Saturday, 27 October 2012

pergi haji…

salam iduladha*hehe da masuk ari tasyrik da pun…dan tahniah kepada mereka yg terpilih menjadi tetamu Allah…tahniah kerana telah sempurna kelima lima rukun islammu, insyaAllah…

Dari pengalaman yg mak telah lalui di sana beberapa tahun yg lepas mak berpendapat, keadaan aku yg sebegini tidak membolehkan aku utk pergi ke sana menunaikan ibadah haji…L tapi kalau buat umrah boleh, sebab tiada kena bermalam di mina…

tapi aku rasa boleh je kot, janji ada seorang suami yg boleh mendukung aku hehe…dengan itu aku kena berkahwin la maknenya kan hehe…berkahwin dengan seseorang yg normal, sempurna fizikal dan mental…paling utama dia mesti seorang yg boleh mendukung aku…kikiki

Mesti ada yg berpendapat, adik beradik kan boleh juga???

memang boleh tapi adik beradik tetap ada batasan aurat…bagaimana kalau di sana nanti aku perlukan bantuan utk membuang air kecil dan air besar yg mungkin terpaksa di lakukan di dlm khemah??? atau bantuan utk memakai atau membuka pakaian??? dan sebagainya…

Aku pun tak tau kalau seorang yg sakit adakah dimaafkan tentang aurat ketika waktu tersebut…

Dalam beberapa minggu yg lepas aku baca entry ini di blog warkah utk isteri, menceritakan konon2 dia melakukan umrah sambil mendukung isterinya…teringat lak aku pun begitu juga perlu diuruskan oleh seorang SUAMI kalau nak pergi…

Nota impian: da pernah cakap da kt en. tunang, bila da kawin kalau bole umur 40 nanti bawalah aku tunaikan haji…hehehehe...mampu kot

Wednesday, 17 October 2012

ujian hiv…


semalam ayah pegi klinik kerajaan selayang tanyakan untuk aku pasal nak buat ujian hiv untuk nak kawin…tak sangka dapat tarikh apoimen yg agak lewat iaitu 6 november nanti!!!

huhu takpelah ada hikmahnya tu kan…

lagi dari citer ayah, keputusan ujian tu bukan dapat pada hari yg sama…mungkin kira-kira lebih dari sebulan baru dapat keputusan…

tak kulam kabut ke nanti eh nak isi dan hantar borang nikah???

Allahu`alam… 

Wednesday, 10 October 2012

teringin giler jadi pengantin...

 Sewaktu masih budak seseorang pasti lebih sabar menghadapi sesuatu ujian… tak pernah menangisi atau merungut akan nasib diri…

tapi bila dah berakal sempurna, semakin dewasa seseorang itu semakin timbul kesedihan dalam hati mengenai nasib dirinya…

terutama sekali bila tengok orang tersenyum ceria jadi pengantin…mesti tertekan giler giler…ataupun bila tengok orang dapat buat itu buat ini...
 Kadang-kadang bila dah terlalu lama diuji akan TERmemberontak juga pada satu satu masa samada secara sengaja atau tidak…
           dalam bentuk perkataan…berdengus, merungut…                 dalam bentuk perbuatan…menghempas, menumbuk…

Marah kepada siapa sebenarnya???
Geram kepada siapa sebenarnya???

Bukankah Allah yg mentakdirkan keadaan diri yg seperti itu…??? semuanya telah tertulis sejak azali lagi…

ASTAGHFIRULLA HAL `AZHIM…dah terlajak atau sengaja terlajak, kembali semula kepadaNya…innalillahi wainna ilaihi roji`uun…
 jgn marah dan geram kepada tuhan yg telah memberikan peluang hidup di alam dunia yg jika peluang ini digunakan sebaik-baiknya akan meraih kenikmatan yg Maha hebat di akhirat nanti…lebih nikmat lagi dari menjadi pengantin di dunia…*tapi kalau dah sampai jodoh di dunia ni jgn ler ditolak pulak…hehehe

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, sesungguhnya inilah yg terbaik utk aku…

Bertafakur seketika mengenai ujian yg datang…fikirkan hikmahnya…fikirkan utk apa ia di datangkan…

Siapa tahu, mungkin Allah da tulis syurga utk aku maka diberinya ujian ini supaya aku bersabar dan seterusnya menjadi penyebab utk aku masuk ke syurga dengan rahmatNya…

Dan siapa tahu, kalau Allah da tulis neraka utkku maka diberinya aku ujian ini supaya aku menjadi tidak sabar, memberontak, menyalahkan takdir, menyalahkan tuhan seterusnya semua itu akan menjadi penyebab utk aku ke neraka…

na`uzubillahi min ztalik…jauhkan aku dari kemungkinan yg kedua ini yaAllah…aku nak kemungkinan yg pertama itu…

Dan setelah tahu tujuan ujian, pilihlah samada masih ingin membuang waktu menangisi nasib diri atau meneruskan kehidupan dengan tugasan sbg hamba Allah yg beriman…

Lihat pada setiap kanak-kanak kecil yg diuji, mereka lebih sabar berbanding orang dewasa yg berakal sempurna…

Terasa nak kembali menjadi kanak-kanak supaya kesabaran itu tiada noktahnya…

Wallahu`alam… 

Friday, 5 October 2012

elaun pekerja diluluskan…

Alhamdulillah permohonan EPC atau elaun pekerja cacat*xbest la name elaun tu sbb ada perkataan cacat…huhu…telah diluluskan bermula dari bulan ini hingga September 2013. 

Syukur Alhamdulillah, walaupun setahun je tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat juga tambah-tambah duit untuk nak kawin…


Sebelum ni pernah aku tertanya tanya, misalnya nanti kalau setiap hari aku dah tak larat nak berkerja lagi dah sebab kepenatan, adakah aku perlu membatalkan semula elaun ni? 

sekarang aku rasa dah dapat dah jawapannya, elaun tu diberi hanya dalam tempoh selama setahun je, bukannya kekal sampai umur bersara…huhu maknanya tak perlu lah kot aku nak membatalkannya…

Biskut sarang semut kat atas di order utk raya haji…baru siapkan tempahan utk seorang da letih giler menguli…tapi alhamdulillah letih pun penghapus dosa juga kn, inSyaAllah…hehehehe 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...