Friday 27 April 2012

Tulang bhg 7…banyak benda terlibat…

 Sambungan dari bhg 6 -->Tgk pic kat bawah ni,
Jika scoliosis berlaku, bukan tulang belakang sahaja yg terlibat secara sendirian malah tulang rusuk, tulang pinggul dan tulang kaki pun akan terlibat sekali…begitu juga organ-organ dalaman…

Kalau kena kat bahagian torak/dada, peparu, jantung dan segala disitu mungkin turut beralih posisi…
Kalau berlaku kat bahagian lumbar seperti aku, kedua-dua buah pinggang, perut dan usus pula yg terlibat…


Pernah satu ketika waktu doctor melakukan ultra sound kat bahagian abdomen aku, doctor tersebut cakap buah pinggang aku sebelah kiri telah beralih tempat iaitu dekat dengan permukaan atas perut…sepatutnya buah pinggang tersebut terletak jauh ke belakang badan dan jauh dari permukaan perut…

Nasihat aku, jagalah tulang belakang anugerah Allah ini…lenturkan ia selalu seperti seorang jimnastik atau penari ballet tu...hehe, buatlah stretching untuk tulang belakang…

Kat sini aku nak share satu exercise stretching yg aku sendiri dah tak dapat nak buat secara efisyen*cewahhhh…tapi memang btol pn…innalillah…huhu

1-mula-mula baca bismillah dan buat kedudukan merangkak…
2-tonggekkan badan anda sambil kepala dongak ke atas…
3-bongkokkan badan anda sambil kepala tunduk ke bawah…
4-Lakukanlah ia berulang-ulang…dah selesai bacalah Alhamdulillah…

 Sekian, bersambung insyaAllah…

Wednesday 25 April 2012

Tulang bhg 6…tulang aku lembut…

 Sambungan dari Tulang bhg 5 -->maka tibalah hari apoimen dengan pakar spinal…


Mr.Tan KK memeriksa…dalam keadaan aku dipegang untuk berdiri, doctor tan cuba untuk menggerakkan tulang belakang aku dengan menolak bonggol unta aku dari kiri ke tengah semula…
waktu tu memang terasa tulang tu bergerak tapi apabila dilepaskan, tulang aku kembali semula bengkok ke kiri…

scoliosis pada aku disebabkan oleh otot di belakang badanku lemah dan tidak berdaya menahan tulang tu supaya tetap di tengah-tengah badan…

antara lain penyebab scoliosis adalah asma/lelah…duduk membongkok ketika lelah datang memudahkannya bernafas…duduk yg salah posisi dalam tempoh yg lama akan mudah mendapat scoliosis…

lihatlah pic tulang belakang kat bawah ni,

mungkin bentuknya yang bukan sebatang seperti tulang tangan/kaki menyebabkan ia mudah lari dari posisinya…tapi hikmahnya ia dicipta begitu tetap ada…Allah Maha Bijaksana…*baca di episode akan datang ye,insyaAllah…

Alhamdulillah tulangku masih lembut untuk di gerakkan walaupun umur dah 22 tahun waktu tu…umur yg dikira telah lewat untuk memperbaiki scoliosis…Kalau tak silap aku masa yg sesuai adalah sebelum berumur 20 tahun…


Walau bagaimanapun jika kes tidak serius, tidak digalakkan melakukan operation tersebut sekiranya remaja itu masih dalam proses membesar sebab dalam masa yg sama tulangnya pun masih lagi memanjang…

Memandangkan kes aku yg dikira tahap serius sebab ditakuti tulang akan menghimpit paru-paru, maka aku dirancang untuk dioperation lebih kurang 4 bulan lagi…

Sekian,Allahu`alam…bersambung insyaAllah…

Thursday 19 April 2012

Tulang bhg 5…aku silap paham…

 Sambungan dari bhg 4 --> suatu hari aku terbaca info mengenai baby yg mengalami developmental dysplasia of hip (DDH) iaitu tulang pinggul yg terkeluar dari soket…

Jika DDH itu tidak dirawat, akibat yg akan dialami ketika dewasa, tanda-tandanya ketika bayi/kanak-kanak hampir sama dengan apa yg aku alami…menyebabkan aku tidak percaya yg penyakit aku adalah muscular dystrophy *pada awalnya doctor mengesahkan aku muscular dystrophy…aku disahkan SMA semasa berumur 20+…

Setelah berjumpa doctor Ramli Baba, dia cakap tulang pinggul aku tak terkeluar…*amatilah keadaan baby anda yg baru lahir sebab mungkin anda tidak perasan keadaan DDH ini ada pada mereka…

Sambung yg tadi, doctor Ramli Baba turut memeriksa tulang belakang aku lalu mencadangkan supaya aku berjumpa semula dengan pakar tulang belakang…

sekian…bersambung insyaAllah…

nota kaki: sumber cara rawatan DDH yg aku bagitau tu adalah dari paper yg aku baca…wallahu`alam. 

Monday 16 April 2012

Toilet, dry n clean…

Sila jadikan tandas-tandas duduk DRY AND CLEAN…
 Kenapa perlu DRY???

Sebab, tempat yg basah kadang-kadang akan menjadi licin. Bagi orang sakit yg lemah dan tidak berapa kuat, mereka mudah tergelincir…

Kenapa pula perlu CLEAN???

Sebab bila tandas tu kotor, oku kenalah membersihkan sebelum menggunakannya…
maka akan bertambah-tambah lamalah nampaknya tempoh masa oku berada di dalam toilet itu…

KEPADA SEMUA RAKYAT MALAYSIA KHUSUSNYA UMAT ISLAM, JANGANLAH JADI PENGOTOR DAN JANGANLAH PENTINGKAN DIRI SENDIRI…

 KEBERSIHAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN…

ADAKAH KITA INGIN MENJADI HAMBA YG KEKURANGAN SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN ???

JANGAN JADI PENGOTOR, TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA!!!

Wallahu`alam…


Wednesday 11 April 2012

keinginan berkahwin tetap ada…

 tadi makteh datang umah pastu dia cium-cium aku…hehehe…nampak sangat-sangat kegembiraan di wajah dia…pakteh pulak berpesan-pesan dan bagi semangat kat aku…

nak tau sebab ape???   

Sebab mak dah bagitahu orang nak datang merisik aku…rupanya selama ni makteh tak sangka langsung yg aku sebenarnya ada perasaan nak berkahwin…
Adakah anda di luar sana juga menyangka begitu???

Hanya Allah yg tahu…

Sebenarnya banyak sangat kebaikannya sekiranya golongan oku berkahwin, percayalah…

hanya Allah yg tahu… 


Ingat lagi tak cerita melayu yg dilakonkan oleh jalaluddin hasan yg berkahwin dengan zizie ezette sebagai esah, seorang yg terencat akal…???

Tujuan dia mengahwini esah hanya satu…

iaitu

untuk membantu…

Allahu`alam…hanya Allah yg tahu…

Thursday 5 April 2012

Kata-kata semangat dari sidia…


Jejaka hatiku berkata ketika di awal perkenalan kami, cahaya kurang upaya org semua nampak tapi org tak nampak ape yg paling sempurna ada pada cahaya…org pun same la, org semua nampak dia takde kurang upaya tapi org lain tak nampak ape yg dia paling kurang upaya…takde yg bezanya cahaya, same je…sikit pun takde beza…
cahaya = aku…

Tuesday 3 April 2012

Bengkung, darah tak lancar…

Sejak beberapa tahun ni perut aku makin buncit pulak. Malu juga aku sebab nampak macam orang tengah mengandung 4 ke 5 bulan…huhu

Puas juga cari penyebabnya dan cara mengempiskannya kembali…last-last aku buat keputusan pakai bengkung macam orang bersalin tu…
Semalam aku dengan bersemangatnya membuat bengkung tu dan belajar cara memakainya dari tenet…

*walaupun da belajar tapi tetap xreti pakai jugak…huhuhu
Setelah beberapa lama memakainya ada sesuatu yg menghairankan aku berlaku…iaitu aku jadi lemah sangat dan tak larat nak berjalan… 

Dulu pun aku pernah pakai dan aku merasakan keadaan yg sama dan kali ni pun benda yg sama juga terjadi…pelik tak???

Jadi aku rasa, bila aku lilit bengkung tu kt perut ketat-ketat, darah jadi tak lancar turun ke kaki menyebabkan kaki aku kurang dapat makanan dan oksigen sebab tu la aku jadi tak bermaya nak berjalan…di tambah pula aku lebih banyak duduk dari berdiri dan berjalan…

Oh ya baru aku teringat dulu aku pernah terbaca*dalam paper rasanya, kalau pakai korset melebihi berapa jam tah*aku tak ingat adalah tidak elok, kalau pakai sekejap tak apa…

Tapi utk orang seperti aku ni kejap pun tak boleh kot sebab kebanyakkan waktu aku tu aku asyik duduk je,

tak banyak berjalan…


*iyeye je dulu aku menasihatkan adik aku, adik aku tu rajin pakai korset tapi aku sendiri yg terlupe bengkung tu ala-ala korset gak…tapi kalau ditakdirkan aku bersalin nnt xkn xpakai bengkung kot kn…hmm tgk la nnt camaner…
Allahu`alam…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...