Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting dr pandangan org lain terhadap diri kita sendiri…dan pandangan Allah terhadap diri kita adalah yg terpenting sekali…
Dlm kehidupan ini ramai org lebih pentingkan pandangan org lain terhadap dirinya.
Sebagai contoh,
Dulu lepas darjah 6 aku sambung belajar di asrama tahfiz…lepas kira-kira setahun lebih sesuatu telah berlaku kepada aku…
Sewaktu balik cuti untuk berhari raya, aku diberi makan sejenis ubat yang diperkenalkan oleh kawan ayah iaitu princi B-fort…
Lepas tu tiba-tiba keadaan aku menjadi lebih teruk…bila berjalan kena pegang-pegang dinding, aku menjadi tak balance ketika berjalan…aku tak mampu untuk tinggal di asrama lagi…
Aku pun berhenti dan tidak mahu menyambung pelajaran di sekolah menengah biasa hanya disebabkan,
Apakah yang aku malukan???
Aku malu sebab aku pendek…kawan-kawan aku ramai yang tinggi…aku malu nk pakai kain sekolah menengah sebab aku pendek macam budak sekolah rendah…
Tah apa-apa tah, bodohnya aku waktu tu kan…mak memang nak sangat aku sambung sekolah tapi aku…kesian mak…jangan la tiru macam aku…
tp aku tak gemuk tau...huhu |
Seorang ustaz berkata, orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan selesa dan tenang dengan keadaan dirinya dan percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri pula adalah positif…
misalnya,
kalu tubuhnya rendah, dia tidak berasa kurang dengan kerendahan dia…dia akan berkata aku mungkin rendah pada pandangan manusia tetapi aku akan berusaha untuk menjadi tinggi pada pandangan Allah…
wallahu`alam
4 comments:
betul tu, kita perlu bersyukur dengan kelebihan dan kekurangan yang Allah berikan pada kita.
btol sgt, tah ape2 tah kak cahaya ni kn...pastu diri sendiri yg rugi
salam cahaya :)
yg dah lepas tu abaikanlah..yg penting sekarang nih.Yg da sudah tu semuanye lebur.
wkmslm mazru,
ye btol tu...sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna...
Post a Comment