Friday, 27 April 2012

Tulang bhg 7…banyak benda terlibat…

 Sambungan dari bhg 6 -->Tgk pic kat bawah ni,
Jika scoliosis berlaku, bukan tulang belakang sahaja yg terlibat secara sendirian malah tulang rusuk, tulang pinggul dan tulang kaki pun akan terlibat sekali…begitu juga organ-organ dalaman…

Kalau kena kat bahagian torak/dada, peparu, jantung dan segala disitu mungkin turut beralih posisi…
Kalau berlaku kat bahagian lumbar seperti aku, kedua-dua buah pinggang, perut dan usus pula yg terlibat…


Pernah satu ketika waktu doctor melakukan ultra sound kat bahagian abdomen aku, doctor tersebut cakap buah pinggang aku sebelah kiri telah beralih tempat iaitu dekat dengan permukaan atas perut…sepatutnya buah pinggang tersebut terletak jauh ke belakang badan dan jauh dari permukaan perut…

Nasihat aku, jagalah tulang belakang anugerah Allah ini…lenturkan ia selalu seperti seorang jimnastik atau penari ballet tu...hehe, buatlah stretching untuk tulang belakang…

Kat sini aku nak share satu exercise stretching yg aku sendiri dah tak dapat nak buat secara efisyen*cewahhhh…tapi memang btol pn…innalillah…huhu

1-mula-mula baca bismillah dan buat kedudukan merangkak…
2-tonggekkan badan anda sambil kepala dongak ke atas…
3-bongkokkan badan anda sambil kepala tunduk ke bawah…
4-Lakukanlah ia berulang-ulang…dah selesai bacalah Alhamdulillah…

 Sekian, bersambung insyaAllah…

4 comments:

Unknown said...

thanks for sharing this info :)

apa2pun, tabahkan hati awak ye..

~CAHAYA~ said...

same2 boni...

insyaAllah boni....

dan timekasih sbb sudi bg komen...:)

ZerraBbit said...

Sis... Macam mana nak hubungi awk yer?

ZerraBbit said...

Sis... Macam mana nak hubungi awk yer?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...