Monday, 26 December 2011

Innalillah…

sabtu 24/12/2011 bersamaan 29 muharram 1433, selepas maghrib pukul 7.00 lebih , nenekku telah pergi meninggalkan kami semua…berakhirlah sudah semua kesakitan dunia yg nenek aku tanggung…

macam tu juga la kita, seteruk mane pun penyakit kita, kita tetap akan sembuh juga suatu hari nanti…Allah pasti akan memakbulkan doa yg kita minta utk sembuh itu…kalau tidak sembuh semasa bernyawa, akan sembuh juga apabila telah mati nanti…

yg penting teruskan usaha,doa dan tawakal kepadaNya…berubatlah kita tetapi jangan syirik kepadanya, yg menyembuhkan adalah Allah bukannya ubat…

segala penyakit yg dihidapi ini hanyalah sementara…dan kesakitan yg ditanggung di dunia tetap tidak menyerupai kesakitan di alam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka…

yaAllah, jadikanlah kesakitan di dunia ini sebagai penghapus kesakitan-kesakitan di alam akhirat…rahmatilah roh nenekku dan sekalian roh para muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat…
amin ya rabbal`alamin…


Monday, 19 December 2011

Ada rasa takut sikit…

da pun pukul 12 tgh mlm, jadi aku kena mula puasa sbb besok aku kena buat prosedur endoskopi -->masuk teropong dekat mulut utk tgk dlm perut…

aku kena buat upper edoskopi kot..

sbb mase mak aku kena masuk teropong atas bawah macam-macam syarat kena buat pastu kena minum sejenis ubat utk mencuci usus...tp aku tak pulak, jadi mungkin aku yg masuk kot atas je la tu...

Rasa takut tu ada la sikit-sikit sbb prosedur ni ada risiko, mentol  yg masuk tu bole pecah dkt dlm perut...na`uzubillah…

hmm dikesempatan ni aku nak minta maaf zahir dan batin sangat-sangat kepada sesiapa yg membaca blog aku ni, kot-kot ada dosa yg aku dah buat tanpa aku sedari atau yg aku sedari…
tolong doakan aku selamat dari risiko prosedur ni ye...timekasih...
    

Friday, 16 December 2011

Kuar sorg2 bahaye kot

 Td aku pegi kedai jait… aku kalu nk pegi mane2 memg kena menyusahkan org sikit…hehe…sbb org nk kena tolong punggah wilca aku kuar masuk bonet kete…

Nk pegi sendiri ke mane2 memg bole, kena tipun mobility la suruh dorang datang amek aku kt umah…tp bila da sampai kt kedai jait tu pulak payah sikit, 

jd nk kena ada org tolakkn jugak…

Dulu penah aku cakap aku bole pegi hospital sorg2 naik mobility, marah mk sedara aku dkt aku…dia cakap jgn nk buat mcm tu, mcm tak ada sedara mara jer…hehe…

Tp kalu dipikekan memg bahaya gak kot kalu aku kuar sengsorang jer…da la aku ni kekurangan keupayaan fizikal…sekarang ni mcm2 jenayah melanda, ragut la, culik la, rogol la… 


yaAllah na`uzubillah…
  Jd kena la berteman jugek sebagai usaha, insyaAllah selamat…

Monday, 12 December 2011

hargai diri bhg 2…jgn tiru macam aku…

Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting dr pandangan org lain terhadap diri kita sendiri…dan pandangan Allah terhadap diri kita adalah yg terpenting sekali…

Dlm kehidupan ini ramai org lebih pentingkan pandangan org lain terhadap dirinya.

Sebagai contoh,
Dulu lepas darjah 6 aku sambung belajar di asrama tahfiz…lepas kira-kira setahun lebih sesuatu telah berlaku kepada aku…

Sewaktu balik cuti untuk berhari raya, aku diberi makan sejenis ubat yang diperkenalkan oleh kawan ayah iaitu princi B-fort…

Lepas tu tiba-tiba keadaan aku menjadi lebih teruk…bila berjalan kena pegang-pegang dinding, aku menjadi tak balance ketika berjalan…aku tak mampu untuk tinggal di asrama lagi…

Aku pun berhenti dan tidak mahu menyambung pelajaran di sekolah menengah biasa hanya disebabkan,

 Apakah yang aku malukan???


Aku malu sebab aku pendek…kawan-kawan aku ramai yang tinggi…aku malu nk pakai kain sekolah menengah sebab aku pendek macam budak sekolah rendah…

Tah apa-apa tah, bodohnya aku waktu tu kan…mak memang nak sangat aku sambung sekolah tapi aku…kesian mak…jangan la tiru macam aku…
tp aku tak gemuk tau...huhu
Seorang ustaz berkata, orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan selesa dan tenang dengan keadaan dirinya dan percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri pula adalah positif…

misalnya,
kalu tubuhnya rendah, dia tidak berasa kurang dengan kerendahan dia…dia akan berkata aku mungkin rendah pada pandangan manusia tetapi aku akan berusaha untuk menjadi tinggi pada pandangan Allah…

wallahu`alam

Saturday, 10 December 2011

bedwetting

Dolu prof urologi (mr.zul) ada bagitahu aku ubat utk overactive bladder (OB) ada 3 jer iaitu detrusitol, oxybutinin dan imipramine, dan yg last guna injection botox…
Tapi semalam doctor bagi aku desmopressin…takde dlm senarai pn kn…setahu aku itu ubat utk bedwetting…
Mase kecik memang aku bedwetting, hehe tapi da tua ni tidak lg…


alhamdulillah ler, kalu da tua2 ni bedwetting lg xdpt nk dibayangkan, alamat tergenang la kt ats tilam kot sbb da tua kencing mesti lg byk…huhu…minta2 dijauhkan dr bedwetting dlm keadaan da tua ni dan dlm keadaan tua yg sebenar2 tua…amin…
Ok pasal td agaknya sbb aku bagitahu dia kalu aku minum seliter, biasanya pegi toilet 8 kali pastu kencing yg keluar pn byk bknnya kencing xlawas, tp terlampau lawas…
ubat desmopressin ni fungsi dia utk mengurangkan penghasilan air kencing…takpe la telan jer la, lagipun utk sebulan jerrr… 

Friday, 9 December 2011

x-ray, tengkorak bergerak…

Pagi tadi aku pergi apoimen doctor urologi, Alhamdulillah kidneys aku sihat walafiat…

 antara info baru yg aku dpt ialah ultrasound tidak merbahaya macam x-ray àaku da tanya kat doctor tu…
Yela kalu bahaya mesti ibu mengandung tidak dibenarkan buat ultrasound betul tak??? Betul3…J

x-ray lak memg bahaya sbb dia ada sinaran yg membahayakan…boleh menyebabkan kanser (na`uzubillah), boleh menyebabkan mutasi (na`uzubillah)

oleh itu bace la doa ni waktu nk buat x-ray:

walaupun x-ray ni bahaya, tapi ingat la semuanya atas izin Allah jua…

Beberapa tahun dulu pernah sekali aku buat x-ray bergerak... àaku yg bagi name x-ray tu x-ray bergerak sbb gambar x-ray tu adalah rupe tengkorak kita yg bergerak-gerak ikut gaya kita bergerak...huhu

waktu mengx-ray tu, 

 pastu sambil tu keluar la gambar tengkorak aku sedang bergerak2 menelan gak…maknanya orang-orang yg berkenaan boleh nampak benda yg aku telan tu bergerak ke dalam mulut, dalam tekak dan seterusnya ke dalam esophagus aku…

kelakar lak rasenya tgk tengkorak sendiri bergerak…wakakakaka àeh dahsyatnya gelak aku

Tuesday, 6 December 2011

hargai diri..

Mengikut kajian, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi.
 Harga diri adalah --> pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri iaitu tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup ini.
Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa memandang dirinya mampu, boleh dan dapat berjaya dalam kehidupan ini….

manakala, 


orang yang mempunyai harga diri yang rendah sentiasa memandang dirinya tidak mampu dan tidak boleh…

(kata2 seorg pakar motivasi)
wallahu`alam

Monday, 5 December 2011

rahang bergendang bhg2

Bila rahang da bergendang, ini antara benda-benda yg dilarang aku membuatnya...
1-aku dilarang buka mulut besau2 bile menguap…
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)


Juga dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
Sbenarnya bile rahang tak bermasalah pn kena tahan mulut dari dibuka besau2 gak…
2-bile nk mkn buah contohnye epal, pear dan yg sewaktu dgnnye aku kena potong nipis2 mcm potong bile nk mkn mangga…


sbb aku dilarang nganga mulut besau2 utk gigit epal tu terus bulat2 cmtu…

Thursday, 1 December 2011

OKU, normal XsEkUfU…

rancangan semanis kurma mlm ni…topik sekufu…
Dulu penah kt radio ikim ada ceramah berkenaan topik ni dan aku pn ada tipun bertanya kt ustaz tu berkenaan aku yg oku ni kalu kawin ngn org normal, sekufu ke x ke…

Ustaz tu jwb,
Memg btol itu antara yg xsekufu tp nabi s.a.w. mengajar, kamu pilih la akhirnye sekufu itu dlm bab agama, akn senang hati kamu. Oku ngn org normal memg xsekufu dr sudut tubuh badan tp benda tu menjadi kecik dlm islam jika agame itu dibesarkn. Kalu isteri kita oku dan xsempurna tp dia menjadi isteri kita yg solehah dan beriman yg menyenangkn kita spt kita sedih dia tlg gembirakn, kita susah dia tlg sabarkn, kita putus asa dia tlg ingatkn sehingga kita bole maju diluar sane lbh baik dr isteri yg same2 bole berjalan same2 bole berlari tp asek membebel jer kt kita menyebabkn kita sakit kepala dan tertekan…


Syukur Alhamdulillah…J

Saturday, 26 November 2011

menggeliat slalu!!!

 Menggeliat tu tanda mls ke???
Aku rase bkn…sbb bayi sgt suke menggeliat, xkn kita nk ckp dia pemalas kot, dia kn kecik lg…xbaik doakn dia mcm tu…
Cube perhatikn apabile bayi menggeliat, merah seluruh badan dia. Dgn sbb tu aku wt kesimpulan menggeliat itu insyaAllah dpt melancarkn perjalanan darah.
Oleh itu aku pn kena kerap menggeliat kot sbb aku pn xaktifà lbh kurg mcm baby baru lahir daaa…hehe


Lgpn aku penah terjumpe satu info bahawa menggeliat tu bermanfaat pd salur limfa. Xtau btol x…Allahu`alam  

Sunday, 20 November 2011

nk Potong kuku kaki…


 cara-cara nak potong kuku kaki bagi mereka yg badannya da jadi ibarat mcm sekeping papan, tak boleh nak dibongkokkan dah disebabkan sesuatu seperti ada besi kat tulang belakang dan lain-lain.  
sila duduk mcm budak kt bwh ni, kaki mesti terangkat ke atas mcm tu jugak yer…

pastu boleh la capai jari kaki tu dan potong mcm biasa...huhu 
#untung jugak kot sesape yg da ada besi kt tulang belakang, da tua nnt insyaAllah xjd nenek2 sibongkok tiga siang mlm asek berjage..#

Friday, 18 November 2011

Jom terjah belog SMA nih..ngeee

Jutaan timekasih aku ucapkn pd SMA SM yg sudi wt segmen terjah menterjah nih…J

Sbenanya tujuan aku wt blog ni adalah utk berkongsi serba sedikit berkenaan ngn SMA (spinal muscular atrophy) nih…

aku bkn dokte…tp mungkin aku lecturer kpd dokte kot…huhuàperasan…

tingat aku waktu dulu bila masuk wad jer student2 dokte slalu dtg soal siasat aku utk study…time tu aku rase cm cikgu atau pensyarah lak..hehe
xpe la kn merasa gak aku jd ciku cikgu n pensyarah seketika…haha

 kalu ada apoimen kt clinic lak kadang2 bos dokte tu jdkn aku ni seolah2 skrin projector lak, reramai mengadap aku, cek2 aku pastu terangkn kt student2 dia…huhu

xpe la kn merase gak aku jd skrin projector…hehehehehe


da la merepek jer aku nih...
oh ya, nnt terjah ler blog aku slalu2 yer…tq

Tuesday, 15 November 2011

Aku bayi normal

 Melihat kpd ank buahku yg baru lahir, terfikir aku begitu la aku dahulu…waktu dilahirkn aku adalah bayi normal, sempurna fizikal n mental serta sht walafiat…
 Tiada org menyangka, tiada org menduga, tiada org yg tahu aku ditakdirkn bersama Spinal Muscular Atrophy ini…
tiada ape yg pelik tika aku menyarap, merangkak, duduk sumenye dlm keadaan normal…

hanya apabile mula berjalan pd usia sethn sebln baru la terlihat sesuatu yg berlainan dr kanak2 normal yg lain…

  

Saturday, 12 November 2011

Berangan jd ibu...hehe

Alhamdulillah td aku baru jer dpt ank buah sulung…

sonok sgt2…rasenya nk suh dia panggil aku ibu la...kalu panggil ibu terase lbh mesra n rapat sikit bagai ibu n ank…hehe

Friday, 11 November 2011

nk bersalin

Wt mase skng ni aku rajin la jugek wt exercise bridging… nk wt persediaan utk melahirkn ank secara normal suatu hari nnt insyaAllah…heheàaku blm kawin lg, insyaAllah coming soon…amin
punggung aku xterangkat tinggi mcm dlm pic ats ni…tp bergerak sikit tu ada la…beberape thn lepas paling tinggi aku dpt angkat org bole letak tapak tgn kt bwh punggung aku tu. Skng xpasti tinggi mane terangkat sbb aku wt ats tilam spring…  

Wednesday, 9 November 2011

Alarmkn otot sgt penting!!

Jgn biarkan otot2 tu tido, rajin2 kejutkn dia ngn cara lepuk2 n pukul2 kuat2 sikit (otot2 bg tindakan terkawal).

Biasanya bila xlarat nk berjalan otot yg aku kejutkn adalah otot peha sbb peha lbh lemah dr betis…

 Pastu bila nk berjalan set dlm minda mcm nià insyaAllah aku bole, n bace lahaula wala quwwata illa billah…insyaAllah akn rase kuat sikit…J
Terapis2 kt unit fisioterapi pn akn tepuk2 otot2 patient dorg utk merangsang otot2 tu semula.

Friday, 4 November 2011

Ari estrogen rendah…


Ari ni aku berada dlm ari ke28 dlm kitaran haid. Da lbh kurg 2 atau 3 ari ni aku rase lemah sgt terutama pd kaki n tgn…bhg badan yg lain mungkin aku xperasan.
Btol la agaknya bila kandungn estrogen rendah dlm badan menyebabkn otot kurg sikit kekuatannya…

pelik la aku…

siang td aku dpt surat dr ppukm…aku ingat surat gtau tarikh apoimen utk clinic dokte pakar gastroenterology, rupe2nya tarikh utk wt prosedur OGDS (Oesophagogastroduodenoscopy) dr unit gastroenterology…
pelik aku…


mane xpeliknya, aku blm wt pemeriksaan perut pn ngn dokte gastro tu kt clinic, tetibe terus dpt apoimen utk wt prosedur tu, mesti la aku pelik…aku baru je dirujuk ke clinic tu mase g apoimen rehab pd 21hb ari tuh…
Pelik la…
Ape yg dokte rehab tu citerkn dlm surat rujukan tu agaknya???
Menyesal lak aku xbukak bace sblm anta kt clinic gastro tuh…
Tp kalu di pike2 balik xpe la, biar la dorg wt terus  prosedur tu, xda lengah2… aku pn nk cpt dpt jawapan…mudah2an akn terjawab la persoalan aku selama nih…

Tuesday, 1 November 2011

rahang bergendang...

Innalillah…
Nmpknya aku kena disiplinkn balik diri wt exercise rahang. 

 Kuat sgt rahang aku ni berbunyi waktu menguyah makanan kot smpi mk pn tegur bunyi tu…
Cara2 exercise rahang spt yg di ajar oleh dokte maksilo facial kpd aku:
1-dlm keadaan duduk atau baring dgn muka lurus mengadap cermin, tutup mulut n relakskn lidah.

2-dgn mulut masih tertutup, naikkn perlahan2 hujung lidah ke pangkal gigi ats.
3-kemudian gerakkn perlahan2 hujung lidah itu le arah tekak menyentuh di sepanjang lelangit keras hingga ke lelangit lembut n berhenti di situ. Pastikn mulut masih tertutup.

4-dgn lidah masih tetap di lelangit lembut, ngangakn mulut dgn perlahan2, lihat ke arah cermin n pastikan mulut di buka dlm keadaan dagu yg lurus dgn hidung n kiralah dlm 10saat kemudian tutup mulut semula.

 5-ulang langkah yg same byk2 pg ptg siang mlm…
Exercise ini bertujuan menolak kembali rahang yg da terkeluar tu ke belakang atau ke tempatnya.
insyaAllah…

Monday, 31 October 2011

Mase depan, Allah je yg tahu…

Skng aku kena beli electrical wheelchair???
Aku xnk, kalu beli pn aku nk yg manual gak utk ganti wheelchair yg da 8thn lbh ni…
Utk ape aku perlu beli yg auto punye sedangkn Allah masih rezekikn aku kekuatan tgn???
Utk persediaan menghadapi keadaan penyakitku yg akn bertambah teruk???
Satu ari nnt tgn aku xmampu nk pusing roda wheelchair???
yaAllah jauhknlah, na`uzubillahi min ztalik…
Mase depan aku Allah shj yg tahu…
Kalu aku beli maknenya seolah2 aku mengharapkn keadaan aku menjadi lebih buruk lg…btol x???
Na`uzubillah..na`uzubillah..na`uzubillah…amin
yaAllah jauhkn la penyakitku dr menjadi lbh teruk n jauhkn la keadaanku dr menjadi lbh buruk…amin
Biar la aku beli alat bantuan mengikut kemampuan aku skng, bkn utk sediakn payung sblm hujan sbb aku xtau apekah hujan akn turun sedangkn langit masih lg cerah…


nape bila sakit tu bkn kronik,  kita bole set dlm minda bahawa ala esok lusa insyaAllah aku sembuh la…???
Tp bila sakit tu kronik kita mcm putus asa lak…
Na`uzubillah…jgn berputus asa dgn rahmat Allah…

Saturday, 29 October 2011

Xjd sbb MALU…

doktor, apakah risiko yang saya akan hadapi sekiranya saya berkahwin????
21hb baru ni aku xjd nk tanya dokte rehab soalan kt ats tuh, sbb aku malu kt mk n dua org budak terapis yg aku knl iaitu Am n Su…

aku da gtau mk yg aku ada nk tanya kt dokte n aku da  suruh mk tgu kt luar bilik dokte je tp mk ikut masuk gak…tp kalu mk tgu luar pn aku tetap xtanya sbb aku malu kt Am n Su, dorg bertugas kt situ…


hmm xpe lah, aku rase nk tanya dokte kt fb je la, xpyh nk malu kn…hehehe 

Wednesday, 19 October 2011

Nak tenting…nk tenting...

Kadang2 overactive bladder ni sbenarnya adalah penyakit psikologi jer kata terapis bhg ginekologi…
Sbbnya waktu lena tido bole lak tahan nk buang air tp bila celik jer mata tetibe terasa sgt2 nk buang air…
atau pn kadang2 rase nk buang tp bile terjumpe kwn rase tu tetibe ilang…
Cara rawatannya ialah,

kita kena training otak kita supaya tidak memikirkn nk kencing nk kencing…

Contohnya jgn kita set otak kita yg bile minum jer jp lg nk kencing…
Mcm aku bile nk kuar pegi mane2 jer aku control minum sbb pike mcm mane nk g bilik air…pemikiran aku ni la slh satu yg menyebabkn aku terkena OAB ni…
yaAllah bantu la kami, tiada daya n upaya kami melainkn drMu jua… 

Monday, 17 October 2011

A.I.R. itu penting kn…

AIR adalah sgt penting utk fungsi2 tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan n pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan n bertindak sbg pelincir bahagian tubuh yg bergerak.
Aku penah tanya dokte urologi, xpe ker kalu aku minum xsmpi seliter pn sehari, lbh krg 600ml jer?… Aku takut buah pinggang rosak nnt. Dokte ckp dia akn pantau ngn ultra sound, buat mase ni blm menunjukkn tanda2 rosak lg…
Alhamdulillah sgt2…
Bkn aku xnk minum lbh dr itu, 

tp aku da terkena over active bladder…
yaAllah beri la pahala ats ujian ini dan gantiknlah dgn yg lbh baik…amin
YaAllah beri la kekuatan kpdku utk mengawal kembali keinginanku utk membuang air kecil…amin
Lbh kurg sejak dr taun 2005 smpi skng aku merasakn aku da terima akibat dr kurg air yg sgt2 ketara…iaitu aku mudah lupe…kadang2 memg malu sbb umr muda lg tp da mcm org tua…
Baru2 ni lbh kurg seminggu aku kena sakit kepale, sakit sgt2…n aku dpt agk penyebabnya iaitu
AKU KEKURANGAN CECAIR TUBUH!!!

baby nih bkn aku tau...huhu

Mulai dr saat itu aku insaf…aku usahakn utk minum lbh dr sblmnya…aku xnk rosakkn otak aku
yaAllah bantu la aku…kuatknlah daya ingatanku…amin 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...