Tuesday, 19 February 2013

inai, lelaki haram..

tadi aku pakai inai tapi hasilnya tidak memuaskan...kena pakai lagi sekali nampaknya sebab makin pudar je kaler dia...

gambar tengah pakai je boleh tunjuk, gambar hasil tak boleh tunjuk lagi kot sebab belum hari kawin lagi...huhu

aku baru tahu rupenya sunat bagi perempuan pakai inai pada ketika hari perkahwinan...

tapi awas

haram bagi lelaki memakai inai, cat kuku, gelang, subang, gincu dan seumpamanya walaupun pada hari perkahwinan...

utk lebih lanjut, dengar video kat bawah ni...



ni dia inai yg aku pakai tu, da setahun gak kot beli, kirim kat orang...
tak tau lah mungkin sebab tu kot kualiti dia dah terjejas sikit...
patutnya dia kena simpan kat tempat beku tapi aku simpan dalam laci almari jer...:p

Saturday, 16 February 2013

perkara sunat selepas nikah...

masuk dalam bilik pengantin, solat dulu dua rakaat solat sunat nikah...selepas itu sujud syukur sebab dapat pasangan suami/isteri...

kemudian suami letak tangan atas ubun-ubun isteri lalu berdoa...
Allahumma inni as aluka khoiroha (yaAllah aku mintak drMu kebaikan isteriku ini) wa a`uzubika min syarriha (aku berlindung kpdMu dr kejahatan isteriku ini)

lepas tu isteri cium tangan suami sambil membace dua kalimah syahadah...:)

solat sunat selepas nikah...

ana: salam ustaz, sy nak tanya tentang cara2 solat sunat slps akad nikah, apekah bacaannya, apekah hukumnya, adakah kena berimam suami isteri ataupun x ? harap ustaz boleh tlg jelaskan, timekasih ustaz.
ustaz: salam. niat shj aku solat sunat sykr krn Allah. 2 rakaat. bacaan mcm solat snt biasa je. tak perlu berimam dgn suami. sendiri2 saje. bg perempuan hbs mjls buatlah. biasa laki buat dulu pastu sarng cncn. tq

p/s: ustaz = ustaz nazri = penolong pendaftar nikah...

Tuesday, 12 February 2013

apa ada dalam hati...

ana*bkn name sebenar...nak tahu sangat apa yg ada dalam hati orang...apa yg orang sedang katakan dalam hatinya tentang diri ana...

oleh kerana nak tahu jugak, ana pun bertanya kat orang tu, bila dah tahu ana pulak yg jadi sedih...

haha tu la kan...Allah dah menciptakan manusia ni sangat-sangat cantik...tak perlu nak cungkil-cungkil apa isi hati orang lain...

biasalah jawapan orang ada dua je, positif dan negatif...kalau positif maka akan gembiralah ana tapi kalau negatif, kan ana jugak yg sedih....


 

Monday, 4 February 2013

SEKUFU…

sesetengah orang rasa bakal pasangannya macam tidak sekufu agamanya dengannya…

contohnya bakal pasangan yg mudah sgt melalaikan suruhan agama dan kita sangat tak suka dia buat macam tu…-->bukanlah bermaksud yg diri kita baik sgt sampai tak pernah lalai…  

Macam mane nak buat?

Hari kahwin dah semakin dekat…takkan kita nak putuskan pertunangan pulak???…mesti malu sbb majlis bertunang dah dicanang kat semua orang...padahal islam suruh kita bertunang senyap-senyap je…

Jadi nak teruskan atau nak putus??? mane yg terbaik??? Allahu`alam...

jika ambil keputusan utk putus, adakah bakal pasangan yg datang selepas ini akan lebih baik? Alhamdulillah kalau baik…tapi kalau buruk? Na`uzubillah…takkan nak putuskan lagi? Lame lame bertunang je la kerja kita seumur hidup…


jadi sebelum kita putuskan lebih baik tepuk dada tanya iman kita, adakah kita telah menjadi seorang yg benar-benar soleh sebab nakkan pasangan yg benar-benar soleh juga?

jika dia melakukan dosa besar yg kita amat tidak suka, mungkin kita juga sebenarnya ada melakukan dosa besar juga…

tengok diri kita sebelum tengok orang lain…betulkan diri kita pasti Allah beri yg terbaik…tiada istilah terlambat kalau kita telah bertunang dengan orang yg kita rasa salah pilih itu…

Lupe ke kita Allah Maha Berkuasa…Dia berkuasa membolak balikkan hati manusia…usah kita bersedih, Allah berkuasa mengubah bakal pasangan kita menjadi sekufu agamanya dengan kita…apa yg utama kita solehkan diri kita dahulu…
Bukankah yg baik utk yg baik manakala yg jahat utk yg jahat…??? 

Jadi tak payah pening pening kepala…teruskan je perjalanan persiapan menuju hari perkahwinan yg bakal berlangsung…

siapkan dua-dua, rohani dan jasmani, mental dan fizikal, ilmu dan material…pendek kata siapkan dunia dan akhirat kita!!!

p/s: Allahu`alam...tolong betulkan pendapat aku ni kalau salah...

Friday, 1 February 2013

DIY- idea bunga pegang...

kat sini aku nak share idea kepada sesiapa yg nak buat sendiri bunga pegang mereka...
mula-mula buat bunga ros menggunakan riben (satin) dua inci...
kemudian lekat kat dawai yg paling kasar mcm dalam gambar...
jahit jelujur pada pangkal renda yg lebarnya tiga inci kemudian kedutkan...
lepas tu lekat kat keliling bunga mcm dalam gambar...
bila dah selesai lekat renda, boleh la dikumpul dan dilekatkan kesemua sekali batang-batang bunga itu dengan tape bunga....
jarak-jarakkan sedikit kedudukan bunga-bunga tu antara satu sama lain supaya jambangan nampak besar dan bunga tidak terlalu tersusun padat... 
gunting pula beberapa helai riben berlainan kaler mengikut panjang yg di sukai dan ikat pada batang bunga...kemaskan dengan melilit sedikit riben pada batang bunga...
dah siap!!!
jgn lupe gunting hujung riben dalam bentuk serong dan bakar hujungnya supaya tidak berbulu...
:)

Sunday, 27 January 2013

Borang nikah…

Bertafakkur seketika…

Untungnya aku oku sebab penolong pendaftar nikah yg datang ke rumah aku dan tak perlu aku yg datang berjumpa dia…Alhamdulillah selesai sudah sain menyain borang nikah…

Untungnya aku oku sebab lepas sain semua ustaz tu yg akan tolong hantarkan borang ke pejabat agama utk urusan selanjutnya dan tak perlu ahli keluarga aku yg hantarkan…Alhamdulillah terima kasih ustaz nazri…J
Apa pun yg berlaku, kita kena bertafakkur seketika fikirkan hikmahnya, jangan cepat melatah…*dari ceramah yg aku dengar dulu…

ayah aku diberitahu, mendaftar nikah perlu dilakukan secara online…ni laman web dia >> www.jais.gov.my, lepas tu tengok sebelah kiri dan klik dekat NCR Online, lepas tu tengok kat sebelah kiri lagi dan klik dekat Daftar di sini

seterusnya isilah borang tersebut dan klik daftar.

Lepas tu klik semula no mykad dan kata laluan dan klik daftar masuk

selepas tu boleh lah isi borang  2c dan borang 2d (bagi perempuan) atau borang 2a (bagi lelaki)…isi borang pemastautin jika perlu…bila dah selesai isi borang semua, jangan lupa print…

sekian, Allahu`alam

Monday, 21 January 2013

Baru dapat kaki…

Alhamdulillah dah lebih kurang 4 hari anak buah aku pandai berjalan…asyik nak berjalan je keje dia…bukan dia je, aku pun kalau tetiba boleh berjalan, aku nak berjalan sepuas puasnya…huhu

seronok sangat tengok dia berjalan pening pening lalat…haha…ada juga terjatuh…lepas tu dia bangun balik…hehe
syukurlah dia tak terkena SMA macam aku…

org kaler merah tu aku kot...tapi aku yakin TIDAK...

aku dulu pun baby normal, meniarap merangkak duduk sampailah pandai berjalan umur setahun sebulan semuanya normal tapi waktu dah pandai berjalan lah baru ternampak kelainan…

ini adalah aku sewaktu pandai meniarap...
kalau aku dulu nak bangun dari menyangkung kena pegang tangan kat lutut tapi anak buah aku tak payah pun, terus bangun je…alhamdulillah…itu lah antara tanda tanda yg besar menunjukkan dia baby normal…alhamdulillah…J

mudah mudahanlah fasa seterusnya iaitu berlari dan melompat akan normal juga…amin ya rabbal `alamin

Wednesday, 16 January 2013

DIY-inspirasi kusyen kawin

alhamdulillah dua bijik kusyen kawin da siap...:)

bentuk love bentuk yg aku suka sangat sekarang nih...huhu...love tu kan simbol kasih sayang dan cinta...:)

 kusyen ni nanti nak hias kat pelamin kot tapi macam besar sangat la pulak...:(
tengok kusyen kat pelamin bawah ni, kecik je kan...kusyen aku pulak gemok...camane tah nanti...

bagi mereka yg nak buat sendiri, ni bahan utk menyulam bunga kat kusyen tuh...kain satin, riben, jarum cross stich... labuci dan manik sebagai hiasan  tambahan...
kalau sesiapa nak tempah aku amek sebijik rm110...bukan sarung je ye tapi sebijik kusyen siap dengan kekabu kekabunya sekali...

bahagian keliling kusyen ni pulak adalah sekuntum demi sekuntum bunga 3d yg dilekatkan di situ dan akhirnya jadilah macam tu...kalau tak ingat macam mana nak buat bunga ni, klik sini...
asek bunga yg ni je kan???
ye, aku dah ketagih dengan bunga nih...sampaikan kat kasut kawin pun aku terasa macam nak bubuh bunga ni gak...:P

Tuesday, 15 January 2013

DIY- bunga pahar...

da lama da siap sebenarnya bunga telur ni...lebih kurang 96 batang semuanya...tak cukup 100, tak pelah kan...

ni la rupa dia..tak la lawa sangat kalau tengok depan depan*tengok dlm gmbr pn same je...tapi ok la, tah tah nanti depan depan kita orang pijak...huhu...

nanti inSyaAllah bila da susun kat tempat pahar tu aku akan upload kat entry nih...

ini bahan bahan yg diperlukan utk buat bunga nih :

1-kertas crepe 28kpg, mula mula beli dapat 50sen sekeping pastu dapat 40sen sekeping... bahagian tengah bunga kaler merah cili, bahagian luar kaler merun... jadi 14 merun, 14 cili... 

2-riben halus segulung rm12.50...
3-net dalam 2 meter kot...

4-daun 2 bungkus (288kpg) = rm20.00...
5-lidi sebungkus rm2.50...
6-tape 2 gulung = rm2...

7-last sekali dawai halus 2 bungkus = rm1.60
total semuanya lebih kurang rm50...tak termasuk harga net sebab harga net aku tak tau, sori...hehe 

utk tutorial sila ke sini >>> klik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...