Saturday 7 September 2013

Pengalaman buat pregnancy test sendiri…

Petang semalam aku buat pregnancy test. Cadangnya nak buat pagi tadi tapi disebabkan tak sabar, petang pun petang la aku buat…haha…


Sikap tak sabar ni gara-gara aku post status dan komen mengomen di group the gentlebirthing kat fb la ni…hehe…

waktu terbaik buat test tu ialah waktu bangun tidur pagi sebab result terbaiknya ialah air kencing pertama sebaik bangun dari tidur tu…dan malam sebelum test kita sebaiknya kurangkan minum air, biar air kencing kita jadi pekat…

Tapi semalam walaupun petang, air kencing aku tetap pekat sebab mase sarapan je aku makan kuih dan minum sikit je air putih…pastu masuk tengah hari aku tak makan apa-apa, minum pun langsung tak rasanya…jadi memang pekat la jadinya air kencing aku tu…

Pastu lebih kurang kul 5 lebih aku bawak pregnancy test tu diam-diam masuk toilet…senyap-senyap je tak gitau sesape pun yg aku nak buat test tu…hehe

Bila aku bubuh je air kencing kat alat tu tetiba kaler merah jadi merebak…aku ingatkan aku da tersilap letak banyak sangat air kencing…rupenya tak…hihi

Pastu tetibe timbul dua garisan merah dan kaler yg merebak tu pun hilang, yg tinggal dua garisan merah yg sangat clear…

tanpa was-was aku pn mula tersenyum sampai tak boleh nak stop rasanya…ternganga2 gembira mulut aku ni sorang-sorang kat dalam toilet tu…haha

Hati berbunga-bunga tak terkata…rasa seronok sangat atas rezeki kurniaan Allah ni…mase nak kawin dulu pun aku tak rasa seronok sangat sampai camni…rasa nak menjerit pun ada dalam toilet tu…haha

Alat tu aku cuci lu sebelum nak tunjuk kat sesape…hehe

Kalau ikut kiraan hari pertama last period kiranya da 38 hari dah usia kandungan aku ni...hehe syukur Alhamdulillah…

Malam tu gi klinik bawak pregnancy test yg da sah tu kononnya nak sahkan lagi kat doctor tapi bila doctor ngn nurse tengok je alat tu dorang pun terus confident cakap aku mengandung sebab da jelas lagi terang…doctor cakap tak perlu buat test lagi sekali, buang duit jer…lagi dia cakap datang lagi 3minggu atau lebih untuk scan sebab nak scan sekarang pun payah sikit sebab kandungan tu masih sangat awal lagi…hehehe

Sekian pengalaman aku yg mungkin ada ilmu yg boleh ditimba di dalamnya… 

6 comments:

Anonymous said...

Salam.. pertamanya nak ucap tahniah atas anugerah tersebut. Suatu kegembiraan yang tak dapat digambarkan. Panjantkan kesyukuran padaNya.

NAmun....

Suatu perkara harus diingat..ianya adalah sebuah permulaan bahawa kita kena secara sedar tentang perjalanan prosesnya sehingga mengandung, melahirkan dan membesarkan anak yang bakal lahir, mungkin akan ada banyak perkara yang kita kena selesai dan tempuh. Ada yang memerlukan kesabaran, ketahanan, sifat tawakal..berserah..patuh dan taat atau apa saja dlm menerima ketentuanNya.

Itu lumrah dan fitrah. namun sejauh mana kita menerima dan bersikap betul dan terbuka kepada fitrah dan anugerah serta ujiannya adalah sangat penting. Apapun kita serahkan semuanya pada Allah..disamping usaha dan doa.

Sekali lagi tahniah :))

LadyBird said...

salam kak :D
alhamdulillah, tahniah kak..
Alhamdulillah krn kite antr insan2 terpilih tuk menjadi ibu kak..
akak jg diri baik2.. :D..

cik mah said...

Tahniah2...bestkan bila dpt tau pregnant...

~CAHAYA~ said...

to anonymous,
wkmslm...tq anonymous...^_^

to lady,
wkmslm iza...mekacih...aah, alhamdulillah...^_^

to cikmah,
mekasih cikmah...aah btol3, sonok sgt3...^_^

-budakmusyuk- said...

Tahniah Pn. CAHAYA
Semoga awk n baby sihat.. Jaga diri di awal kehamilan yer.. Jgn buat kerja berat2.. Semoga awk tabah sepanjang tempoh kehamilan..

oniudell said...

IronTitan's Ultimate Tinted Hair Cutter Review
Tinted hair from one of the world's leading titanium 3d printing providers of ultra-soft shaving titanium bolts implements. These leatherman charge titanium ultra-soft, and babyliss pro nano titanium hair dryer very lightweight, scissors will $44.95 · ‎Out titanium dioxide of stock

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...