Wednesday, 7 March 2012

Tulang bhg 3…pengalaman bersama bonggol unta…

Sambungan dari bhg 2 --> disaat keadaan fizikal aku menjadi semakin teruk, aku lebih banyak terperap di dalam dirumah sahaja…
sehinggakan nak keluar kat beranda pun aku malu, sedangkan dulu waktu aku bersekolah rendah aku selalu menyapu halaman rumah dan menolong mak menjemur pakaian…
Satu ketika aku sedang menonton tv di rumah atok, aku terpandang bonggol unta aku tu dekat kaca pintu almari, hodoh sungguh rupanya aku…*inna lillahi wainna ilaihi roji`un…kita milik Allah…kecantikan itu dari Allah…dan Allah akan tarik nikmat itu bila-bila masa yg Dia suka…bersyukurlah dan tutuplah aurat kita…


Cara salah menutup aurat. 

Di suatu ketika yang lain pula, aku duduk ditangga umah atok bersama-sama dengan dua pupu aku… 
tiba-tiba dia seperti terkejut bila terpandang bonggol unta aku tapi dia tak cakap apa-apa, aku malu dan cuba menyorokkannya sambil bercakap satu topik dengannya hanya untuk cover bonggol unta aku ni…


Aku selalu berdiri depan cermin tanpa pakai baju untuk mengamati perubahan tubuh badan aku yang berlaku secara mendadak ini…bukan nak menangisi, namun air mata memang payah ditahan…dalam diam aku berusaha sendiri membetulkan kedudukan tulang belakang ini secara praktikal dirumah…

Tapi bonggol unta aku disebelah kiri.

Bersambung, insyaAllah…

4 comments:

Boni JLL3 said...

hurm..sedihnya..

~CAHAYA~ said...

boni jgn sedih...:)

Mazru Majid said...

Kesabaran anda patut menjadi contoh..teruskan berkarya.

LadyBird said...

akak... jangan pandang cermin tu lagi.. andai die mendownkan akak, keluarkan cermin dari dalam bilik.. teruskan hidup mcm biasa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...