Friday 3 February 2012

isteri solehah...

……… mak, m cakap dia betul-betul suka dekat y. Mak kita semua tak tahu apa yg Allah takdirkan untuk kita. Mungkin jodoh y tu ada sebab tu lah ada insan yg boleh terima y.. dan y rasa ini rezeki dari Allah untuk y. Tak patut y menolak hanya disebabkan keadaan y yg macam ni.

y tahu alam rumahtangga tu bukan suatu benda yg kecil dan mudah, y rasa tak baik kalau y cakap y tak boleh harunginya dan tak baik juga kalau y cakap y bole harunginya, kan mak? Sebab semua daya dan kekuatan kita adalah hak milik dan anugerah Allah.

Jadi y dah bulatkan azam untuk terima m dan selebihnya y berdoa dan bertawakal..mak tolong doakan y sekiranya ada jodoh y, mak doakan agar y kuat mengharungi alam rumahtangga sebagaimana orang-orang yg berjaya mengharunginya..

dan sekiranya m jodoh y, mak doakan agar Allah jadikan dia suami y yg soleh,berakhlak mulia, bersifat malu, lemah lembut, tidak kedekut,tidak panas baran, tidak merokok dan tidak menyakiti y.

aku taknak jadi seperti ketiga-tiga keadaan isteri
 kat atas nih...huhu

Mak y nak kahwin bukan sebab y takut jadi anak dara tua atau takut adik-adik tak jaga y tapi sebab y nak lengkapkan separuh dari agama y mak..y teringin untuk mati dalam keadaan y menjadi seorang yg bergelar istri solehah yg diredhai oleh suami. Mudah-mudahan y boleh pilih mana-mana pintu syurga nanti…itulah harapan y selain menjadi seorng hafizah.

 Tapi andai tiada jodoh y mak doakanlah moga y redha dan sabar menerima ketentuanNya itu…

demikianlah antara isi kandungan surat aku untuk mak aku semasa dia nak berangkat ke tanah suci menunaikan fardhu haji dulu…surat tu untuk mak bawa ke sana…

p/s: y = aku, m = encik ehem aku…J  

2 comments:

Zul De Alexis said...

InsyaAllah restu ibu bapa sampai ke syurga..

sm sentiasa doakan agar cahaya sentiasa bahagia.

~CAHAYA~ said...

btol tu sm....bahagialah anak2 yg mendapat restu kedua ibubapany...insyaAllah...

timekasih sm..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...