Ini adalah beberapa pic-pic hantaran dari pengantin perempuan*iaitu aku…utk pengantin lelaki*iaitu suami tercintaku hehe…
Kelakar tak hias kasut camni jer? Takde idea pun iye jugak kot…hehe…
Yg bentuk bunga purple ni adalah towel…mase mula-mula aku bentukkan
tu, nampak macam rupe symbol tahi coklat kat dlm fb tu pulak muahaha…pastu aku
pun ubah suai sikit baru nampak ok hehe…yg bintik-bintik kat bunga tu adalah
labuci yg aku cucuk tengah dia dgn jarum peniti…
Yg ni pulak pakaian…tak reti nak hias ape atas baju tu, aku pun
lekat je la bunga kulat coklat bulat-bulat tu dengan jarum peniti…haha…
Seterusnya yg ni eksesori lelaki…
Bentuk love ni pula adalah sejadah…lipat-lipat dan buat bentuk love,
dan pinkan supaya jgn terbukak…pastu sumbat yg berlubang dengan bunga ros merah…utk
membangkitkan bentuk love tu, pinkan renda silver kat keliling dia…renda tu lebihan
dari yg aku guna utk lekat kat tepi veil aku sebenarnya…
Tak caye cer perhati hujung bawah veil aku nih dan pic sejadah tadi…haha
lawak pulak kalau pike balik, kain pelamin pulak lebihan kain selimut…huhu
Ros hitam dlm dulang kat bawah ni dibuat dari stokin hitam dan diselangi
dgn riben satin kaler cream…pastu dikelilingi oleh cawan-cawan kaca yg diisi dgn bunga rampai…
Kepada b2b sume, walaupun kita nampak hantaran kita macam ringkas dan
tak menarik je tapi kalau dah susun sume dulang tu sekali inSyaAllah akan nampak
ok jerr…tengok kat bawah nih…
semuanya 9 dulang…pakaian, sejadah, eksesori, kek, kasut, coklat, buah,
stokin/bunga rampai, dan towel…Nak jimat bajet pun iye jugak sebenarnya sebab
tu buat yg simple sangat…huhu
sekian, semoga menjadi idea utk korang... :-)
No comments:
Post a Comment