Alhamdulillah
12 minggu sudah usia kandunganku…orang berbadan dua memang cepat letih…perlu banyak sangat-sangat berehat dan kalau
boleh mengantuk je kena tido…
kalau
tak mampu Allah takkan bagi, tanda mampu la Allah bagi…InSyaAllah aku
boleh!!!...^_^
Pada
entry kali ni aku nak coret sikit pasal benda putih-putih yg biasa kita nampak melekat
kat kulit baby baru lahir…
Rupe-rupenya
benda putih-putih yg melekat kat baby baru lahir tu disebut sebagai vernix…
Adalah
salah bagi pendapat sesetengah orang iaitu vernix tu disebabkan ibu ayah baby
tu berehem-ehem sewaktu mengandung…kalau difikirkan memang tak logic
langsung…
Cube
tengok keadaan baby dalam perut tu, dia ditempatkan dalam sebuah kantung
ketuban yg kukuh…
air
ketuban tu pun tak boleh nak meresap keluar jadi macam mane pulak air ehem-ehem
tu boleh meresap masuk lalu menyebabkan putih-putih pada baby tu??? Jadi
betulkan la pendapat yg salah itu…
Vernix
sebenarnya adalah bahan berwarna putih, licin, yg melapisi kulit baby berfungsi
melindungi baby dari cecair ketuban ketika di dalam rahim…juga berfungsi
sebagai antibakteria dan pelembab…
Ia
terbentuk sejak usia kandungan sekitar 20 minggu lagi…cume apabila baby semakin
hampir dilahirkan, ia menjadi semakin kurang dan biasanya saat lahir masih ada
sisa vernix yg kelihatan…
Vernix
yg tersisa itu akan diserap oleh kulit baby secara perlahan…oleh itu tak
digalakkan memandikan baby yg baru lahir, ape yg perlu adalah membersihkan
sisa-sisa darah yg ada padanya sahaja…
Sekian…wallahu`alam…