Sunday, 7 April 2013

Review – DIY hantaran simple…

Ini adalah beberapa pic-pic hantaran dari pengantin perempuan*iaitu aku…utk pengantin lelaki*iaitu suami tercintaku hehe


Kelakar tak hias kasut camni jer? Takde idea pun iye jugak kot…hehe…



Yg bentuk bunga purple ni adalah towel…mase mula-mula aku bentukkan tu, nampak macam rupe symbol tahi coklat kat dlm fb tu pulak muahaha…pastu aku pun ubah suai sikit baru nampak ok hehe…yg bintik-bintik kat bunga tu adalah labuci yg aku cucuk tengah dia dgn jarum peniti…



Yg ni pulak pakaian…tak reti nak hias ape atas baju tu, aku pun lekat je la bunga kulat coklat bulat-bulat tu dengan jarum peniti…haha…



Seterusnya yg ni eksesori lelaki…



Bentuk love ni pula adalah sejadah…lipat-lipat dan buat bentuk love, dan pinkan supaya jgn terbukak…pastu sumbat yg berlubang dengan bunga ros merah…utk membangkitkan bentuk love tu, pinkan renda silver kat keliling dia…renda tu lebihan dari yg aku guna utk lekat kat tepi veil aku sebenarnya…

Tak caye cer perhati hujung bawah veil aku nih dan pic sejadah tadi…haha lawak pulak kalau pike balik, kain pelamin pulak lebihan kain selimut…huhu




Ros hitam dlm dulang kat bawah ni dibuat dari stokin hitam dan diselangi dgn riben satin kaler cream…pastu dikelilingi oleh cawan-cawan kaca yg diisi dgn bunga rampai…


Kepada b2b sume, walaupun kita nampak hantaran kita macam ringkas dan tak menarik je tapi kalau dah susun sume dulang tu sekali inSyaAllah akan nampak ok jerr…tengok kat bawah nih…


semuanya 9 dulang…pakaian, sejadah, eksesori, kek, kasut, coklat, buah, stokin/bunga rampai, dan towel…Nak jimat bajet pun iye jugak sebenarnya sebab tu buat yg simple sangat…huhu

sekian, semoga menjadi idea utk korang... :-)

Friday, 22 March 2013

REVIEW - DIY coklat utk doorgift…

utk doorgift aku beli lebih kurang 13kg beryl`s chocolate…
Harga sekilo rm12.40…sekilo tu kitorang dapat lebih kurang 180 biji. kalau tak silap aku 13kg tu bkn utk doorgift je tp termasuk coklat hantaran sekali lebih kurang 60biji camtu…

ada milk, dark dan white chocolate...nak lebih jimat guna yg milk chocolate...
tapi utk mendapatkan lebih kurang 180 biji tu kita kena campurkan coklat tu dgn chocolate rice bubbles. harga chocolate rice bubbles pun sgt murah…*bape tah sekilo xingt…hehe…bila makan pun sedap sebab kita akan rasa crispy…J

Tgk ni mcm2 corak yg kitorang lukis…haha memang seronok sgt lukis same2 ngn adik beradik…kenangan manis tu…







memang jimat giler kalau buat sendiri…

Lepas dah lukis, esoknya tu baru boleh packing dalam plastic…

Ini yg da packing…saiz plastic memang beli yg muat utk sebiji coklat je…


 Harga plastic lebih kurang rm4 lebih kot 0.5kg…sowi aku dah lupe la…huhu

Lagi satu aku lupe nak amek gambar chocolate rice bubbles tu tapi rupe dia lebih kurang mcm ni tp kaler dia lebih coklat lagi dr yg ni…
Coklat utk doorgift ni dua tiga minggu sebelum kenduri dah boleh buat dah sebab exp date dia biasanya setahun …sehari inSyaAllah boleh siap dalam 200 biji…

Kalau catering kita utk seribu orang makan kita buat la coklat tu dalam 2000 biji ke atau lebih…tu kalau kita nak bagi dua biji sorang la…hehe

Macam aku ada yg dapat sebiji n ada yg dapat dua biji…nak tau kenapa? inSyaAllah nanti aku cerita lagi yer…J

Tuesday, 12 March 2013

Review: DIY kasut kawin…

Utk kasut kawin aku beli yg kosong je sebab aku nak buat hiasan sendiri kat kasut tuh…nak jimat bajet…hehehe 

tp xla kosong sgt, ada corak jahitan sulam-sulam sikit...

Kat bawah ni gambar-gambar yg disapu dari en.google…





utk kasut kawin tu aku tiru yg ni je…

Dan pastu jadilah kasut aku macam kat bawah nih…hehe
Walaupun tak seratus peratus same tapi lebih kurang la tu…:P 

beli riben satin pastu bentukkan menjadi riben dan bunga ros...
riben tu kita beli kaler cream je supaya sesuai dipakai ngn baju kaler ape pun... 
modal beli riben murah sgt...pastu hias tgh2 bunga ngn sebiji manik, konon nak nampak cam kiut sikit...hehe....sumenya tu aku lekat guna gam pistol...
kepada b2b sume, selamat mendapat idea...:-)

Thursday, 7 March 2013

Happy wedding to me…

Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana pada 24 februari 2013 baru ni telah selesai sudah majlis perkahwinan bagi seorang perempuan yg disahkan oleh doctor sebagai pesakit spinal muscular atrophy…



Nanti inSyaAllah lepas ni aku buat review sikit utk beberapa jenis persiapan yg di DIY oleh pengantin perempuan utk majlis perkahwinannya tersebut…semuanya sekadar berkongsi idea yg di anugerah Allah S.W.T. kepadanya…Alhamdulillah…J   

Tuesday, 19 February 2013

inai, lelaki haram..

tadi aku pakai inai tapi hasilnya tidak memuaskan...kena pakai lagi sekali nampaknya sebab makin pudar je kaler dia...

gambar tengah pakai je boleh tunjuk, gambar hasil tak boleh tunjuk lagi kot sebab belum hari kawin lagi...huhu

aku baru tahu rupenya sunat bagi perempuan pakai inai pada ketika hari perkahwinan...

tapi awas

haram bagi lelaki memakai inai, cat kuku, gelang, subang, gincu dan seumpamanya walaupun pada hari perkahwinan...

utk lebih lanjut, dengar video kat bawah ni...



ni dia inai yg aku pakai tu, da setahun gak kot beli, kirim kat orang...
tak tau lah mungkin sebab tu kot kualiti dia dah terjejas sikit...
patutnya dia kena simpan kat tempat beku tapi aku simpan dalam laci almari jer...:p

Saturday, 16 February 2013

perkara sunat selepas nikah...

masuk dalam bilik pengantin, solat dulu dua rakaat solat sunat nikah...selepas itu sujud syukur sebab dapat pasangan suami/isteri...

kemudian suami letak tangan atas ubun-ubun isteri lalu berdoa...
Allahumma inni as aluka khoiroha (yaAllah aku mintak drMu kebaikan isteriku ini) wa a`uzubika min syarriha (aku berlindung kpdMu dr kejahatan isteriku ini)

lepas tu isteri cium tangan suami sambil membace dua kalimah syahadah...:)

solat sunat selepas nikah...

ana: salam ustaz, sy nak tanya tentang cara2 solat sunat slps akad nikah, apekah bacaannya, apekah hukumnya, adakah kena berimam suami isteri ataupun x ? harap ustaz boleh tlg jelaskan, timekasih ustaz.
ustaz: salam. niat shj aku solat sunat sykr krn Allah. 2 rakaat. bacaan mcm solat snt biasa je. tak perlu berimam dgn suami. sendiri2 saje. bg perempuan hbs mjls buatlah. biasa laki buat dulu pastu sarng cncn. tq

p/s: ustaz = ustaz nazri = penolong pendaftar nikah...

Tuesday, 12 February 2013

apa ada dalam hati...

ana*bkn name sebenar...nak tahu sangat apa yg ada dalam hati orang...apa yg orang sedang katakan dalam hatinya tentang diri ana...

oleh kerana nak tahu jugak, ana pun bertanya kat orang tu, bila dah tahu ana pulak yg jadi sedih...

haha tu la kan...Allah dah menciptakan manusia ni sangat-sangat cantik...tak perlu nak cungkil-cungkil apa isi hati orang lain...

biasalah jawapan orang ada dua je, positif dan negatif...kalau positif maka akan gembiralah ana tapi kalau negatif, kan ana jugak yg sedih....


 

Monday, 4 February 2013

SEKUFU…

sesetengah orang rasa bakal pasangannya macam tidak sekufu agamanya dengannya…

contohnya bakal pasangan yg mudah sgt melalaikan suruhan agama dan kita sangat tak suka dia buat macam tu…-->bukanlah bermaksud yg diri kita baik sgt sampai tak pernah lalai…  

Macam mane nak buat?

Hari kahwin dah semakin dekat…takkan kita nak putuskan pertunangan pulak???…mesti malu sbb majlis bertunang dah dicanang kat semua orang...padahal islam suruh kita bertunang senyap-senyap je…

Jadi nak teruskan atau nak putus??? mane yg terbaik??? Allahu`alam...

jika ambil keputusan utk putus, adakah bakal pasangan yg datang selepas ini akan lebih baik? Alhamdulillah kalau baik…tapi kalau buruk? Na`uzubillah…takkan nak putuskan lagi? Lame lame bertunang je la kerja kita seumur hidup…


jadi sebelum kita putuskan lebih baik tepuk dada tanya iman kita, adakah kita telah menjadi seorang yg benar-benar soleh sebab nakkan pasangan yg benar-benar soleh juga?

jika dia melakukan dosa besar yg kita amat tidak suka, mungkin kita juga sebenarnya ada melakukan dosa besar juga…

tengok diri kita sebelum tengok orang lain…betulkan diri kita pasti Allah beri yg terbaik…tiada istilah terlambat kalau kita telah bertunang dengan orang yg kita rasa salah pilih itu…

Lupe ke kita Allah Maha Berkuasa…Dia berkuasa membolak balikkan hati manusia…usah kita bersedih, Allah berkuasa mengubah bakal pasangan kita menjadi sekufu agamanya dengan kita…apa yg utama kita solehkan diri kita dahulu…
Bukankah yg baik utk yg baik manakala yg jahat utk yg jahat…??? 

Jadi tak payah pening pening kepala…teruskan je perjalanan persiapan menuju hari perkahwinan yg bakal berlangsung…

siapkan dua-dua, rohani dan jasmani, mental dan fizikal, ilmu dan material…pendek kata siapkan dunia dan akhirat kita!!!

p/s: Allahu`alam...tolong betulkan pendapat aku ni kalau salah...

Friday, 1 February 2013

DIY- idea bunga pegang...

kat sini aku nak share idea kepada sesiapa yg nak buat sendiri bunga pegang mereka...
mula-mula buat bunga ros menggunakan riben (satin) dua inci...
kemudian lekat kat dawai yg paling kasar mcm dalam gambar...
jahit jelujur pada pangkal renda yg lebarnya tiga inci kemudian kedutkan...
lepas tu lekat kat keliling bunga mcm dalam gambar...
bila dah selesai lekat renda, boleh la dikumpul dan dilekatkan kesemua sekali batang-batang bunga itu dengan tape bunga....
jarak-jarakkan sedikit kedudukan bunga-bunga tu antara satu sama lain supaya jambangan nampak besar dan bunga tidak terlalu tersusun padat... 
gunting pula beberapa helai riben berlainan kaler mengikut panjang yg di sukai dan ikat pada batang bunga...kemaskan dengan melilit sedikit riben pada batang bunga...
dah siap!!!
jgn lupe gunting hujung riben dalam bentuk serong dan bakar hujungnya supaya tidak berbulu...
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...