Sambungan dari bhg 3 --> Ketika berseorangan di dalam bilik, aku sering menghayati tubuh badan sendiri di hadapan cermin…
kadang-kadang pelik juga aku tengok keadaan aku tu, bentuk tubuh yang pada asalnya elok boleh jadi senget bengot yang teruk dalam beberapa tahun je… *innalillahi wainna ilaihi roji`un…kalau Allah nak tarik nikmat cantik tu kejap je Allah boleh tarik…jadi janganlah bangga diri, sombong, dan megah-megah menayang bentuk tubuh…jika dipuji, kembalikan pujian tersebut kpd Allah kerana hanya Si Pencipta kecantikan kita itu yg layak menerima pujian… Alhamdulillah (segala puji hanya bg Allah)
maka boleh dikatakan setiap hari aku menolak balik tulang belakang aku ni dengan cara aku sendiri…
dalam fikiran aku hanya nak tubuh aku kembali kepada bentuk tubuh yang asal, yang cantik seperti perempuan-perempuan lain…
tah betul ke tidak cara yang aku buat tu… cara aku tu lebih kurang macam picture kat bawah nih…
1-aku ambil bantal kekabu dan lipat dua supaya menjadi padat dan tinggi sedikit…
2-lepas tu aku baring sambil mengiring ke kiri dengan meletakkan badan antara tulang rusuk dan pinggang di atas bantal tersebut…
3-tujuannya agar aku dapat menolak tulang belakang aku dengan bantal tu ke tengah semula…
Aku akan baring dalam keadaan macam tu selama berjam-jam…
biasanya aku lakukan sambil tidur selepas subuh…ada juga sepanjang tidur pada waktu malam…
Mula-mula nak baring macam tu memang terasa sakit sedikit tapi aku yakin cara aku tu betul, walaupun bila selesai melakukan aku akan terasa seperti sakit kepala sedikit…tapi sakit kepala tu hanya singgah sebentar jer…
Family aku sorang pun tak tau apa yang aku lakukan tu sebab aku akan mengunci pintu dan berseorangan di dalam bilik…
Bilik tu bilik aku seorang jer jadi tak ada sesiapa lah yang nak marah kalau aku berkurung kat dalam tu…
Sekian…wassalam…
n3 ni tak tahu la ada smbungn atau x…
5 comments:
InsyaAllah cahaya akan kembali pulih..bykkan berdoa kepadaNya..hanya dia lah tempat kita bermohon..
saya kagum dengan akak... tapi sekarang tulang akak dah ok kan... Alhamdulillah... banyaknye edisi tulang akak... hehe rasa tulang saya pon sama kot...
hurm...cerita ni tentang diri awak ke? kalau pasal diri awak, awak kena sabar dan tabah ye.semua tu adalah ujian dariNya untuk menguji kesabaran insanNya yang disayangi..kerana setiap manusia yang sering menghadapi kesukaran adalah hambaNya yang Dia sayangi..sebab tu Dia menimpakan kita dengan berbagai2 ujian..Manusia yang sentiasa senang dan tidak pernah dilanda apa2 musibah sebenarnya adalah manusia yang patut mula risau dan harus mendekatkan diri kepadaNya kerana tidak di beri perhatian oleh Allah..
sentiasa bertabah kak :)..
kecantikan itu terletak pada hati :D..
p/s : lady tengok akak cantik sangat :D
saya baru tulis sesutu dalam blog saya anda dijemput membacanya..
Post a Comment