Tuesday 19 February 2013

inai, lelaki haram..

tadi aku pakai inai tapi hasilnya tidak memuaskan...kena pakai lagi sekali nampaknya sebab makin pudar je kaler dia...

gambar tengah pakai je boleh tunjuk, gambar hasil tak boleh tunjuk lagi kot sebab belum hari kawin lagi...huhu

aku baru tahu rupenya sunat bagi perempuan pakai inai pada ketika hari perkahwinan...

tapi awas

haram bagi lelaki memakai inai, cat kuku, gelang, subang, gincu dan seumpamanya walaupun pada hari perkahwinan...

utk lebih lanjut, dengar video kat bawah ni...



ni dia inai yg aku pakai tu, da setahun gak kot beli, kirim kat orang...
tak tau lah mungkin sebab tu kot kualiti dia dah terjejas sikit...
patutnya dia kena simpan kat tempat beku tapi aku simpan dalam laci almari jer...:p

Saturday 16 February 2013

perkara sunat selepas nikah...

masuk dalam bilik pengantin, solat dulu dua rakaat solat sunat nikah...selepas itu sujud syukur sebab dapat pasangan suami/isteri...

kemudian suami letak tangan atas ubun-ubun isteri lalu berdoa...
Allahumma inni as aluka khoiroha (yaAllah aku mintak drMu kebaikan isteriku ini) wa a`uzubika min syarriha (aku berlindung kpdMu dr kejahatan isteriku ini)

lepas tu isteri cium tangan suami sambil membace dua kalimah syahadah...:)

solat sunat selepas nikah...

ana: salam ustaz, sy nak tanya tentang cara2 solat sunat slps akad nikah, apekah bacaannya, apekah hukumnya, adakah kena berimam suami isteri ataupun x ? harap ustaz boleh tlg jelaskan, timekasih ustaz.
ustaz: salam. niat shj aku solat sunat sykr krn Allah. 2 rakaat. bacaan mcm solat snt biasa je. tak perlu berimam dgn suami. sendiri2 saje. bg perempuan hbs mjls buatlah. biasa laki buat dulu pastu sarng cncn. tq

p/s: ustaz = ustaz nazri = penolong pendaftar nikah...

Tuesday 12 February 2013

apa ada dalam hati...

ana*bkn name sebenar...nak tahu sangat apa yg ada dalam hati orang...apa yg orang sedang katakan dalam hatinya tentang diri ana...

oleh kerana nak tahu jugak, ana pun bertanya kat orang tu, bila dah tahu ana pulak yg jadi sedih...

haha tu la kan...Allah dah menciptakan manusia ni sangat-sangat cantik...tak perlu nak cungkil-cungkil apa isi hati orang lain...

biasalah jawapan orang ada dua je, positif dan negatif...kalau positif maka akan gembiralah ana tapi kalau negatif, kan ana jugak yg sedih....


 

Monday 4 February 2013

SEKUFU…

sesetengah orang rasa bakal pasangannya macam tidak sekufu agamanya dengannya…

contohnya bakal pasangan yg mudah sgt melalaikan suruhan agama dan kita sangat tak suka dia buat macam tu…-->bukanlah bermaksud yg diri kita baik sgt sampai tak pernah lalai…  

Macam mane nak buat?

Hari kahwin dah semakin dekat…takkan kita nak putuskan pertunangan pulak???…mesti malu sbb majlis bertunang dah dicanang kat semua orang...padahal islam suruh kita bertunang senyap-senyap je…

Jadi nak teruskan atau nak putus??? mane yg terbaik??? Allahu`alam...

jika ambil keputusan utk putus, adakah bakal pasangan yg datang selepas ini akan lebih baik? Alhamdulillah kalau baik…tapi kalau buruk? Na`uzubillah…takkan nak putuskan lagi? Lame lame bertunang je la kerja kita seumur hidup…


jadi sebelum kita putuskan lebih baik tepuk dada tanya iman kita, adakah kita telah menjadi seorang yg benar-benar soleh sebab nakkan pasangan yg benar-benar soleh juga?

jika dia melakukan dosa besar yg kita amat tidak suka, mungkin kita juga sebenarnya ada melakukan dosa besar juga…

tengok diri kita sebelum tengok orang lain…betulkan diri kita pasti Allah beri yg terbaik…tiada istilah terlambat kalau kita telah bertunang dengan orang yg kita rasa salah pilih itu…

Lupe ke kita Allah Maha Berkuasa…Dia berkuasa membolak balikkan hati manusia…usah kita bersedih, Allah berkuasa mengubah bakal pasangan kita menjadi sekufu agamanya dengan kita…apa yg utama kita solehkan diri kita dahulu…
Bukankah yg baik utk yg baik manakala yg jahat utk yg jahat…??? 

Jadi tak payah pening pening kepala…teruskan je perjalanan persiapan menuju hari perkahwinan yg bakal berlangsung…

siapkan dua-dua, rohani dan jasmani, mental dan fizikal, ilmu dan material…pendek kata siapkan dunia dan akhirat kita!!!

p/s: Allahu`alam...tolong betulkan pendapat aku ni kalau salah...

Friday 1 February 2013

DIY- idea bunga pegang...

kat sini aku nak share idea kepada sesiapa yg nak buat sendiri bunga pegang mereka...
mula-mula buat bunga ros menggunakan riben (satin) dua inci...
kemudian lekat kat dawai yg paling kasar mcm dalam gambar...
jahit jelujur pada pangkal renda yg lebarnya tiga inci kemudian kedutkan...
lepas tu lekat kat keliling bunga mcm dalam gambar...
bila dah selesai lekat renda, boleh la dikumpul dan dilekatkan kesemua sekali batang-batang bunga itu dengan tape bunga....
jarak-jarakkan sedikit kedudukan bunga-bunga tu antara satu sama lain supaya jambangan nampak besar dan bunga tidak terlalu tersusun padat... 
gunting pula beberapa helai riben berlainan kaler mengikut panjang yg di sukai dan ikat pada batang bunga...kemaskan dengan melilit sedikit riben pada batang bunga...
dah siap!!!
jgn lupe gunting hujung riben dalam bentuk serong dan bakar hujungnya supaya tidak berbulu...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...