Tuesday, 29 May 2012

janganlah menangis wahai mata...

Malam tadi aku menangis…tak tau lah air mata memang sukar ditahan…bukan aku nak menangisi nasib diri…tapi memang termenangis…

Sebelum tu, aku terjatuh tapi tak ada sorang pun ahli keluarga aku tahu…tapi terjatuh perlahan je alhamdulillah, tak hempas atau terhantuk kat mana-mana pun…
Lepas tu aku sedaya upaya bangun dari lantai cepat-cepat…aku tak nak sorang pun tahu yg aku terjatuh…aku taknak kelemahan otot aku yg terasa seperti bertambah ini diketahui oleh family aku…

tapi haruskah aku bagitahu perkara ni pada tunangku???

(ustaz muhammad cakap, tak semua perkara kita perlu beritahu kepada bakal pasangan kita...)


Lalu perasaan sedih melanda sanubari aku…kenapa aku menangis???

Astaghfirullah, yaAllah ampunilah aku yg lemah ini, mudah-mudahan malam tadi aku bukan menangisi perkara dunia…

Bersambung, insyaAllah… 

Thursday, 24 May 2012

Tak dapat nak cium…

 Alhamdulillah semuanya berjalan dgn baik dan meriah…J

Namun ada dua benda jer yg rasa tak best iaitu,

1-tak dapat cium tangan bakal suami mak mertua sejurus selepas disarungkan cincin

dan

2-tidak bersua muka dgn tunang pada hari bersejarah itu…huhu <-- rasa nak ulang je balik semula majlis tuh…


pada ketika sarung cincin aku sepatutnya duduk atas wheelchair bukan atas katil…

kalau atas wheelchair mungkin aku dapat cium tangan bakal suami mak mertua aku tu…sebab atas wheelchair lebih stabil untuk aku tundukkan badan tanpa menongkat tangan sebab kaki aku berpijak kuat atas tempat kaki…

Ni tidak, hari tu aku duduk atas katil. Jadi, kaki aku jadi tergantung sedikit dan tidak berpijak kuat atas lantai sebab katil aku tinggi <-- sebab tilam tebal…kedua-dua tangan aku tengah bersalaman,

lain lah kalau bersalam sebelah tangan je…

dan pada adatnya kalau tunduk juga aku akan terjatuh sebab otot-otot badan aku tidak kuat untuk bertahan… <-- rase nak ulang je part bersalaman tuh…xpe la, ape yg nk disesalkn sgt, btol x???  


pada saat kritikal tersebut*poyo jer…satu kata-kata terkeluar dari mulut bakal mak mertua aku,
*Lebih kurang cmni dia ckp,--> buat je la macam mane yg boleh…*sungguh lega sangat hati aku mendengarnya…alhamdulillah, jadi aku sekadar bersalam camtu je la pas sarung cincin tanpa mencium tangannya…xpe la insyaAllah cium tangan suami je la nanti…hehehe

Allahu`alam…mudah-mudahan aku diterima dengan ikhlas oleh mereka semua…amin 

Saturday, 12 May 2012

Jgnlah tersangat menggeletar…


esok 13hb 5…

yaAllah berkatilah majlisku…permudahkan segala urusan dan perbincangan yg dilakukan nanti…takdirkan segala kebaikan utkku dimana kebajikan itu berada…amin ya rabbal`alamin…

esok pertama kali nak berjumpa dengan bakal mak mertua…insyaAllah

esok pertama kali nak berjumpa ahli keluarga bakal suami…insyaAllah

mudah-mudahan mereka dapat menerima aku seadanya…yaAllah senang dan tenangkanlah hati mereka tika memandang aku…

dan jauhkan aku dari membebankan mereka…amin…
esok jariku akan disarungkan cincin, insyaAllah…yaAllah jauhkanlah jariku dari menjadi terlalu menggeletar nanti…

pernah mak tanya doctor kenapa aku menggeletar? Doctor cakap sebab otot aku lemah…Allahu`alam…mungkin aku berdarah gemuruh…Allahu`alam


yaAllah jadikanlah aku dan dia bakal pengantin yg soleh dan solehah…jadikanlah aku dan dia bakal pengantin yg patuh syariatMu…amin ya rabbal`alamin…

Wednesday, 9 May 2012

Tulang bhg 9…cepatnya keras semula…

 Sambungan dari Tulang bhg 8 --> setelah membuat keputusan untuk operation, aku pun berhenti dari melakukan tolak tulang belakang*caranya lbh kurg mcm pic kt bwh ni…
Aku takut perbuatan tu akan mengganggu pemulihan tulang belakang aku nanti…

Tapi setelah lebih kurang 4 bulan kemudian sesuatu yang aku tak jangka telah berlaku…

ketika tiba tarikh operation*kalu xsilap pada 28&29 april 2003…aku pun dimasukkan ke wad ortopedik. Mr.tan datang memeriksa dengan cara yang sama seperti yang aku ceritakan dulu…

mr.tan pelik…

tulang yang dahulunya lembut dan mudah ditolak menjadi keras tidak boleh ditolak…

aku pun pelik juga dan tertanya-tanya…



kenapa boleh jadi macam tu??? Dan aku rasa jawapannya adalah sebab aku telah berhenti buat tolak tulang belakang selama lebih kurang 4 bulan…

 Tapi syukurlah pada keesokan harinya aku tak jadi dibedah atas sebab lain yg tak dapat dielakkan…

Tanpa membuang masa aku kembali melakukan tolak tulang belakang itu semula di rumah…wallahu`alam...


sekian, bersambung insyaAllah...

Sunday, 6 May 2012

tlg jgn pandang2 OKU lelame…

 sampai sudah aku di jakel…hehe…beli kain buat baju untuk majlis kecil mengikat janji antara aku dan dia…
tapi memang sesuatu yg pelik sangatlah agaknya orang pakai wheelchair pergi ke jakel…tak penah berlaku dalam sejarah kot…<--ni bkn ayat marah tau...huhu

mana tidaknya masuk je aku kat pintu besar jakel tu, hampir semua mata pekerja situ tertumpu kat aku…

pandang tu boleh tapi tolonglah jangan pandang lama-lama… malu segan silu pilu kelu… kalau nak pandang lama-lama boleh, tunggu waktu aku jadi pengantin…hehe

takpelah, anggap je la tu sebagai praktis untuk dipandang laaaaaaagi ramai orang ketika jadi pengantin nanti…J 
waktu tu jangan aku menggeletar sudeh……

 mudah-mudahan majlis merisik/bertunang utk diriku pada 13hb ni dipermudahkan segala urusan dan perbincangan serta diberkati oleh Allah s.w.t.…ameeeen…

Tuesday, 1 May 2012

Tulang bhg 8…nikmat yg hilang…

 Sambungan dari bhg 7
Apa yg ada jarang disyukuri,
Apa yg tiada sering dirisaukan…
Nikmat yg dikecap baru kan terasa, 
bila hilang*lirik lagu…

Tulang belakang dicipta mudah lentur…bersyukurlah kita…aku telah merasa hikmah mengapa tulang belakang dicipta sebegitu, dulu…
sejak lepas operation aku tidak lagi boleh membongkokkan badan…sebab tulang belakangku telah menjadi seolah-olah sebatang tulang seperti tulang tangan dan tulang kaki…

beginilah lebih kurang besi dekat dalam badan aku…dua batang besi berserta 16 skru, dilekatkan pada tulang belakang bermula dari bawah sedikit dari tengkuk sampailah ke tulang pinggul…kesan parutnya lebih kurang dua inci je lagi nak sampai ke celahan punggung…


bila besi dah melekat kat tulang belakang, posisi duduk kena la betul…kalau tak betul boleh jadi sakit…samada sakit yg sebentar je atau sakit hingga lebih kurang dua tiga hari biasanya...
*tapi alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab sakit tu tak lama...alhamdulillah...

Friday, 27 April 2012

Tulang bhg 7…banyak benda terlibat…

 Sambungan dari bhg 6 -->Tgk pic kat bawah ni,
Jika scoliosis berlaku, bukan tulang belakang sahaja yg terlibat secara sendirian malah tulang rusuk, tulang pinggul dan tulang kaki pun akan terlibat sekali…begitu juga organ-organ dalaman…

Kalau kena kat bahagian torak/dada, peparu, jantung dan segala disitu mungkin turut beralih posisi…
Kalau berlaku kat bahagian lumbar seperti aku, kedua-dua buah pinggang, perut dan usus pula yg terlibat…


Pernah satu ketika waktu doctor melakukan ultra sound kat bahagian abdomen aku, doctor tersebut cakap buah pinggang aku sebelah kiri telah beralih tempat iaitu dekat dengan permukaan atas perut…sepatutnya buah pinggang tersebut terletak jauh ke belakang badan dan jauh dari permukaan perut…

Nasihat aku, jagalah tulang belakang anugerah Allah ini…lenturkan ia selalu seperti seorang jimnastik atau penari ballet tu...hehe, buatlah stretching untuk tulang belakang…

Kat sini aku nak share satu exercise stretching yg aku sendiri dah tak dapat nak buat secara efisyen*cewahhhh…tapi memang btol pn…innalillah…huhu

1-mula-mula baca bismillah dan buat kedudukan merangkak…
2-tonggekkan badan anda sambil kepala dongak ke atas…
3-bongkokkan badan anda sambil kepala tunduk ke bawah…
4-Lakukanlah ia berulang-ulang…dah selesai bacalah Alhamdulillah…

 Sekian, bersambung insyaAllah…

Wednesday, 25 April 2012

Tulang bhg 6…tulang aku lembut…

 Sambungan dari Tulang bhg 5 -->maka tibalah hari apoimen dengan pakar spinal…


Mr.Tan KK memeriksa…dalam keadaan aku dipegang untuk berdiri, doctor tan cuba untuk menggerakkan tulang belakang aku dengan menolak bonggol unta aku dari kiri ke tengah semula…
waktu tu memang terasa tulang tu bergerak tapi apabila dilepaskan, tulang aku kembali semula bengkok ke kiri…

scoliosis pada aku disebabkan oleh otot di belakang badanku lemah dan tidak berdaya menahan tulang tu supaya tetap di tengah-tengah badan…

antara lain penyebab scoliosis adalah asma/lelah…duduk membongkok ketika lelah datang memudahkannya bernafas…duduk yg salah posisi dalam tempoh yg lama akan mudah mendapat scoliosis…

lihatlah pic tulang belakang kat bawah ni,

mungkin bentuknya yang bukan sebatang seperti tulang tangan/kaki menyebabkan ia mudah lari dari posisinya…tapi hikmahnya ia dicipta begitu tetap ada…Allah Maha Bijaksana…*baca di episode akan datang ye,insyaAllah…

Alhamdulillah tulangku masih lembut untuk di gerakkan walaupun umur dah 22 tahun waktu tu…umur yg dikira telah lewat untuk memperbaiki scoliosis…Kalau tak silap aku masa yg sesuai adalah sebelum berumur 20 tahun…


Walau bagaimanapun jika kes tidak serius, tidak digalakkan melakukan operation tersebut sekiranya remaja itu masih dalam proses membesar sebab dalam masa yg sama tulangnya pun masih lagi memanjang…

Memandangkan kes aku yg dikira tahap serius sebab ditakuti tulang akan menghimpit paru-paru, maka aku dirancang untuk dioperation lebih kurang 4 bulan lagi…

Sekian,Allahu`alam…bersambung insyaAllah…

Thursday, 19 April 2012

Tulang bhg 5…aku silap paham…

 Sambungan dari bhg 4 --> suatu hari aku terbaca info mengenai baby yg mengalami developmental dysplasia of hip (DDH) iaitu tulang pinggul yg terkeluar dari soket…

Jika DDH itu tidak dirawat, akibat yg akan dialami ketika dewasa, tanda-tandanya ketika bayi/kanak-kanak hampir sama dengan apa yg aku alami…menyebabkan aku tidak percaya yg penyakit aku adalah muscular dystrophy *pada awalnya doctor mengesahkan aku muscular dystrophy…aku disahkan SMA semasa berumur 20+…

Setelah berjumpa doctor Ramli Baba, dia cakap tulang pinggul aku tak terkeluar…*amatilah keadaan baby anda yg baru lahir sebab mungkin anda tidak perasan keadaan DDH ini ada pada mereka…

Sambung yg tadi, doctor Ramli Baba turut memeriksa tulang belakang aku lalu mencadangkan supaya aku berjumpa semula dengan pakar tulang belakang…

sekian…bersambung insyaAllah…

nota kaki: sumber cara rawatan DDH yg aku bagitau tu adalah dari paper yg aku baca…wallahu`alam. 

Monday, 16 April 2012

Toilet, dry n clean…

Sila jadikan tandas-tandas duduk DRY AND CLEAN…
 Kenapa perlu DRY???

Sebab, tempat yg basah kadang-kadang akan menjadi licin. Bagi orang sakit yg lemah dan tidak berapa kuat, mereka mudah tergelincir…

Kenapa pula perlu CLEAN???

Sebab bila tandas tu kotor, oku kenalah membersihkan sebelum menggunakannya…
maka akan bertambah-tambah lamalah nampaknya tempoh masa oku berada di dalam toilet itu…

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM, JANGANLAH JADI PENGOTOR DAN JANGANLAH PENTINGKAN DIRI SENDIRI…

 KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN…

ADAKAH KITA INGIN MENJADI HAMBA YG KEKURANGAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN ???

JANGAN JADI PENGOTOR, TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA!!!

Wallahu`alam…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...