Malam
tadi buat pertama kalinya aku pergi buat scan baby sebab dari pembacaan aku
jantungnya telah pun lengkap sempurna pertumbuhannya pada minggu ke 10…
Wahai
anakku, saat pertama kali ibu melihat tubuhmu di kaca tv ultra sound betapa
bahagianya hati ibu…
Alangkah
indah dan bahagianya ketika melihat jantungmu yg menunjukkan kau hidup tapi
anakku pada masa ini kau masih belum lagi mempunyai roh…namun SUBHANALLAH! Jantungmu
berdenyut, nyut nyut nyut…pantasnya…cute sangat…
Duhai
ibu duhai ayah, bersyukurlah di atas anugerah yg terindah dari Allah swt ini…
Hinggakan
anakku, setelah pulang ke rumah ibu asyik tersenyum terbayangkan kau yg sedang
tumbuh di dalam rahim ibu…
Doctor
bersungguh berpesan agar ibu redha di atas segala ketentuanNya…dan doctor juga berpesan
agar ibu dan ayah sentiasa mendoakan akan kesempurnaanmu…
Tidak
sabar rasanya ibu nak melihat kamu lagi…
![]() |
permata hatiku... |
Hasil dari scan 10 minggu:
- Bayi berada di tempat yg sepatutnya iaitu rahim.
- Bayi single.
- Jantung bayi dalam keadaan berdenyut.
- Saiz tumbesarannya selari dengan bilangan minggunya.
- Telah Nampak terbentuk kepala, tangan dan kakinya…
SUBHANALLAH!
Memang takjub kan melihat kejadian Allah ini…???
2 comments:
subhanallah..
hebat ciptaan-nya.. :D..
banyakkan doa kak.. smg diberi kesihatan yg baik sepanjang kehamilan.. dan sepanjang proses kehidupan kiter.. ameeeennn..
memng maha hebat sgt3 lady...tak terjangkau dek pemikiran kita makhluk ciptaanNya ini...
InSyaAllah lady...ameenn
^_^
Post a Comment