Sunday 4 March 2012

Tulang bhg 2…Bonggol unta

 Hayati picture dekat bawah ni…

 Sambungan dari entry bhg 1 àDari tahun ke tahun scoliosis yang aku alami menjadi semakin teruk… Di belakang badan aku di sebelah kiri dah jadi seperti bonggol unta! *innalillahi wainna ilaihi roji`un…

bahagian pinggang sebelah kanan badan aku bukan setakat lekuk sahaja tetapi…*haish, aku pun tak tahu macam mane nak cerita ni… hujung tulang rusuk kanan dah menjadi terletak atas tulang pelvis aku. 

Maknanya kulit aku bahagian situ dah menjadi celah yang berlipat sehingga kulit dekat pinggang aku tu dah menjadi gelap mungkin sebab tidak terkena udara kot…*kalu xphm tanya tau…huhu

Tulang pelvis aku yang sepatutnya berkedudukan rata macam gambar dekat atas ni menjadi senget macam gambar dekat bawah ni malah lebih teruk sedikit dari tu akibat ditarik oleh tulang bahagian lumbar yang dah lari ke tepi tu…

oleh itu bila duduk, aku hanya duduk di atas punggung sebelah kiri sahaja manakala punggung di sebelah kanan akan terangkat sedikit…disebabkan itu maka kulit punggung sebelah kiri aku pun akhirnya menjadi berkematu lebih kurang mcm dekat siku atau lutut…

bila berdiri pula, kaki kanan terpaksa menjengket disebabkan tulang pelvis yang senget tu menarik sedikit tulang kaki aku ke atas… bila berjalan aku tidak menjengket tapi kena guna tongkat macam kat bawah ni…huhuhu 
bersambung insyaAllah....

5 comments:

LadyBird said...

akak...
smg terus tabah..
tp kene mkn susu..
untuk melambatkan proses pembengkokan tu smkn menjadi..

~CAHAYA~ said...

ni pengalaman dolu sbg iktibar....insyaAllah lady...akak mkn kolagen skng utk tulang, otot, kulit, rambut dan kuku...hehe

mazru said...

Salam cahaya,.,

Allah maha Adil..sy pcya semua ini ada hikmahnya yg tersembunyi..

sy suka smngt awak..keep it up

chin chin said...

adakah cahaya pi fisioterapi atau buat apa2 senaman? ia blh membantu menguatkan otot kita.

~CAHAYA~ said...

wkmslm mazru,
btol tu...
insyaAllah....

chin2, ye memg sy ada pegi tp skng da berhenti sbb sy rase ada keburukannya buat diri sy...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...