Tuesday, 27 November 2012

tukar idea brooch...

rasa seronok pulak buat kerongsang...

kerongsang-kerongsang yg aku buat dulu tu dah laku dalam 17, mici tolong jualkan dgn harga rm2 satu...alhamdulillah, timekasih mici...hehe 

oleh sebab kerongsang tu dah berkurangan jadi kenalah buat lagi...pic atas dan bwh ni antara bentuk-bentuk yg aku buat haha, dekat bawah ni macam kelakar la pulak...

kalau nak tengok lebih banyak klik sini...

bunga ros ats love kt pic bwh ni pulak, dapat masa kenduri kawin rumah paklong aku ahad baru ni...*xtau mklong nk bg ke tak...aku yg mintak ari tu...hihihi
tak sangka sama pulak idea kitorang bg brooch dekat family...
mklong aku bg kaler yg sama je sume...aku rasa elok gak mcm ni bagi kaler dan bentuk yg sama je...

pastu aku pike-pike bagus gak buat yg serupa je semua, bila tengok je tetamu boleh kenal yg mane tuan rumah/sedara terdekat pengantin...

jadi aku rasa tak jadi la nak bagi kerongsang kanzashi flowers yg aku buat tu...inSyaAllah aku nak buat yg lain yg besar sikit yg same je rupe dan kaler dia...hehehe

 inSyaAllah.......


Tuesday, 20 November 2012

Saya join GA 2012 Nurul Yui




Saya join GA 2012 Nurul Yui kerana nak menang hadiah dan kerana syarat syarat untuk menjoin GA ini adalah simple jer…kalau hadiah best tapi syarat syarat terlalu cerewet pun aku malas nak join sebab tahap kemalasan aku lebih tinggi dari kemahuan kepada hadiah yg best itu…huehuehue

jgn lupe klik banner kt ats utk join yer...Jom join reramai!!!   

Saturday, 17 November 2012

tazkirah utk bride to be...cium isteri

Suami dan isteri tetap kena jaga batas pergaulan sesame mereka di depan org ramai…
Selepas nikah, selesai menyerahkan mas kawin si suami elakkanlah mencium wajah isterinya sebab biasanya memang ramai mata manusia yg sedang memandang mereka di ketika itu…
sila klik video dkt bwh ni utk lebih lanjut...


utk mendengar dgn lebih jelas sila klik pada tajuk ceramah yg terdapat pada video...
Mudah2an kita menjadi pengantin yg patuh syariat Allah…amin

Thursday, 8 November 2012

Ubat sembelit…

Alhamdulillah aku dah jumpa ubat utk merawat sembelit…J

Pada pendapat aku*cewah, mcm profesor pulak…fakta yg menyatakan sembelit adalah disebabkan kurang meminum air adalah salah…

Sebelum ini memang aku seorang yg kurang meminum air dan kerap mengalami sembelit. kalau nak tahu aku minum kadang kadang kurang dari seliter sehari*bukan kadang kadang, rasanye memang hari hari kot…giler kentang tak??? 


Tapi sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku hampir tiada langsung mengalami sembelit…walaupun setiap hari aku masih juga kurang meminum air…

Mulanya aku tak pasti apa yg merawat sembelit ini tapi syukur Alhamdulillah sebab ia telah disembuhkan oleh Allah yg Maha Berkuasa…J

Baru baru ini aku terbaca tentang hormone endorphin lalu aku mendapat jawapannya…

Nak jauh dari sembelit tak???

Jawapannya, selalu tersenyum walaupun sorang sorang…


bila senyum perasaan akan tenang…

dan time senyum kedutan stress di dahi pun takde kan…ini akan menyebabkan pengeluaran hormone endorphin…inilah yg merawat sembelit aku…Alhamdulillah, syukur sangat sangat…aku tak perlu la minum air sampai terkencing kencing sebab nak elak sembelit…

Kalau tak percaya tak pelah…setahu aku, sesungguhnya Allah menjadikan sesuatu kejadian itu ada sebab musababnya…dan inilah asbab sembuhnya penyakit sembelit aku…wallahu`alam

Saturday, 3 November 2012

Kanzashi flowers…


 Da selesai da salah satu kerja kawin…alhamdulillah


 KANZASHI FLOWER BROOCH…


cenderahati utk sepupu sepupu aku yg tolong bagikan bunga telur utk para tetamu…



Sebenarnya tak penting pun kot…tak buat pun takpe kan…tapi buatlah sebagai tanda terima kasih kepada yg membantu…:)



tapi sebelum kenduri ni, aku jual je kalau ada sesapa yg nak beli…hehe…kalau dah kurang nanti tambahlah balik…haha


yg ni adik aku yg buat...
yg ni je bukan kanzashi flower...

utk tgk lebih banyak gambar sila klik belog aku yg nih >>> klik ler  

Saturday, 27 October 2012

pergi haji…

salam iduladha*hehe da masuk ari tasyrik da pun…dan tahniah kepada mereka yg terpilih menjadi tetamu Allah…tahniah kerana telah sempurna kelima lima rukun islammu, insyaAllah…

Dari pengalaman yg mak telah lalui di sana beberapa tahun yg lepas mak berpendapat, keadaan aku yg sebegini tidak membolehkan aku utk pergi ke sana menunaikan ibadah haji…L tapi kalau buat umrah boleh, sebab tiada kena bermalam di mina…

tapi aku rasa boleh je kot, janji ada seorang suami yg boleh mendukung aku hehe…dengan itu aku kena berkahwin la maknenya kan hehe…berkahwin dengan seseorang yg normal, sempurna fizikal dan mental…paling utama dia mesti seorang yg boleh mendukung aku…kikiki

Mesti ada yg berpendapat, adik beradik kan boleh juga???

memang boleh tapi adik beradik tetap ada batasan aurat…bagaimana kalau di sana nanti aku perlukan bantuan utk membuang air kecil dan air besar yg mungkin terpaksa di lakukan di dlm khemah??? atau bantuan utk memakai atau membuka pakaian??? dan sebagainya…

Aku pun tak tau kalau seorang yg sakit adakah dimaafkan tentang aurat ketika waktu tersebut…

Dalam beberapa minggu yg lepas aku baca entry ini di blog warkah utk isteri, menceritakan konon2 dia melakukan umrah sambil mendukung isterinya…teringat lak aku pun begitu juga perlu diuruskan oleh seorang SUAMI kalau nak pergi…

Nota impian: da pernah cakap da kt en. tunang, bila da kawin kalau bole umur 40 nanti bawalah aku tunaikan haji…kite merancang tp Allah yg menentukan

Wednesday, 17 October 2012

ujian hiv…


semalam ayah pegi klinik kerajaan selayang tanyakan untuk aku pasal nak buat ujian hiv untuk nak kawin…tak sangka dapat tarikh apoimen yg agak lewat iaitu 6 november nanti!!!

huhu takpelah ada hikmahnya tu kan…

lagi dari citer ayah, keputusan ujian tu bukan dapat pada hari yg sama…mungkin kira-kira lebih dari sebulan baru dapat keputusan…

tak kulam kabut ke nanti eh nak isi dan hantar borang nikah???

Allahu`alam… 

Wednesday, 10 October 2012

teringin giler jadi pengantin...

 Sewaktu masih budak seseorang pasti lebih sabar menghadapi sesuatu ujian… tak pernah menangisi atau merungut akan nasib diri…

tapi bila dah berakal sempurna, semakin dewasa seseorang itu semakin timbul kesedihan dalam hati mengenai nasib dirinya…

terutama sekali bila tengok orang tersenyum ceria jadi pengantin…mesti tertekan giler giler…ataupun bila tengok orang dapat buat itu buat ini...
 Kadang-kadang bila dah terlalu lama diuji akan TERmemberontak juga pada satu satu masa samada secara sengaja atau tidak…
           dalam bentuk perkataan…berdengus, merungut…                 dalam bentuk perbuatan…menghempas, menumbuk…

Marah kepada siapa sebenarnya???
Geram kepada siapa sebenarnya???

Bukankah Allah yg mentakdirkan keadaan diri yg seperti itu…??? semuanya telah tertulis sejak azali lagi…

ASTAGHFIRULLA HAL `AZHIM…dah terlajak atau sengaja terlajak, kembali semula kepadaNya…innalillahi wainna ilaihi roji`uun…
 jgn marah dan geram kepada tuhan yg telah memberikan peluang hidup di alam dunia yg jika peluang ini digunakan sebaik-baiknya akan meraih kenikmatan yg Maha hebat di akhirat nanti…lebih nikmat lagi dari menjadi pengantin di dunia…*tapi kalau dah sampai jodoh di dunia ni jgn ler ditolak pulak…hehehe

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, sesungguhnya inilah yg terbaik utk aku…

Bertafakur seketika mengenai ujian yg datang…fikirkan hikmahnya…fikirkan utk apa ia di datangkan…

Siapa tahu, mungkin Allah da tulis syurga utk aku maka diberinya ujian ini supaya aku bersabar dan seterusnya menjadi penyebab utk aku masuk ke syurga dengan rahmatNya…

Dan siapa tahu, kalau Allah da tulis neraka utkku maka diberinya aku ujian ini supaya aku menjadi tidak sabar, memberontak, menyalahkan takdir, menyalahkan tuhan seterusnya semua itu akan menjadi penyebab utk aku ke neraka…

na`uzubillahi min ztalik…jauhkan aku dari kemungkinan yg kedua ini yaAllah…aku nak kemungkinan yg pertama itu…

Dan setelah tahu tujuan ujian, pilihlah samada masih ingin membuang waktu menangisi nasib diri atau meneruskan kehidupan dengan tugasan sbg hamba Allah yg beriman…

Lihat pada setiap kanak-kanak kecil yg diuji, mereka lebih sabar berbanding orang dewasa yg berakal sempurna…

Terasa nak kembali menjadi kanak-kanak supaya kesabaran itu tiada noktahnya…

Wallahu`alam… 

Friday, 5 October 2012

elaun pekerja diluluskan…

Alhamdulillah permohonan EPC atau elaun pekerja cacat*xbest la name elaun tu sbb ada perkataan cacat…huhu…telah diluluskan bermula dari bulan ini hingga September 2013. 

Syukur Alhamdulillah, walaupun setahun je tapi takpelah, sekurang-kurangnya dapat juga tambah-tambah duit untuk nak kawin…


Sebelum ni pernah aku tertanya tanya, misalnya nanti kalau setiap hari aku dah tak larat nak berkerja lagi dah sebab kepenatan, adakah aku perlu membatalkan semula elaun ni? 

sekarang aku rasa dah dapat dah jawapannya, elaun tu diberi hanya dalam tempoh selama setahun je, bukannya kekal sampai umur bersara…huhu maknanya tak perlu lah kot aku nak membatalkannya…

Biskut sarang semut kat atas di order utk raya haji…baru siapkan tempahan utk seorang da letih giler menguli…tapi alhamdulillah letih pun penghapus dosa juga kn, inSyaAllah…hehehehe 

Saturday, 22 September 2012

Join lagi saaaatu giveaway…


Hari ni aku join lagi saaaatu giveaway dari blog yg same iaitu belog kawaii-shop

mudah mudahan menang la dua dua hendaknya…huha

Tapi kalau menang salah satu pun syukur da, macam yg aku cakap kat n3 sebelum ni, kalau menang ringan sikit banyak kerja aku…hehehehe

nk join jugak klik sini...
Jom join ramai ramai!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...