Saturday 25 February 2012

Us azhar idrus singgah sekejap…

 Petang tadi ustaz azhar idrus menyinggahkan diri sebentar di perkarangan stadium MPS sebelum pergi ke tasik puteri untuk sesi ceramah beliau…sudah tentu ada ramai orang yang datang dan berniaga di situ…

Jadi aku pun terfikir nak pergi menjual baju-baju yang aku jahit ni dekat perkarangan stadium tu*10helai jer…
disebabkan aku tak bawak meja jadi tak sangka tadi aku terpaksa*takda sape paksa pun…menumpang gerai sepasang suami isteri...huhu

aku ni sangat tak pandai berniaga, tak pandai langsung nak tarik orang…tapi insyaAllah aku akan usaha untuk jadi pandai sebab aku termotivasi dengan fakta dibawah ini…

tokoh jurujual terbaik1966-1977…purata sehari dia berjaya menjual sebanyak 6 buah kete baru, dia bersara pada 1hb jan1978 sejarah mencatat disepanjang kerjaya dia, dia berjaya menjual sebanyak 13 001 unit kereta baru…

apabila ditanya kepadanya bagaimana dia boleh menjual sebanyak itu disepanjang kerjayanya???, dia berkata, saya sentiasa mencari dan merebut peluang…


peluang tidak datang, ia perlu dicari dan apabila telah dapat, peganglah ia bersungguh-sungguh…kata ustaz badlishah...
wallahu`alam…

Friday 24 February 2012

Aku tak keseorangan disini…


Seronoknya bila ramai yang sudi bagi komen dekat blog aku…komen kawan-kawan semua amat aku hargai…
sebab pada komen-komen itu aku dinasihati, semangatku diasah, dan paling penting aku terhibur membacanya…
 terima kasih semua 

Thursday 23 February 2012

Tingin nk gi jakel tp…

Baru-baru ni aku teringin sangat nak pergi jakel sebab potongan sehingga 70% !!!!
tapi,
Mak cakap aku payah nak shopping dekat sana sebab nak masuk ke kedai tu ada anak tangga…

adik aku pulak cakap mesti ada lif barang tp tu la, tak kan lah orang jakel tu nak bagi aku guna kot…
aku sedih jugak… sebab mak citer kain-kain dekat situ memang lawa-lawa…

Monday 20 February 2012

Suis muis…

Bila duduk atas wilca susahnya nak capai suis nak on lampu…

Terpaksa menegangkan kulit ketiak nak mencapainya…ßbuat malu jer kulit ketiak tertegang pun nak bagitahu…huahuahua

Kan bagus kalau setiap rumah buat suis lampu yg mesra oku…budak-budak kecik pun boleh on sendiri utk ke bilik air, tak perlu nak minta tolong atau nak memanjat utk mengintai dekat tingkap, betul tak???

Friday 17 February 2012

kenali SMA…

apakah SMA???
Menurut buku yang saya beli ini, SMA adalah sejenis penyakit genetic yang disebabkan oleh kerosakan pada sel saraf (neuron motor) di saraf tunjang.
********************************************************************
Apakah puncanya???
 kecacatan atau kehilangan atau mutasi pada gen Neuron Motor Hidup 1 (SMN1). Gen SMN1 bertanggungjawab menghasilkan protein utama untuk neuron motor berfungsi.
*********************************************************************
Apakah yang berlaku kepada gen yang mengalami deletion atau mutasi itu???
Gen SMN1 normal ada 9 ekson tetapi pesakit SMA kehilangan ekson 7 dan 8 iaitu bahagian paling penting pada gen ini.
**********************************************************************
 Mutasi biasanya menyebabkan kerosakan, kerosakan yang berlaku akibat dari tangan-tangan manusia itu sendiri…betul tak??? klik sini... Allah adalah Maha Sempurna ciptaanNya…Anda yang cerdik di luar sana tentu tahu apakah punca mutasi itu berlaku.Allahu`alam…
lihatlah gambar-gambar akibat dari mutasi di bawah ini...astaghfirullahal`azhim

Thursday 9 February 2012

Happy birthday

Hari ni birthday mici…
InsyaAllah aku nak hadiahkan dia sesuatu yg tidak ternilai…
iaitu,
SEBUAH BUKU!!!


Tapi aku tak dapat nak bagi hadiah ni hari ni sebab aku baru je order tadi…duit pun belum bank in lagi…huhuhu

Wednesday 8 February 2012

Sepanjang Hidup

Tadi aku bagi encik ehem aku dengar lagu ni tapi video lain…
lepas tu dia cakap sayu pulak dia dengar, dan teringat dia dekat aku…
Jom dengar lagu yg menyentuh kalbu nih…huhu


Monday 6 February 2012

Ibu mertuaku…

Hari tu aku memberanikan diri mengcall ibu kepada en.ehem aku. Aku nak tahu adakah dia merestui hubungan aku dengan anak dia…

Jawapan dia amat menyedihkan aku…
dia tidak berapa setuju aku menjadi menantu dia…   

Friday 3 February 2012

isteri solehah...

……… mak, m cakap dia betul-betul suka dekat y. Mak kita semua tak tahu apa yg Allah takdirkan untuk kita. Mungkin jodoh y tu ada sebab tu lah ada insan yg boleh terima y.. dan y rasa ini rezeki dari Allah untuk y. Tak patut y menolak hanya disebabkan keadaan y yg macam ni.

y tahu alam rumahtangga tu bukan suatu benda yg kecil dan mudah, y rasa tak baik kalau y cakap y tak boleh harunginya dan tak baik juga kalau y cakap y bole harunginya, kan mak? Sebab semua daya dan kekuatan kita adalah hak milik dan anugerah Allah.

Jadi y dah bulatkan azam untuk terima m dan selebihnya y berdoa dan bertawakal..mak tolong doakan y sekiranya ada jodoh y, mak doakan agar y kuat mengharungi alam rumahtangga sebagaimana orang-orang yg berjaya mengharunginya..

dan sekiranya m jodoh y, mak doakan agar Allah jadikan dia suami y yg soleh,berakhlak mulia, bersifat malu, lemah lembut, tidak kedekut,tidak panas baran, tidak merokok dan tidak menyakiti y.

aku taknak jadi seperti ketiga-tiga keadaan isteri
 kat atas nih...huhu

Mak y nak kahwin bukan sebab y takut jadi anak dara tua atau takut adik-adik tak jaga y tapi sebab y nak lengkapkan separuh dari agama y mak..y teringin untuk mati dalam keadaan y menjadi seorang yg bergelar istri solehah yg diredhai oleh suami. Mudah-mudahan y boleh pilih mana-mana pintu syurga nanti…itulah harapan y selain menjadi seorng hafizah.

 Tapi andai tiada jodoh y mak doakanlah moga y redha dan sabar menerima ketentuanNya itu…

demikianlah antara isi kandungan surat aku untuk mak aku semasa dia nak berangkat ke tanah suci menunaikan fardhu haji dulu…surat tu untuk mak bawa ke sana…

p/s: y = aku, m = encik ehem aku…J  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...