Kali
ni aku nak share cara aku keluarkan anak dari walker…hihi
Bagi
mereka yg lemah otot-otot keseluruhan lengan terutamanye lengan sebelah atas*mcm
aku mesti payah nak angkat anak keluar dari walker kan? Bukan payah je
kekadang memang tak boleh dan tak berupaya pun.
Jadi
Allah telah ilhamkan kat aku cara-caranye…alhamdulillah
Iaitu…
Mule-mule
bentang tilam pastu parking walker anak kat depan tilam tapi walker anak mesti
membelakangkan tilam itu…
Kemudian
parking wheelchair kite berhadapan/mengadap walker anak dan lock wheelchair
kite.
Pastu
kite pegang bahagian hadapan tapak walker tu dan pelan-pelan kite angkat utk
terbalikkan walker tu kat atas tilam yg ade kat belakang walker tadi...
Hasilnye
jadi macam kat bawah ni…hehe
Ni
lah pemandangn dari tepi…Nampak macam mendera je kan??? kesian tengok…takpe la sayang
yer…*tapi kite mesti berhati-hati, kite mesti pegang kuat-kuat sebab
kite kan lemah, takut terlepas dan takut terlaju sangat turunkan menyebabkan
anak kite terhempas pulak.
Tengok
tu iman tersengih jer maknenye takde sakit ape-ape la kan…bermaksud juga kaedah
ini selamat…haha
Ni
pemadangan dari depan…haha kelakar tak tengok kaki dia terkapai-kapai.
Ok,
lepas tu boleh lah kite tarik walker tu dan keluarkan kaki dia.
Nanti
bile dia da faham, dia sendiri akan usaha keluarkan kaki dia sendiri, kite cume
perlu tolong sikit-sikit je la.
Tapi
sekarang umur iman da 10bulan lebih, aku tak gune dah kaedah tu sebab iman dah
pandai panjat tepi walker…
Bile
dia panjat aku pun tolong-tolong la dia sikit… sambil-sambil dia usaha
keluarkan kaki dia dan sepak walker tu utk keluar.
Dulu
aku penah cube keluarkan dia dengan cara lain iaitu duduk atas bangku bulat kat
bawah ni dan keluarkan dia…
tapi
susah nak naik balik atas wheelchair…kadang berjaya kadang tak…huhu
tapi
dengan cara terbalikkan walker tu aku tak perlu turun pun dari wheelchair…cume
iman yg perlu panjat naik atas wheelchair kalau dia nak menyusu…
sekian moga boleh dipraktikkan bagi sesiapa yg berkenaan...