Saturday, 22 September 2012

Join lagi saaaatu giveaway…


Hari ni aku join lagi saaaatu giveaway dari blog yg same iaitu belog kawaii-shop

mudah mudahan menang la dua dua hendaknya…huha

Tapi kalau menang salah satu pun syukur da, macam yg aku cakap kat n3 sebelum ni, kalau menang ringan sikit banyak kerja aku…hehehehe

nk join jugak klik sini...
Jom join ramai ramai!!!


Friday, 21 September 2012

Kalau dapat,ringan la banyak…huhu

Hari ni aku try join satu giveaway dari belog kawaii-ii shop, mane la tau kot ada rezeki, boleh dapat hadiah yg sangat menarik iaitu 5 ela bunga fabric…banyaknyerrrr !!!

klik sini kalau nk menyertainye 
Baru-baru ni aku dapat lebihan kain perca free dari sedara kepada suami acik aku…mulanya tak tau nak buat apa dengan kain tu, lepas lepas tu baru dapat ilham yg kain tu boleh dibuat beg untuk dijadikan doorgift aku nanti…J

Tutorial cara membuatnya mungkin ada kat belog yg ini nanti…tungguuuuuuu…

Semalam 111 helai beg aku da gunting…mungkin lagi 600 kot, xpasti lagi nak buat berapa…penat juga sebab kain tu ada yg tebal sangat dan timbul timbul pulak corak dia.

Kenduri mungkin bulan satu 2013, jadi da boleh sangat aku mula dari sekarang kn? Sebab aku tak nak badan jadi letih sangat pada hari hari nak kenduri nanti atau letih sangat pada hari kenduri nanti…huuuuu

Aku bercadang beg doorgift tu nak hias dengan bunga 3D yg dibuat sendiri…huhu

Tapi kalau aku menang giveaway ni, syukur sangat sebab akan ringan la sikit banyak kerja aku nanti yeay!…hehehihu

Sekian…Allahu`alam 

Sunday, 16 September 2012

urus anak…mampukah???


Tak perlulah aku pening peningkan kepala aku ni nak fikir macam mane orang yg lemah seluruh tubuh badan macam aku ni nak jaga anak…

Kan aku pernah tengok dulu macam mana orang yg takda kedua dua belah tangan menguruskan seorang bayi…Bayi, adalah seorang insan yg masih belum mempunyai kemampuan utk menguruskan dirinya sendiri…


Orang itu ada gayanya tersendiri…begitu jugak orang macam aku…aku yakin, Allah pasti tunjukkan jalan dan caranya nanti…
percayalah… 

1024x768 Wallpaper: Strong Baby iPad 2 Wallpaper
lihatlah seorang bayi yg baru lahir, pandai dan tahu menghisap susu ibunya bila didekatkan puting payudara itu ke mulutnya…

siapa yg mengajarnya???

sudah tentulah Allah yg mengilhamkan perkara itu kepadanya…



DAN
v
v
v
v

Lihatlah bagaimana orang yg buta matanya menguruskan rumahtangga dan menguruskan anak anak mereka, lihatlah mereka berjalan berseorangan dijalan jalan raya mencari rezeki dan lihatlah macam macam lagi perkara yg mereka lakukan…

WALLAHU`ALAM... 

Monday, 3 September 2012

Malam pengantin…

 Aku termotivasi dengan kisah seorang perempuan kerdil dari Kentucky yg menghidap penyakit osteogenesis imperfecta…semangat dan keyakinannya begitu tinggi…kekuatan jiwanya melebihi kekuatan fizikalnya…
Subhanallah…sepatutnya itu adalah sifat orang islam yg beriman…

Penyakit yg dihidapinya tidak menghalang dia untuk menerima kehadiran seorang insan yg bernama lelaki.

Sungguh pun penyakitnya bukan ringan, dia tetap berkahwin dan telah pun mempunyai 3 orang anak sekarang...

Jadi kenapa pulak aku tak boleh??? 
Aku bukan mayat…<-- jawapan ni mungkin kasar kot…

Aku dah kaji dan selebihnya aku berserah kepada Allah…

Tolonglah…
jangan ditanya soalan ini --> boleh ke dia melayan suami dia nanti ???

Saturday, 1 September 2012

Aku berkerja…???


Sejak kecil lagi aku telah didedahkan oleh emak dengan jarum dan benang…
emakku memang pakar menjahit…hehe…baju-baju aku semasa kecik pn banyak yg mak jahit sendiri…baju gaun…baju kurung…baju tidur…dan macam-macam lagi.

Oleh kerana dah biasa menjahit jadi bidang inilah yg aku pilih sebagai punca rezekiku…

emakku mengambil tempahan menjahit baju kurung, bahagian leher baju mak upah kat aku…satu leher rm5…

Bila tiba musim raya dapatlah aku lebih kurang rm200 ke rm300 upah menjahit leher baju kurung…jahit manik dan sulam pula jarang orang tempah…kalau ada tempahan pun satu baju biasanya kurang dari rm50…

disamping mengambil upah tu, aku juga ada bisnes sendiri…hehe iaitu menjahit dan menjual baju kanak-kanak perempuan…
lebih kurang dua tahun lebih dah aku buat bisnes ni tapi baju-baju yg aku jahit dan jual tu blm pun sampai seratus helai lagi…huhu…sikit kan?

kat bawah ni contoh baju-baju yg aku jahit…

Ramadan baru ni 10 pasang baju berjaya dijual…dengan purata setiap baju adalah lebih kurang rm40…*syukur sangat-sangat… 8 pasang tu tunang aku yg tolong jualkan…timekasih en. M…J

Dan bisnes terbaru aku yg baru mula dalam tahun ni adalah membuat coklat…hehe…
kat bawah adalah coklat yg aku buat dan aku namakan sebagai marie almond milk choc…*hehe panjangnyer name dia kan???...

Dan ni pulak namenyer,

Ramadan baru ni untung bersih menjual coklat aku dapat lebih kurang rm100 lebih je…huhu
Dengan pendapatan yg tidak seberapa ini, adakah aku dikira sudah mempunyai perkerjaan??? 

 Atau benda-benda ni sekadar mengisi masa terluang??? Dan layakkah aku memohon elaun perkerja oku???

Aku konfius tapi borang permohonan utk minta elaun tu da hantar da pun…hmmmmm…salahkah aku???

Monday, 27 August 2012

Jgn paksa diri

pesakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) adalah kategori oku yg tak mampu utk berkerja seperti seorang yg normal…

kalau dipaksa juga, mereka mungkin akan mengalami keletihan melampau…

keletihan melampau akan menyebabkan mereka menjadi bertambah lemah dan tidak bermaya…


disamping itu keletihan melampau yg berterusan atau kerap berlaku pada seseorang adalah sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan tulang menuju ke arah osteoporosis, tidak kira dia seorang pesakit SMA atau tidak…

pada aku ubat bagi keletihan melampau ini ada dua iaitu berhenti buat kerja-kerja dan tidur yg lena…J



sekian, ALLAHU`ALAM…

Tuesday, 24 July 2012

berlapar lebih baik…

 Selamat berpuasa kepada semua umat islam aku ucapkan…hari ni telah sempurna hari ke 4 berpuasa…alhamdulillah berlapar bagi tubuh badan aku adalah lebih baik dari kekenyangan…
Dalam keadaan kenyang oksigen lebih kepada perut berbanding otak. Sebab waktu tu perut memerlukan banyak tenaga bagi melancarkan proses penghadaman…tak sangka pula keadaan tersebut biasanya menyebabkan sedikit teruk bagi tubuh badan aku…

Mungkin sebab tenaga bagi pesakit SMA seperti aku begitu terhad sekali. Jadi penggunaannya harus berpada sahaja dalam semua perkara.

Contohnya makan, tak boleh sehingga kekenyangan.




mungkin antara hikmahnya aku kena sakit ni adalah mengajar aku supaya makan mengikut sunnah…betul tak???


wallahu`alam…J

Friday, 13 July 2012

Aku tak percaya…(bhg 3)


Entry ini adalah entry menyelam sambil minum air…:P

Sila klik banner kat bawah utk mengetahui lebih lanjut…



Ok seterusnya sebab ketiga aku tak percaya aku ada SMA adalah,

Suatu masa dulu pernah seorang doctor homeopathy kata yg aku sebenarnya telah terkena ubat bius sewaktu di dalam kandungan ibuku…
ini kerana ibu aku telah dibius beberapa kali atas sebab-sebab tertentu sewaktu aku berada di dalam kandungannya… 

Mungkin benar kemungkinan itu sebab aku pernah baca yg ubat bius boleh menyebabkan otot-otot menjadi lemah… apalagi janin di dalam kandungan memang sangat sentitif…betul tak???

 Walaupun 3 sebab yg aku dah cerita tu membuatkan aku tak percaya, namun ada satu sebab membuatkan aku sedikit percaya…

iaitu mungkin benar aku seorang SMA disebabkan ibuku sangat-sangat terdedah kepada ASAP ROKOK sehingga baru-baru ini doctor menyangkakan ibuku seorang perokok apabila x-ray ke atas paru-parunya dilakukan…mana tahu mungkin asap rokok tersebut yg menyebabkan mutasi pada aku???...Allahu`alam

Lagipun dulu mana ada larangan keras terhadap perokok. Perokok boleh merokok di mana-mana sahaja yg dia suka…

Oleh itu sambil menyelam ni aku nak minum air sikit, kepada yg masih merokok, tolonglah berhenti merokok…

jangan rosakkan diri anda dan jangan rosakkan generasi seterusnya yg berada di dalam organ reproduktif anda…


kita hanya berusaha, Allah yg menentukannya... segalanya memang telah ditakdirkan, namun usaha adalah kewajipan seorang hamba...

sekian wallahu`alam…

aku tag: ladybird dan zizihafizzie...


(entry bhg 1 dan bhg 2)

Monday, 9 July 2012

Aku tak percaya…(bhg 2)

Sebab kedua kenapa aku tak percaya aku SMA adalah,

Mengikut cerita dari mak aku sewaktu aku masih bayi aku kerap menangis pada waktu-waktu tertentu pada malam hari seperti seorang bayi yg terkena gangguan jin…
 Jadi apakah kaitannya???

Mungkin ada kaitan…bukankah ramai di antara kita memujuk bayi dengan cara menggoncang/menggoyangkan dia di pangkuan, di pelukan atau di buaian…??? *bukan maksud aku nak menyalahkan sesiapa…segala-galanya telah ditakdirkan…J 


 Perbuatan tersebut sebenarnya boleh mengakibatkan bayi terkena penyakit sindrom goncang bayi…*berkenaan penyakit ini aku bace kat paper satu ketika dahulu…

Bayi yg dipujuk dengan cara yg tersebut di atas boleh menyebabkan otaknya tergoncang…tanda-tanda otaknya telah tergoncang ialah bayi kerap termuntah…

Bayi yg digoncang tersebut lama kelamaan memang akan berhenti menangis, ini disebabkan dia berasa letih akibat digoncang itu…
 Kesan setelah membesar pula ada dua iaitu kecacatan fizikal dan yg kedua kelembapan dalam pelajaran…jadi berkemungkinan aku telah terkena salah satu daripadanya iaitu kecacatan fizikal…Allahu`alam.

Seorang ustaz pernah berkata lebih kurang begini, bayi yg terkena gangguan semasa kecil mengalami penyakit ganjil setelah dewasa…*memang tidak mustahil juga penyakit ganjil tersebut adalah SMA…betul tak???

Bayangkan bayi yg ligat menangis, pelbagai cara dicuba bagi memujuknya dan tanpa disedari kita begitu bersemangat mendodoikan dengan menggoncangkannya agar dia berhenti menangis…maka tidak mustahil bayi tersebut terkena penyakit sindrom goncang bayi…

Oleh itu hendaklah kita lebih berhati-hati ketika memujuk seorang bayi yg sedang menangis…amatilah punca dia menangis…

Elakkan juga dari perkara yg boleh membawa kepada gangguan jin seperti sebaik pulang ke rumah janganlah terus menuju kepada bayi…seeloknya duduklah dahulu seketika dan bacalah ayat-ayat al-quran kemudian barulah boleh mendekati seseorang bayi…

Allahu a`lam…

Friday, 6 July 2012

Aku tak percaya…(bhg 1)

 Sebenarnya aku kurang percaya yg aku adalah seorang pesakit SMA walaupun doctor telah mengesahkannya setelah melakukan ct scan dan biopsy ke atas aku…

bukan tak nak terima hakikat tapi tak tahulah, hati kecil aku yg menyatakan demikian… waktu doctor bagitahu dulu aku cuma percaya dengan perasaan yg hambar sahaja…
Lagipun dalam buku berkenaan SMA yg aku baca ni, biopsy bukan satu kaedah yg tepat utk mengesahkan seseorang itu menghidap SMA…

Memang dah terbukti pun kat diri aku yg kaedah ni kurang tepat…

sewaktu 1st time buat biopsy di bahagian peha kiri, doctor cakap aku berpenyakit muscular dystrophy…innalillah…*masa tu dalam tahun 1994, umur 14thn.

2nd time buat di bahagian betis kiri, umur 20 tahun lebih, doctor cakap aku normal…alhamdulillah

Biopsy kali ke3 di bahagian lengan kiri, *di ct scan terlebih dahulu oleh seorang pakar otot iaitu prof goh…barulah disahkan aku spinal muscular atrophy (SMA)…innalillah…tapi yg peliknya prof yg mengesahkan tu pun macam tak yakin je dengan keputusan yg dia bagi tu…
  
Setakat ni ada 5 kaedah cara diagnosis SMA yg tertulis dalam buku SMA yg aku baca ni…

Iaitu melalui ciri-ciri klinikal…biosy otot…nerve conduction study…elektromiogram(EMG)…

Dan yg ke5, analisis molekul genetic…kaedah yg ke5 ini adalah cara terkini dan terbaik serta mempunyai ketepatan yg tinggi berbanding ujian-ujian lain…

Aku nak sangat buat kaedah yg ke5 ini, barulah aku akan puas hati…lagipun cuma kena ambil darah sikit jer…tapi bila tah nak pergi.

Menurut buku SMA ni, ujian tersebut boleh dilakukan di Pusat Genom Manusia, Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP), Universiti Sains Malaysia (USM)…*hmm, kt mane ye, aku xpasti???

Nak kata penting sangat utk aku tahu nama sakit ni tidak la kot…walau apa pun namanya bukan benda terpenting, benda terpenting adalah aku nak sembuh…J

Ada lagi dua sebab kenapa aku tak percaya yg aku ni SMA… tapi aku cerita lain kali je la ye, in sha Allah…J

memang aku merasakan cerita ni penting sangat utk aku ceritakan dan penting sangat utk semua orang baca supaya generasi selepas ni lebih berhati-hati…

bukankah Allah da bagitahu yg segala kerosakkan adalah hasil dari tangan-tangan manusia itu sendiri???


namun walau apa pun yg telah ditakdirkan utk kita, haruslah diterima dengan ikhlas dan redha…Allahu a`lam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...