ini. Buku ini memberikan latar belakang yang tepat tentang penyakit ini, kaedah yang khusus untuk mengesannya dan disusuli dengan kaedah rawatan. Seterusnya, buku ini juga dapat menjawab segala persoalan tentang penyakit yang selama ini dianggap “ganjil”. #
Synopsis dia sangat menarik hati aku sebab aku memang nak tahu sangat-sangat apa sebenarnya yg terjadi kat system badan aku ni. Bila dah tahu nanti mudahlah sikit aku fikirkan apa yg perlu aku usahakan seterusnya…insyaAllah…
tolong doakan usaha aku berjaya yer kawan-kawan…J

Monday 23 January 2012

Doctor jawab…

Prof Raymond azman ali kata,
Alhamdulillah dan tahniah! Baguslah tu. Cuma ada kemungkinan penyakit saudari akan turun temurun. TK

Jawapan doctor neurologi kepada soalan yg aku tanya..*secara ringkasnya soalan aku lebih kurang mcm nià saya seorang pesakit SMA type ll dan scoliosis..apakah pandangan doctor sekiranya saya berkahwin sebab ada seorang lelaki yg sudi menerima saya seadanya sebagai seorang isteri??? (kelakar pulak rasanya soalan aku ni)

Friday 20 January 2012

Rambut

tazkirah jumaat buat diriku dan semua umat islam...



"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya."

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


Friday 13 January 2012

Training tanpa ubat…

Tadi aku jumpe doctor urologi. Alhamdulillah buah pinggang aku sihat walafiat walaupun aku kurang minum air. Aku cakap dekat doctor tu yang aku taknak makan apa2-apa ubat lagi dah.

Bukan aku tak nak berusaha cuma aku nak tumpukan usaha dengan cara training pemikiran aku ni sahaja tanpa apa-apa gangguan dari ubat-ubatan…

mudah-mudahan dengan itu penyakit overactive bladder aku ni akan sembuh sepenuhnya…insyaAllah…

Wednesday 11 January 2012

larat jalan…

Hari sabtu baru ni aku tidur dekat rumah baru adik aku. Aku tidur dekat bilik atas sebab bilik bawah tak ada katil mahupun tilam. Malam tu adik aku yg angkat aku naik sampai ke katil.

Esok tu bila bangun pagi, sebelum turun ke bawah aku ambil kesempatan merangkak merayap dekat tingkat atas tu tengok bilik air, beranda dan lain-lain, lepas tu baru aku duduk dekat tangga untuk turun dari pokok.

Malam tu bila sampai dekat rumah, aku ingatkan aku tak larat nak berjalan tapi rupanya aku larat sangat-sangat. Alhamdulillah dari pintu gril aku berjalan terus lebih kurang 5 meter, aku rasa ok jer, biasanya kalau balik dari  mana-mana cuma 2 ke 3 meter je berjalan aku dah penat…


p/s: ari ahad hari ke10 dlm kitaran haid...

Tuesday 3 January 2012

Pengalaman upper endoscopy

Alhamdulillah aku da selamat pun menjalani prosedur endoskopi pada 19.12.2011 yg lalu… pengalaman tu ngeri la jugak…
Aku nasihatkan kpd sesape yg nak buat prosedur ni lebih baik minta dipengsankan terlebih dahulu…sbb bg aku lebih selamat sekiranya dibuat dlm keadaan kita tidak sedarkan diri…

Aku pulak buat dlm keadaan sedar, sebelum wayar besar tu dimasukkan, tekak aku dispray terlebih dahulu supaya terasa kebas. 

Kemudian hujung wayar tu dibubuh sedikit jel dan dimasukkan ke tekak aku. Waktu tu air mata aku tak dapat ditahan-tahan, tak tahu nape…

Lepas tu doctor suruh aku menelan, tp bukan telan air liur, air liur dia suruh biarkan je meleleh…

Sakit tu memg sakit la jugak, terasa wayar yg keras tu berjalan-jalan kt dlm perut, tak senang duduk kaki dan tangan aku menahannya sampaikan aku terase seperti kencing aku macam terkeluar, tapi rupanya tidak…nak muntah tu tak payah cakap la, memang banyak kali sangat nak muntah…

 Prosedur tu berjalan sekejap jer tapi aku rasa macam tak sabar sangat nak benda tu cepat-cepat selesai dan tak sabar-sabar nak wayar tu dikeluarkan cepat dari mulut sebab aku rasa tak tahan sangat…


Da selesai semuanya, tekak rasa tak selesa dan masih kebas dan terasa sakit lebih kurang macam kena tonse…dalam perut pun terasa lain macam jer…
Keputusannya, doctor cakap perut aku banyak merah-merah…


mungkin sebab aku makan ubat tahan sakit sewaktu senggugut...jadi doctor suruh aku stop makan ubat tu, kalau senggugut lagi dia suruh aku makan panadol jer…

Buat masa ni aku diberi ubat untuk mengurangkan pengeluaran asid perut supaya merah- merah kt perut aku tu sembuh…

Nota kaki tangan: Kalu misalannya aku terpaksa buat prosedur ni lagi, insyaAllah aku nak minta dipengsankan…tak nak buat dlm keadaan sedar da…taakooot…huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...