Monday 26 December 2011

Innalillah…

sabtu 24/12/2011 bersamaan 29 muharram 1433, selepas maghrib pukul 7.00 lebih , nenekku telah pergi meninggalkan kami semua…berakhirlah sudah semua kesakitan dunia yg nenek aku tanggung…

macam tu juga la kita, seteruk mane pun penyakit kita, kita tetap akan sembuh juga suatu hari nanti…Allah pasti akan memakbulkan doa yg kita minta utk sembuh itu…kalau tidak sembuh semasa bernyawa, akan sembuh juga apabila telah mati nanti…

yg penting teruskan usaha,doa dan tawakal kepadaNya…berubatlah kita tetapi jangan syirik kepadanya, yg menyembuhkan adalah Allah bukannya ubat…

segala penyakit yg dihidapi ini hanyalah sementara…dan kesakitan yg ditanggung di dunia tetap tidak menyerupai kesakitan di alam kubur, di padang mahsyar dan di dalam neraka…

yaAllah, jadikanlah kesakitan di dunia ini sebagai penghapus kesakitan-kesakitan di alam akhirat…rahmatilah roh nenekku dan sekalian roh para muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat…
amin ya rabbal`alamin…


Monday 19 December 2011

Ada rasa takut sikit…

da pun pukul 12 tgh mlm, jadi aku kena mula puasa sbb besok aku kena buat prosedur endoskopi -->masuk teropong dekat mulut utk tgk dlm perut…

aku kena buat upper edoskopi kot..

sbb mase mak aku kena masuk teropong atas bawah macam-macam syarat kena buat pastu kena minum sejenis ubat utk mencuci usus...tp aku tak pulak, jadi mungkin aku yg masuk kot atas je la tu...

Rasa takut tu ada la sikit-sikit sbb prosedur ni ada risiko, mentol  yg masuk tu bole pecah dkt dlm perut...na`uzubillah…

hmm dikesempatan ni aku nak minta maaf zahir dan batin sangat-sangat kepada sesiapa yg membaca blog aku ni, kot-kot ada dosa yg aku dah buat tanpa aku sedari atau yg aku sedari…
tolong doakan aku selamat dari risiko prosedur ni ye...timekasih...
    

Friday 16 December 2011

Kuar sorg2 bahaye kot

 Td aku pegi kedai jait… aku kalu nk pegi mane2 memg kena menyusahkan org sikit…hehe…sbb org nk kena tolong punggah wilca aku kuar masuk bonet kete…

Nk pegi sendiri ke mane2 memg bole, kena tipun mobility la suruh dorang datang amek aku kt umah…tp bila da sampai kt kedai jait tu pulak payah sikit, 

jd nk kena ada org tolakkn jugak…

Dulu penah aku cakap aku bole pegi hospital sorg2 naik mobility, marah mk sedara aku dkt aku…dia cakap jgn nk buat mcm tu, mcm tak ada sedara mara jer…hehe…

Tp kalu dipikekan memg bahaya gak kot kalu aku kuar sengsorang jer…da la aku ni kekurangan keupayaan fizikal…sekarang ni mcm2 jenayah melanda, ragut la, culik la, rogol la… 


yaAllah na`uzubillah…
  Jd kena la berteman jugek sebagai usaha, insyaAllah selamat…

Monday 12 December 2011

hargai diri bhg 2…jgn tiru macam aku…

Pandangan kita terhadap diri kita sendiri adalah jauh lebih penting dr pandangan org lain terhadap diri kita sendiri…dan pandangan Allah terhadap diri kita adalah yg terpenting sekali…

Dlm kehidupan ini ramai org lebih pentingkan pandangan org lain terhadap dirinya.

Sebagai contoh,
Dulu lepas darjah 6 aku sambung belajar di asrama tahfiz…lepas kira-kira setahun lebih sesuatu telah berlaku kepada aku…

Sewaktu balik cuti untuk berhari raya, aku diberi makan sejenis ubat yang diperkenalkan oleh kawan ayah iaitu princi B-fort…

Lepas tu tiba-tiba keadaan aku menjadi lebih teruk…bila berjalan kena pegang-pegang dinding, aku menjadi tak balance ketika berjalan…aku tak mampu untuk tinggal di asrama lagi…

Aku pun berhenti dan tidak mahu menyambung pelajaran di sekolah menengah biasa hanya disebabkan,

 Apakah yang aku malukan???


Aku malu sebab aku pendek…kawan-kawan aku ramai yang tinggi…aku malu nk pakai kain sekolah menengah sebab aku pendek macam budak sekolah rendah…

Tah apa-apa tah, bodohnya aku waktu tu kan…mak memang nak sangat aku sambung sekolah tapi aku…kesian mak…jangan la tiru macam aku…
tp aku tak gemuk tau...huhu
Seorang ustaz berkata, orang yang mempunyai harga diri yang tinggi akan selesa dan tenang dengan keadaan dirinya dan percakapan dirinya terhadap dirinya sendiri pula adalah positif…

misalnya,
kalu tubuhnya rendah, dia tidak berasa kurang dengan kerendahan dia…dia akan berkata aku mungkin rendah pada pandangan manusia tetapi aku akan berusaha untuk menjadi tinggi pada pandangan Allah…

wallahu`alam

Saturday 10 December 2011

bedwetting

Dolu prof urologi (mr.zul) ada bagitahu aku ubat utk overactive bladder (OB) ada 3 jer iaitu detrusitol, oxybutinin dan imipramine, dan yg last guna injection botox…
Tapi semalam doctor bagi aku desmopressin…takde dlm senarai pn kn…setahu aku itu ubat utk bedwetting…
Mase kecik memang aku bedwetting, hehe tapi da tua ni tidak lg…


alhamdulillah ler, kalu da tua2 ni bedwetting lg xdpt nk dibayangkan, alamat tergenang la kt ats tilam kot sbb da tua kencing mesti lg byk…huhu…minta2 dijauhkan dr bedwetting dlm keadaan da tua ni dan dlm keadaan tua yg sebenar2 tua…amin…
Ok pasal td agaknya sbb aku bagitahu dia kalu aku minum seliter, biasanya pegi toilet 8 kali pastu kencing yg keluar pn byk bknnya kencing xlawas, tp terlampau lawas…
ubat desmopressin ni fungsi dia utk mengurangkan penghasilan air kencing…takpe la telan jer la, lagipun utk sebulan jerrr… 

Friday 9 December 2011

x-ray, tengkorak bergerak…

Pagi tadi aku pergi apoimen doctor urologi, Alhamdulillah kidneys aku sihat walafiat…

 antara info baru yg aku dpt ialah ultrasound tidak merbahaya macam x-ray àaku da tanya kat doctor tu…
Yela kalu bahaya mesti ibu mengandung tidak dibenarkan buat ultrasound betul tak??? Betul3…J

x-ray lak memg bahaya sbb dia ada sinaran yg membahayakan…boleh menyebabkan kanser (na`uzubillah), boleh menyebabkan mutasi (na`uzubillah)

oleh itu bace la doa ni waktu nk buat x-ray:

walaupun x-ray ni bahaya, tapi ingat la semuanya atas izin Allah jua…

Beberapa tahun dulu pernah sekali aku buat x-ray bergerak... àaku yg bagi name x-ray tu x-ray bergerak sbb gambar x-ray tu adalah rupe tengkorak kita yg bergerak-gerak ikut gaya kita bergerak...huhu

waktu mengx-ray tu, 

 pastu sambil tu keluar la gambar tengkorak aku sedang bergerak2 menelan gak…maknanya orang-orang yg berkenaan boleh nampak benda yg aku telan tu bergerak ke dalam mulut, dalam tekak dan seterusnya ke dalam esophagus aku…

kelakar lak rasenya tgk tengkorak sendiri bergerak…wakakakaka àeh dahsyatnya gelak aku

Tuesday 6 December 2011

hargai diri..

Mengikut kajian, antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang mempunyai harga diri yang tinggi.
 Harga diri adalah --> pandangan seseorang terhadap dirinya sendiri iaitu tentang kemampuannya untuk berjaya dan cemerlang dalam hidup ini.
Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi sentiasa memandang dirinya mampu, boleh dan dapat berjaya dalam kehidupan ini….

manakala, 


orang yang mempunyai harga diri yang rendah sentiasa memandang dirinya tidak mampu dan tidak boleh…

(kata2 seorg pakar motivasi)
wallahu`alam

Monday 5 December 2011

rahang bergendang bhg2

Bila rahang da bergendang, ini antara benda-benda yg dilarang aku membuatnya...
1-aku dilarang buka mulut besau2 bile menguap…
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Jika seseorang dari kalian menguap, maka tutuplah mulut dengan tangannya kerana sesungguhnya syaitan masuk (ke dalam mulut yang terbuka).” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab az-Zuhud, hadis no. 7129)


Juga dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya),
“Menguap adalah dari Syaitan. Maka apabila seseorang dari kalian menguap, tahanlah (dari menguap) dengan sedaya upaya mungkin kerana sesungguhnya apabila seseorang itu menguap sambil berbunyi “Haaa” maka Syaitan akan mentertawakannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Permulaan Penciptaan, hadis no. 509)
Sbenarnya bile rahang tak bermasalah pn kena tahan mulut dari dibuka besau2 gak…
2-bile nk mkn buah contohnye epal, pear dan yg sewaktu dgnnye aku kena potong nipis2 mcm potong bile nk mkn mangga…


sbb aku dilarang nganga mulut besau2 utk gigit epal tu terus bulat2 cmtu…

Thursday 1 December 2011

OKU, normal XsEkUfU…

rancangan semanis kurma mlm ni…topik sekufu…
Dulu penah kt radio ikim ada ceramah berkenaan topik ni dan aku pn ada tipun bertanya kt ustaz tu berkenaan aku yg oku ni kalu kawin ngn org normal, sekufu ke x ke…

Ustaz tu jwb,
Memg btol itu antara yg xsekufu tp nabi s.a.w. mengajar, kamu pilih la akhirnye sekufu itu dlm bab agama, akn senang hati kamu. Oku ngn org normal memg xsekufu dr sudut tubuh badan tp benda tu menjadi kecik dlm islam jika agame itu dibesarkn. Kalu isteri kita oku dan xsempurna tp dia menjadi isteri kita yg solehah dan beriman yg menyenangkn kita spt kita sedih dia tlg gembirakn, kita susah dia tlg sabarkn, kita putus asa dia tlg ingatkn sehingga kita bole maju diluar sane lbh baik dr isteri yg same2 bole berjalan same2 bole berlari tp asek membebel jer kt kita menyebabkn kita sakit kepala dan tertekan…


Syukur Alhamdulillah…J
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...