Sewaktu masih budak seseorang pasti lebih sabar menghadapi sesuatu ujian… tak pernah menangisi atau merungut akan nasib diri…
tapi bila dah berakal sempurna, semakin dewasa seseorang itu semakin timbul kesedihan dalam hati mengenai nasib dirinya…
terutama sekali bila tengok orang tersenyum ceria jadi pengantin…mesti tertekan giler giler…ataupun bila tengok orang dapat buat itu buat ini...
Kadang-kadang bila dah terlalu lama diuji akan TERmemberontak juga pada satu satu masa samada secara sengaja atau tidak…
dalam bentuk perkataan…berdengus, merungut… dalam bentuk perbuatan…menghempas, menumbuk…
Marah kepada siapa sebenarnya???
Geram kepada siapa sebenarnya???
Bukankah Allah yg mentakdirkan keadaan diri yg seperti itu…??? semuanya telah tertulis sejak azali lagi…
ASTAGHFIRULLA HAL `AZHIM…dah terlajak atau sengaja terlajak, kembali semula kepadaNya…innalillahi wainna ilaihi roji`uun…
jgn marah dan geram kepada tuhan yg telah memberikan peluang hidup di alam dunia yg jika peluang ini digunakan sebaik-baiknya akan meraih kenikmatan yg Maha hebat di akhirat nanti…lebih nikmat lagi dari menjadi pengantin di dunia…*tapi kalau dah sampai jodoh di dunia ni jgn ler ditolak pulak…hehehe
Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, sesungguhnya inilah yg terbaik utk aku…
Bertafakur seketika mengenai ujian yg datang…fikirkan hikmahnya…fikirkan utk apa ia di datangkan…
Siapa tahu, mungkin Allah da tulis syurga utk aku maka diberinya ujian ini supaya aku bersabar dan seterusnya menjadi penyebab utk aku masuk ke syurga dengan rahmatNya…
Dan siapa tahu, kalau Allah da tulis neraka utkku maka diberinya aku ujian ini supaya aku menjadi tidak sabar, memberontak, menyalahkan takdir, menyalahkan tuhan seterusnya semua itu akan menjadi penyebab utk aku ke neraka…
na`uzubillahi min ztalik…jauhkan aku dari kemungkinan yg kedua ini yaAllah…aku nak kemungkinan yg pertama itu…
Dan setelah tahu tujuan ujian, pilihlah samada masih ingin membuang waktu menangisi nasib diri atau meneruskan kehidupan dengan tugasan sbg hamba Allah yg beriman…
Lihat pada setiap kanak-kanak kecil yg diuji, mereka lebih sabar berbanding orang dewasa yg berakal sempurna…
Terasa nak kembali menjadi kanak-kanak supaya kesabaran itu tiada noktahnya…
Wallahu`alam…
4 comments:
benar tu awak..orang yang sentiasa diuji dengan dugaan olehNya, pasti akan ada balasan yang baik olehNya...cuma perlu bersabar. hadapi dugaan itu dengan kesabaran dan senyuman..dan hanya perlu tunggu sahaja..InsyaAllah ada sinar yang menanti... :)
inSyaAllah boni...:)) <--sambil hati tersenyum lebar2....
sabar dan yakin dengan janji Alalh pasti membuahkan hasil yang lumayan. kak... kite doa sama2 ek~
sabar yea sygg...sama2 kita berdoa,insyaallah semuanya akan dipermudahkan kelak.
Post a Comment