Thursday 24 May 2012

Tak dapat nak cium…

 Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik dan meriah…J

Namun ada dua benda jer yg rasa tak best iaitu,

1-tak dapat cium tangan bakal suami mak mertua sejurus selepas disarungkan cincin

dan

2-tidak bersua muka dgn tunang pada hari bersejarah itu…huhu <-- rasa nak ulang je balik semula majlis tuh…


pada ketika sarung cincin aku sepatutnya duduk atas wheelchair bukan atas katil…

kalau atas wheelchair mungkin aku dapat cium tangan bakal suami mak mertua aku tu…sebab atas wheelchair lebih stabil untuk aku tundukkan badan tanpa menongkat tangan sebab kaki aku berpijak kuat atas tempat kaki…

Ni tidak, hari tu aku duduk atas katil. Jadi, kaki aku jadi tergantung sedikit dan tidak berpijak kuat atas lantai sebab katil aku tinggi <-- sebab tilam tebal…kedua-dua tangan aku tengah bersalaman,

lain lah kalau bersalam sebelah tangan je…

dan pada adatnya kalau tunduk juga aku akan terjatuh sebab otot-otot badan aku tidak kuat untuk bertahan… <-- rase nak ulang je part bersalaman tuh…xpe la, ape yg nk disesalkn sgt, btol x???  


pada saat kritikal tersebut*poyo jer…satu kata-kata terkeluar dari mulut bakal mak mertua aku,
*Lebih kurang cmni dia ckp,--> buat je la macam mane yg boleh…*sungguh lega sangat hati aku mendengarnya…alhamdulillah, jadi aku sekadar bersalam camtu je la pas sarung cincin tanpa mencium tangannya…xpe la insyaAllah cium tangan suami je la nanti…hehehe

Allahu`alam…mudah-mudahan aku diterima dengan ikhlas oleh mereka semua…amin 

5 comments:

nohas said...

Assalamu'alaikum, salam kenal..

Tahniah, selamat bertunang..

Unknown said...

InsyaAllah segalanya akan berjalan lancar buat awak..amin..

selamat bertunang ye awak.. :)

~CAHAYA~ said...

wkmslm nohas, salam kenal gak...
timekasih...:)

insyaAllah boni, timekasih...:)

LadyBird said...

akak.. kenapa x duk atas kerusi.. lbh selesa.. kwn lady dah kawin hari sabtu lepas.. Alhamdulillah.. mereka bersanding atas kerusi roda.. cantik..

~CAHAYA~ said...

tu la kn..ape la akak ni...huhuhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...