Aku
tak tahu maksud sebenarnya tapi apa yang aku faham tentang hypnobirthing ini adalah
ia merupakan satu kaedah menghayalkan diri sendiri atau mengalihkan perasaan
sakit nak bersalin itu atau perasaan negative tentang bersalin kepada perasaan yg lebih indah dan
tenang serta positif…
Macam
seseorang yang sedang leka dan asyik membaca novel, dia akan masuk dan lalai dalam
dunia novel tersebut…(hypnosis)
Mungkin
juga kaedah hypnobirthing ini sebenarnya diambil dari dalam alquran…
kerana
kaedah hypnobirthing ni mengingatkan aku pada kisah nabi yusuf dan zulaikha…
iaitu
ketika zulaikha memanggil wanita-wanita datang ke rumahnya bagi menyaksikan
sendiri keindahan wajah nabi yusuf…mereka diberikan sebiji epal dan
pisau…ketika sedang mengupas epal nabi yusuf disuruh keluar…betapa terpukaunya
mereka dengan keindahan nabi yusuf sehinggakan mereka tidak merasa sakit sewaktu
terpotong jari mereka sendiri ketika mengupas epal tersebut…
juga
mengingatkan aku pada kisah seorang sahabat nabi yg dipanah oleh musuh ketika
perang, dia tidak dapat menahan kesakitan ketika anak panah hendak dicabut lalu
meminta anak panah tersebut dicabut dari tubuhnya ketika dia sedang bersolat…
dari
kisah nabi yusuf itu, perhatian atau focus mereka tertumpu pada keindahan nabi
yusuf sehingga focus pada kesakitan menjadi hilang…
begitu
juga dengan sahabat nabi itu, betapa khusyuknya dia di dalam solatnya…seluruh
hati, perasaan, minda dan tumpuannya hanya pada solatnya dan bukan pada
kesakitannya…
jadi agaknya begitulah kaedah hypnobirthing itu...
perasaan sakit diarahkan kepada suatu perasaan yg lebih indah dan positif...
ajaibkan akal yang Allah ciptakan ini???
perasaan sakit diarahkan kepada suatu perasaan yg lebih indah dan positif...
ajaibkan akal yang Allah ciptakan ini???
Wallahu`alam…