Sebenarnya aku kurang percaya yg aku adalah seorang pesakit SMA
walaupun doctor telah mengesahkannya setelah melakukan ct scan dan biopsy ke
atas aku…
bukan tak nak terima hakikat tapi tak tahulah, hati kecil aku yg
menyatakan demikian… waktu doctor bagitahu dulu aku cuma percaya dengan
perasaan yg hambar sahaja…
Lagipun dalam buku berkenaan SMA yg aku baca ni, biopsy bukan satu kaedah
yg tepat utk mengesahkan seseorang itu menghidap SMA…
Memang dah terbukti pun kat diri aku yg kaedah ni kurang tepat…
sewaktu 1st time buat biopsy di bahagian peha kiri,
doctor cakap aku berpenyakit muscular dystrophy…innalillah…*masa tu dalam tahun 1994, umur 14thn.
2nd time buat di bahagian betis kiri, umur 20 tahun lebih,
doctor cakap aku normal…alhamdulillah
Biopsy kali ke3 di bahagian lengan kiri, *di
ct scan terlebih dahulu oleh seorang pakar otot iaitu prof goh…barulah disahkan aku spinal muscular atrophy (SMA)…innalillah…tapi
yg peliknya prof yg mengesahkan tu pun macam tak yakin je dengan keputusan yg
dia bagi tu…
Setakat ni ada 5 kaedah cara diagnosis SMA yg tertulis dalam buku
SMA yg aku baca ni…
Iaitu melalui ciri-ciri klinikal…biosy otot…nerve conduction study…elektromiogram(EMG)…
Dan yg ke5, analisis molekul genetic…kaedah yg ke5 ini adalah cara
terkini dan terbaik serta mempunyai ketepatan yg tinggi berbanding ujian-ujian
lain…
Aku nak sangat buat kaedah yg ke5 ini, barulah aku akan puas hati…lagipun
cuma kena ambil darah sikit jer…tapi bila tah nak pergi.
Menurut buku SMA ni, ujian tersebut boleh dilakukan di Pusat Genom Manusia,
Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM)…*hmm, kt mane ye, aku xpasti???
Nak kata penting sangat utk aku tahu nama sakit ni tidak la kot…walau
apa pun namanya bukan benda terpenting, benda terpenting adalah aku nak sembuh…J
Ada lagi dua sebab kenapa aku tak percaya yg aku ni SMA… tapi aku
cerita lain kali je la ye, in sha Allah…J
memang aku merasakan cerita ni penting sangat utk aku ceritakan dan
penting sangat utk semua orang baca supaya generasi selepas ni lebih berhati-hati…
bukankah Allah da bagitahu yg segala kerosakkan adalah hasil dari
tangan-tangan manusia itu sendiri???
namun walau apa pun yg telah ditakdirkan utk kita, haruslah diterima dengan ikhlas dan redha…Allahu a`lam
namun walau apa pun yg telah ditakdirkan utk kita, haruslah diterima dengan ikhlas dan redha…Allahu a`lam
3 comments:
aka.. pusat genom manusia di HUSM, Kubang Kerian. Tempat iza belajar dulu.. akak pergilah..
setiap dugaan yg kita hadapi tu ujian dari Allah. semoga cepat sembuh.....
to lady,
memg tingin sgt iza sbb akak nk tau sgt2...tp xtau la, tgu kwin nnt la kot...
to remy,
btol tu, timekasih remy..
Post a Comment