Saturday 27 October 2012

pergi haji…

salam iduladha*hehe da masuk ari tasyrik da pun…dan tahniah kepada mereka yg terpilih menjadi tetamu Allah…tahniah kerana telah sempurna kelima lima rukun islammu, insyaAllah…

Dari pengalaman yg mak telah lalui di sana beberapa tahun yg lepas mak berpendapat, keadaan aku yg sebegini tidak membolehkan aku utk pergi ke sana menunaikan ibadah haji…L tapi kalau buat umrah boleh, sebab tiada kena bermalam di mina…

tapi aku rasa boleh je kot, janji ada seorang suami yg boleh mendukung aku hehe…dengan itu aku kena berkahwin la maknenya kan hehe…berkahwin dengan seseorang yg normal, sempurna fizikal dan mental…paling utama dia mesti seorang yg boleh mendukung aku…kikiki

Mesti ada yg berpendapat, adik beradik kan boleh juga???

memang boleh tapi adik beradik tetap ada batasan aurat…bagaimana kalau di sana nanti aku perlukan bantuan utk membuang air kecil dan air besar yg mungkin terpaksa di lakukan di dlm khemah??? atau bantuan utk memakai atau membuka pakaian??? dan sebagainya…

Aku pun tak tau kalau seorang yg sakit adakah dimaafkan tentang aurat ketika waktu tersebut…

Dalam beberapa minggu yg lepas aku baca entry ini di blog warkah utk isteri, menceritakan konon2 dia melakukan umrah sambil mendukung isterinya…teringat lak aku pun begitu juga perlu diuruskan oleh seorang SUAMI kalau nak pergi…

Nota impian: da pernah cakap da kt en. tunang, bila da kawin kalau bole umur 40 nanti bawalah aku tunaikan haji…hehehehe...mampu kot

2 comments:

cerita best said...

pakjoe nk p sana tpi bla ye...x tahu la bla boleh p sana

~CAHAYA~ said...

kta usaha ye pakjoe...selebihny kta berserah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...