Thursday, 22 August 2013

Hypnobirthing…

Aku tak tahu maksud sebenarnya tapi apa yang aku faham tentang hypnobirthing ini adalah ia merupakan satu kaedah menghayalkan diri sendiri atau mengalihkan perasaan sakit nak bersalin itu atau perasaan negative tentang bersalin kepada perasaan yg lebih indah dan tenang serta positif…

Macam seseorang yang sedang leka dan asyik membaca novel, dia akan masuk dan lalai dalam dunia novel tersebut…(hypnosis)

Mungkin juga kaedah hypnobirthing ini sebenarnya diambil dari dalam alquran…

kerana kaedah hypnobirthing ni mengingatkan aku pada kisah nabi yusuf dan zulaikha…
iaitu ketika zulaikha memanggil wanita-wanita datang ke rumahnya bagi menyaksikan sendiri keindahan wajah nabi yusuf…mereka diberikan sebiji epal dan pisau…ketika sedang mengupas epal nabi yusuf disuruh keluar…betapa terpukaunya mereka dengan keindahan nabi yusuf sehinggakan mereka tidak merasa sakit sewaktu terpotong jari mereka sendiri ketika mengupas epal tersebut…

juga mengingatkan aku pada kisah seorang sahabat nabi yg dipanah oleh musuh ketika perang, dia tidak dapat menahan kesakitan ketika anak panah hendak dicabut lalu meminta anak panah tersebut dicabut dari tubuhnya ketika dia sedang bersolat…

dari kisah nabi yusuf itu, perhatian atau focus mereka tertumpu pada keindahan nabi yusuf sehingga focus pada kesakitan menjadi hilang…

begitu juga dengan sahabat nabi itu, betapa khusyuknya dia di dalam solatnya…seluruh hati, perasaan, minda dan tumpuannya hanya pada solatnya dan bukan pada kesakitannya…

jadi agaknya begitulah kaedah hypnobirthing itu...
perasaan sakit diarahkan kepada suatu perasaan yg lebih indah dan positif...

ajaibkan akal yang Allah ciptakan ini???

Wallahu`alam… 

Monday, 22 July 2013

kita kena muhasabah...



muhasabah diri...

jom belek balik entry-entry kita...

Allahu`alam...

Thursday, 20 June 2013

DIY- doorgift comel comel…

sambungan dari entry ini >>> klik

Sume org mesti nak doorgift yg menarik dan murah kan…utk doorgift ni kita kena rancang ikut bajet kita…  

kalau dulu-dulu bagi telur sebiji jer tapi sekarang makanan dah macam-macam bukan semestinya telur dan ada yg dengan cenderahati sekali…sudu la, kipas la, beg duit la, pembuka botol pun ada…pelik…

yg bercenderahati bajet mesti berganda-ganda tinggi kan agaknya. Kalau mampu apa salahnya…

bagi yg kurang mampu memang pening nak pike mane yg paling menjimatkan…

kalau bagi gula-gula atau jajan utk seribu tetamu pun bajet bergantung pada saiz goodies bag la kot…kalau beg kecik, kecik la duitnya, kalau beg besau, besau la duitnya...hehehehe

bagi aku kalau biskut atau kerepek-kerepek yg dipacking sendiri mungkin lebih murah…

ni baru pike makanan ape nak bagi, belum lagi tempat utk isi makanan-makanan yg kita rancang tu…
ni aku tempek sikit gambar-gambar comel doorgift kat bawah nih…moga korang dapat idea…




doorgift aku ari tu bekas campur-campur…ada yg bunga telur batang, ada bakul kecik, ada kotak telur, ada uncang net dan goodie beg kat bawah ni <<jahit sendiri…nak tempah sila-sila…
 isi dalamnya pulak aku bubuh ape???

Bersambung…^_^

Tuesday, 7 May 2013

Bunga pegang, veil dan crown untuk disewa…

Alhamdulillah da dua bulan lebih aku berada di alam rumahtangga…
Jarang sungguh aku update blog kan…haha

Oh ya, ari ni aku nak buat pengumuman yg aku nak sewakan atau jual terus bunga pegang, veil dan juga crown yg aku pakai masa kawin hari tuh…

Sila rujuk pada gambar di bawah ini yer…

gambar bunga pegang dari dekat...

gambar veil dan crown dari dekat...
Sewa: bunga pegang rm15. Veil rm15. Crown rm15.

Atau utk membeli harganya seperti berikut:

Bunga pegang rm35. Veil rm40. Crown rm40.

Sekian utk makluman…

Sunday, 7 April 2013

Review – DIY hantaran simple…

Ini adalah beberapa pic-pic hantaran dari pengantin perempuan*iaitu aku…utk pengantin lelaki*iaitu suami tercintaku hehe


Kelakar tak hias kasut camni jer? Takde idea pun iye jugak kot…hehe…



Yg bentuk bunga purple ni adalah towel…mase mula-mula aku bentukkan tu, nampak macam rupe symbol tahi coklat kat dlm fb tu pulak muahaha…pastu aku pun ubah suai sikit baru nampak ok hehe…yg bintik-bintik kat bunga tu adalah labuci yg aku cucuk tengah dia dgn jarum peniti…



Yg ni pulak pakaian…tak reti nak hias ape atas baju tu, aku pun lekat je la bunga kulat coklat bulat-bulat tu dengan jarum peniti…haha…



Seterusnya yg ni eksesori lelaki…



Bentuk love ni pula adalah sejadah…lipat-lipat dan buat bentuk love, dan pinkan supaya jgn terbukak…pastu sumbat yg berlubang dengan bunga ros merah…utk membangkitkan bentuk love tu, pinkan renda silver kat keliling dia…renda tu lebihan dari yg aku guna utk lekat kat tepi veil aku sebenarnya…

Tak caye cer perhati hujung bawah veil aku nih dan pic sejadah tadi…haha lawak pulak kalau pike balik, kain pelamin pulak lebihan kain selimut…huhu




Ros hitam dlm dulang kat bawah ni dibuat dari stokin hitam dan diselangi dgn riben satin kaler cream…pastu dikelilingi oleh cawan-cawan kaca yg diisi dgn bunga rampai…


Kepada b2b sume, walaupun kita nampak hantaran kita macam ringkas dan tak menarik je tapi kalau dah susun sume dulang tu sekali inSyaAllah akan nampak ok jerr…tengok kat bawah nih…


semuanya 9 dulang…pakaian, sejadah, eksesori, kek, kasut, coklat, buah, stokin/bunga rampai, dan towel…Nak jimat bajet pun iye jugak sebenarnya sebab tu buat yg simple sangat…huhu

sekian, semoga menjadi idea utk korang... :-)

Friday, 22 March 2013

REVIEW - DIY coklat utk doorgift…

utk doorgift aku beli lebih kurang 13kg beryl`s chocolate…
Harga sekilo rm12.40…sekilo tu kitorang dapat lebih kurang 180 biji. kalau tak silap aku 13kg tu bkn utk doorgift je tp termasuk coklat hantaran sekali lebih kurang 60biji camtu…

ada milk, dark dan white chocolate...nak lebih jimat guna yg milk chocolate...
tapi utk mendapatkan lebih kurang 180 biji tu kita kena campurkan coklat tu dgn chocolate rice bubbles. harga chocolate rice bubbles pun sgt murah…*bape tah sekilo xingt…hehe…bila makan pun sedap sebab kita akan rasa crispy…J

Tgk ni mcm2 corak yg kitorang lukis…haha memang seronok sgt lukis same2 ngn adik beradik…kenangan manis tu…







memang jimat giler kalau buat sendiri…

Lepas dah lukis, esoknya tu baru boleh packing dalam plastic…

Ini yg da packing…saiz plastic memang beli yg muat utk sebiji coklat je…


 Harga plastic lebih kurang rm4 lebih kot 0.5kg…sowi aku dah lupe la…huhu

Lagi satu aku lupe nak amek gambar chocolate rice bubbles tu tapi rupe dia lebih kurang mcm ni tp kaler dia lebih coklat lagi dr yg ni…
Coklat utk doorgift ni dua tiga minggu sebelum kenduri dah boleh buat dah sebab exp date dia biasanya setahun …sehari inSyaAllah boleh siap dalam 200 biji…

Kalau catering kita utk seribu orang makan kita buat la coklat tu dalam 2000 biji ke atau lebih…tu kalau kita nak bagi dua biji sorang la…hehe

Macam aku ada yg dapat sebiji n ada yg dapat dua biji…nak tau kenapa? inSyaAllah nanti aku cerita lagi yer…J

Tuesday, 12 March 2013

Review: DIY kasut kawin…

Utk kasut kawin aku beli yg kosong je sebab aku nak buat hiasan sendiri kat kasut tuh…nak jimat bajet…hehehe 

tp xla kosong sgt, ada corak jahitan sulam-sulam sikit...

Kat bawah ni gambar-gambar yg disapu dari en.google…





utk kasut kawin tu aku tiru yg ni je…

Dan pastu jadilah kasut aku macam kat bawah nih…hehe
Walaupun tak seratus peratus same tapi lebih kurang la tu…:P 

beli riben satin pastu bentukkan menjadi riben dan bunga ros...
riben tu kita beli kaler cream je supaya sesuai dipakai ngn baju kaler ape pun... 
modal beli riben murah sgt...pastu hias tgh2 bunga ngn sebiji manik, konon nak nampak cam kiut sikit...hehe....sumenya tu aku lekat guna gam pistol...
kepada b2b sume, selamat mendapat idea...:-)

Thursday, 7 March 2013

Happy wedding to me…

Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana pada 24 februari 2013 baru ni telah selesai sudah majlis perkahwinan bagi seorang perempuan yg disahkan oleh doctor sebagai pesakit spinal muscular atrophy…



Nanti inSyaAllah lepas ni aku buat review sikit utk beberapa jenis persiapan yg di DIY oleh pengantin perempuan utk majlis perkahwinannya tersebut…semuanya sekadar berkongsi idea yg di anugerah Allah S.W.T. kepadanya…Alhamdulillah…J   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...